"Wait for me.. I will show you how deep my love for you.."
"Mehh hyung, biar saya bagitau hyung apa yang noona suka.. Apa yang noona tak suka" kata Jong Ki berkobar², dia pulak yang over.
Wonho yang mendengar kata Jong Ki lebih bersemangat. Untung betul kau Wonho, ada je yang backup.
"First, hyung kena tau ni.. Paling penting ni.. Noona tak boleh makan almond, ingat tau.. Noona hantu dessert, paling kuat makan.. Badan kecik selera besar" kata Jong Ki lagi.
"Kalau noona termakan almond?" Soal Wonho.
"Hyung nak tengok gadis kesayangan hyung tu masuk hospital ke? Try la bagi.. Saya dulu pernah sekali terbagi dekat dia, mau seminggu dia kat dalam tu. Dia keluar hospital je terus belasah saya, huuuu kalau ingat balik nasib tak patah je badan saya ni" jeling Jong Ki.
Wonho tersenyum, ya dia memang singa yang perlu dijinakkan "lagi? Apa yang perlu hyung tau lagi?" Soal Wonho lagi.
"Hyung kena...
Pakk!!!
Aduhhh Jong Ki mengaduh sakit. Siapa la bingai pergi pukul kepala aku ni.
Jong Suk memandang tajam Jong ki. Tangannya disilangkan. Woo Bin yang ada disebelah turut memandang kedua² lelaki yang duduk semeja tu.
"Kau pergi sana, biar aku yang sambung ni" arah Jong Suk. Jong Ki menelan air liurnya, adoii jangan la dia buat hal lain plak.
Jong Suk dan Woo Bin duduk di hadapan Wonho. Wonho masih bersikap tenang dan tersenyum. Jong Ki yang sudah bergerak ke kaunter hanya memandang mereka bertiga. Jelas nampak ada aura hitam di antara mereka bertiga tu.
"Kau betul² nakkan Hyo noona sebab kau cintakan dia atau kau hanya nak permainkan diri dia sahaja?" Soal Woo Bin dengan tegasnya.
"Atau kau hanya nak uji kata² manis kau pada dia? Macam yang kau selalu buat dengan perempuan² yang kau selalu keluar tu?" Tembak Jong Suk pula.
"Wooo.. Chill.. Okay.. I'm seriously in love with her.. Satu²nya perempuan yang curi hati aku selain mak aku.. Korang jangan risau.. Ni *tunjuk ke dada* hanya ada nama Song Ji Hyo sahaja" dengan yakinnya Wonho berkata.
Woo Bin sudah memandang Jong Suk. Menyeringai kedua²nya bila dengar ayat Wonho tu, diiringi sekali dengan gelak tawa yang kuat.
"Aduh bro, ayat kau.. Mengigil aku dengar.. Kalau macam tu kami kena panggil kau hyung la sebab kau tua dari kami, tapi ingat ya.. Amaran ni.. Jangan sesekali hyung nak mainkan hati noona kesayangan kami.. Kalau hyung mainkan noona, sila gali kubur mulai dari sekarang" tegas sekali Woo Bin berkata. Jong Suk mengangguk laju.
"Hyung janji, sepenuhnya hati ni memang untuk Hyo noona.. Tapi korang kena tolong hyung la.. Noona tu garang laaa.. Takut hyung" pinta Wonho.
"Ceh ingatkan hyung berani sangat, kami ni dah lama kena dengan dia tau. Ni satu lagi, lengan tu hati² sikit" Woo Bin mula mengusik.
"Lengan? Wae lengan?" Soal Wonho. Dahinya sudah berkerut seribu.
"Noona suka gigit lengan kalau dia tengah geram atau marah.. Si Bin ni la yang selalu jadi mangsa dia.. Kesian wooo" gelak Jong Suk.
Wonho mula teringat sewaktu mula² dia terpandang Ji Hyo. Waktu dia mula² memberi ayat² manis tapi makian pula yang dia dapat. Tiba² Wonho tersenyum, Jong Suk dan Woo Bin berpandangan sesama sendiri. Dah gila ke?
YOU ARE READING
Sweet Talker ♥ Complete ♥
RomanceSi mulut manis berjumpa si mulut puaka.. Bermulanya misi taruhan memikat, tetapi hati mula terpikat.. "Awwww.. Tak sangka ada bunga dekat sini... "Pergi mati dengan ayat² kambing kau.." .......... "Tak sangka aku betul² terkena.. Kau hebat.. Thanks...