"Before this, it's just a game.. Now.. I think it's real...."
🌹 Jiji Café 🌹
"Yah!! Jong Suk.. Kau salah letak tu.. Aigooo budak ni.. Yeoja mana pulak buat kau angau ni ha? Satu kerja buat, tak ada yang betul.. Kau nak noona ketuk kepala kau dengan cawan ni ke?" Marah Ji Hyo.
Pepagi lagi dah kena marah. Jong Suk hanya tersenggih, tangannya sudah menggosok belakang lehernya "Mian noona.. Noona macam mana semalam?" soal Jong Suk
"Apa semalam?" Ji Hyo blur, tangannya ligat membersihkan cawan. Mulut bercakap tangan buat kerja ini baru pro beb.
"Dating". Ji Hyo meletakkan cawan yang dipegang. "Aishhh.. Jinja.. Korang ni kenapa? Noona dah cakapkan semalam urusan kafe.. Bukan dating.."
"Bwoo!! Noona dating? Ohmygod!! Wae noona.. Wae.. Noona curang dengan Binbin.. Uuuu Suk aaa.. Siapalah yang malang keluar dengan perempuan mulut jahat ni." Woo Bin menangis palsu.
Ji Hyo memandang geram Woo Bin. Ooo semalam dah la tak masuk kerja, lepas tu kau perli² aku. Jaga kau budak. Perlahan² Ji Hyo menapak ke luar kaunter, mendekati Woo Bin yang tengah berdrama air mata palsu.
"Arggghhh.. Okay noona, jangan gigit dah.. Ok² gurau je.. Aduhh noona lepas" aduh Woo Bin bila lengannya digigit Ji Hyo. Haaa, merasa kau.
"Noona dah la tu, gigit si Bin pun tak guna sebab apa dia cakap tu betul.. Okay bye².. Lari semua.. Hyo noona nak jadi Hulk" jerit Jong Suk, Woo Bin yang menggosok lengannya turut melarikan diri. Ji Hyo mengeluh, kenapa aku ada pekerja yang dungu macam diorang ni.
"Tak baik mengeluh pagi² ni" tegur satu suara.
"Ehh awalnya En. Shin datang.. Mahu teruskan perbincangan ke?" Soal Ji Hyo bila ditegur Wonho.
"Muka saya ni macam nak buat perbincangan ke? Saya datang sini nak minum.. Nak rileks².. Takkan asyik nak fikir pasal business je.. Aigooo Ji Hyo.. Awak ni" perli Wonho. Kalau ikutkan Wonho mahu saja dicubit pipi gebu Ji Hyo tu. Geram pulak tengoknya, lebih² lagi bila Ji Hyo mengembungkan pipinya.
"Saya tanya je.. Ishhkk tak payah la nak perli saya balik. Duduk la dulu, nanti saya hantarkan.. Nak minum apa ni? Soal Ji Hyo.
"Just give me black coffee.." Lemau saja suara Wonho dan berlalu duduk di sudut hujung kafe. Ji Hyo memandang pelik, biasanya happy go lucky je.
"Apa caranya lagi aku nak buat dengan budak ni, kata² manis memang tak jalan. Tapi itu je yang aku paling pro. Aigooo, Wae susah sangat ni" Bebel Wonho seorang diri tangannya ligat menekan fonnya mencari idea dengan stalk tweeter si gadis.
"Here your go.. Your black coffee.. And.. This pavlova.. I give it just for you.." Ujar Ji Hyo tersenyum manis.
YOU ARE READING
Sweet Talker ♥ Complete ♥
RomanceSi mulut manis berjumpa si mulut puaka.. Bermulanya misi taruhan memikat, tetapi hati mula terpikat.. "Awwww.. Tak sangka ada bunga dekat sini... "Pergi mati dengan ayat² kambing kau.." .......... "Tak sangka aku betul² terkena.. Kau hebat.. Thanks...