"Overprotective love.."
🌹 Jiji Café 🌹
"Hai selamat datang.. Mahu minum apa ya.." Jong Ki menyoal mesra pelanggan yang baru masuk ke dalam kafe.
Ji Hyo memerhati saja gelagat pekerjanya. Sejak keluar dari hospital ni, tak banyak kerja yang dibenarkan untuk dia lakukan ehh bukan ni sejak dia mula bercinta dengan mamat mengada tu. Ishh ni tak boleh tu tak boleh, geram rasanya.
"Noona nak buat dessert boleh tak? Bosan la macam ni.. Kenapa korang semua ni ikut cakap dia? Noona tau yang bayar gaji korang" omel Ji Hyo seorang diri di sudut meja.
"Bin, kau tengok noona tu.. Stress sampai cakap seseorang.. Kau pergi la tegur dia.." Arah Jong Suk.
Woo Bin menjeling tajam Jong Suk. Bab pujuk je aku, bab kena gigit je aku eeii sabar je la.
"Noona tak kira, nak buat dessert juga" terus saja Ji Hyo berdiri tegak. Woo Bin yang baru tercegat tercenggang "aishh noona jangan, Wonho hyung marah nanti.. Dia kata noona kena tunggu sampai noona betul² sihat dulu baru boleh buat dessert".
Ji Hyo sudah mula mahu menangis.. "Binbin arrr.. Please..". Woo Bin sudah kaget, dia memang kalah kalau noonanya buat muka sedih tu.
"Ok² tapi apa² jadi noona jawab sendiri dengan Wonho hyung ya.. Bin tak nak tolong". Woo Bin sudah mengangkat tangan tanda menyerah. Ji Hyo sudah melompat kemenangan.
Jong Suk dan Jong Ki sudah menepuk dahi. Habislah kita semua kena dengan Wonho hyung ni.
❤ my Sweetheart ❤
My boss, nanti Hyo datang office ya.. Nak bagi something special.❤Shin Wonho Gedik💋
Okay honey pie.. Remember don't do anything ok. You still not feeling well. Ara? ❤❤my Sweetheart❤
Baik boss.. Happy working 😉😁❤Shin Wonho Gedik💋
Happy rest darling ❤❤Ala sekali sekala menipu.. Heeee.. Dia takkan marah punya. Ji Hyo menyimpan fonnya, muka sudah terpamer senyuman melebar.
"Kwang Soo ahh.. Jom buat dessert.. Noona nak terasa nak buat kek la.. Palli Jong Ki" diheret mereka berdua ke dapur. Habislah kami berempat, Wonho hyung punya protection sangat ganas. Muka Kwang Soo sudah pucat lesi, takpe aku hantar mesej dekat hyung nanti bisik Jong Ki.
"Ehh Kwang Soo kau nak pergi mana? Tolong amik tepung dekat atas tu.. Cepat laa tangan noona dah gatal nak buat kek ni" jerit Ji Hyo bila nampak Kwang Soo mula menapak keluar dari dapur.
Kwang Soo menurut saja kerenah Ji Hyo, baik ikut kalau tak kena gigit nanti. Jong Ki pula masih ralit dengan telefonnya, membuat tele aduan tentang betapa degilnya noona masuk ke dapur.
2 jam kemudian...
"Wahhhh cantik gila color dia, eee sukanya.. Binbin aaa, meh rasa ni.." Jerit Ji Hyo dari arah belakang.
"Nak rasa apa sayang?"
Ehh macam pernah dengar je suara ni? Ji Hyo sudah mengigit jarinya. Alamak, takkan dia kot datang kafe. Rileks Hyo, act cute dia tak marah punya.
YOU ARE READING
Sweet Talker ♥ Complete ♥
RomanceSi mulut manis berjumpa si mulut puaka.. Bermulanya misi taruhan memikat, tetapi hati mula terpikat.. "Awwww.. Tak sangka ada bunga dekat sini... "Pergi mati dengan ayat² kambing kau.." .......... "Tak sangka aku betul² terkena.. Kau hebat.. Thanks...