Sweet - Talker - Objection

2.6K 206 58
                                    

"The more important is... Family..."

Kediaman Song

"Appa tak setuju!! Putuskan hubungan kamu berdua" Appa Song sudah mula bersuara.

Ji Hyo yang dari tadi menunduk mula mendonggakkan kepalanya, "wae?".

Omma Song mengelus lembut bahu anak perempuannya. Jika suaminya sudah membuat keputusan, dia tak boleh membantah sekalipun.

"Harabeoji..." Ji Hyo sudah memandang datuknya. Sayu je mukanya.

"Mian Hyo.. Harabeoji tak boleh buat apa.. Segala keputusan ditangan appa kamu" harabeoji hanya mampu mengeluh.

"Semua tak sayang Hyo dah!!" Jerit Ji Hyo dan berlalu ke biliknya.

Bam!!!! Pintu bilik ditutup kemas.

Il Guk hanya mampu melihat ke atas sahaja. Mian Hyo, oppa tak mampu juga.

"Keluarga mereka akan datang malam nanti.. Sediakan apa yang patut.." Appa Song bersuara kembali.

Harabeoji dan Il Guk hanya berpandangan sesama sendiri. Keputusan sudah dibuat ketua keluarga, mahu atau tidak kena ikutkan juga.

...............

"Wae... Appa... Wae..." Terjerit kecil Ji Hyo yang masih berteleku di birai katilnya.

Ji Hyo mengesat air mata yang mengalir dengan kasar. Tangannya ligat menaip mesej kepada Wonho.

Dicapainya kunci kereta dan mula keluar dari biliknya dalam keadaan tergesa².

.............

"Kamu nak kemana Hyo?.. Jumpa Wonho? Sudahlah Hyo.. Kalau appa tahu nanti teruk kamu dikerjakan.. Jangan sayang.." Rayu Omma Song.

Langkah Ji Hyo yang pada mulanya terhenti, dihayunkan semula. Dia mengendahkan saja jeritan ommanya.

"Oppa.. Okay ke kita buat macam ni pada Hyo?" Soal Omma Song bila Appa Song mula mendekatinya.

"Untuk masa depan dia jugak chagi" appa Song mula tersenyum.

.................

Taman

"Mwoo!!.. Appa tak setuju?" Wonho mula mengeluh.

Ji Hyo hanya menunduk saja. Baginya kini lantai ditaman tu lebih aman untuk dipandang bukannya wajah Wonho.

"Kalau itu yang appa mahukan.. Kita ikutkan saja.." Ujar Wonho lagi.

"Ha?? Maksudnya oppa setuju yang Hyo kahwin dengan orang lain? Oppa betul² sanggup lepaskan Hyo ke tangan orang lain? Macam tu?" Ji Hyo mula berdiri. Matanya tajam memandang Wonho yang terkebil².

Ada jugak aku lempang muka orang tua ni kang, terkebil². Dulu masa nak tackle aku bukan main lagi, sanggup buat apa saja. Ni appa halang terus saja kata ikutkan. Ni haa kalau ikutkan aku lari balik Paris je, Ji Hyo sudah mula berfikir negatif.

"Restu keluarga penting sayang.. Oppa taknak kita kahwin tanpa restu keluarga.. Dah itu appa nak.. Kita ikutkan juga.." Wonho mula memujuk dan cuba untuk mendekati Ji Hyo.

Ji Hyo menapak ke belakang, cuba mengelak dirinya disentuh Wonho. Perasaan marahnya makin membuat².

"Fine Shin Wonho!!! Forget me" Ji Hyo mengeluarkan telefonnya.

Sweet Talker ♥ Complete ♥Where stories live. Discover now