Je serai poète et toi poésie
"I'll be a poet, and you'll be poetry"🏬 WH Company
"Iye.. Yeee.. Tak lupa.. Ye.. Ni dah dekat 10 kali sayang telefon tahu.. Pesan menda yang sama juga.. Tak... Oppa tak marah.. Sayang.. Sayang.. Sayang sangat.. Nanti la.. Oppa kerjakan sekarang"
Hanbin menjegulkan mukanya di pintu bilik Wonho. Dilihatnya Wonho sedang bergayut, baru nak bersuara Wonho sudah memberikan isyarat padanya agar masuk.
"Tak.. Ye.. Sure nak yang tu? Bukan tak boleh makan ke? Ha.. Ye.. Sayang.. Beli².. Ok.. Bye².. Love you.." Butang merah ditekannya.
Wonho meletakkan telefonya ke tepi. Kepalanya disembamkan di atas meja kerja. Hanbin yang melihat hanya tergelak.
"Kenapa pulak ni?" Soal Hanbin
"Minta beli aiskrim pulak.. Hari ni sahaja dekat 10 kali telefon.. Pesan menda yang sama pula tu.. Kau tengok sekarang baru pukul 10 pagi.. Dah tu nak yang Baskin Robins je.. Taknak yang lain" Wonho mula mengeluh.
"Lol.. Layan je la.. Isteri kau jugak.. Bukan orang lain.. Kata sayang bini..." Hanbin mula memerli.
"Ye memang la sayang.. Gila tak sayang.. Separuh nyawa aku tu.." Wonho tergelak.
"Haaaa.. Sebelum terlupa.. Salah seorang dari kita kena ke Paris.. Untuk 5 hari.. Pasal usahama dengan Simetrex Holding tu.. Siapa nak pergi?" Ucap Hanbin laju.
Wonho mula berfikir. Diketuk² perlahan dagunya. "Kau pergi.. Aku uruskan hal dekat sini.. Lagi pun aku risaukan isteri aku tu.. Kuat betul meragam akhir² ni.. Sikit² merajuk.. Muka pun bertambah bulat aku tengok".
"She's pregnant??" Soal Hanbin penuh teruja.
Wonho mengelengkan kepalanya. "Takkanlah.. Maksud aku, dia tak ada apa² alahan pun.. Muntah tak.. Pening² pun tak.. Hyper lagi ada la.. Makan makin banyak, aku tegur muncung sedepa".
Hanbin mengangkat bahunya. "Aku agak je.. Kau kan suami dia.. Mana la tahu.. Lagipun dah 8 bulan dah korang dua kahwin.. Mungkin kali ni ada rezeki aku dapat anak buah comel macam mama dia ke.. Dah la.. Aku keluar dulu.. Banyak kerja lain lagi ni".
Baru Wonho ingin membalasnya, telefon berdering sekali lagi.
"Kau tengok.. Untuk kali ke sebelasnya dia telefon aku.. Haaaaaaa... Pening" Wonho sudah memicit² kepalanya. Hanbin yang melihat hanya tergelak.
••••••••••••••••••
Apartment Wonhyo
Belum sempat pintu rumah dibuka habis, Ji Hyo sudah mula berdiri tegak memandang suaminya.
"Ada tak? Ada? Mana²?" Soal Ji Hyo bertubi².
"Mana lebih penting? Suami Hyo ke aiskrim tu?" Soal Wonho kembali.
"Aiskrim.. Cepat la.. Beli tak?" Ji Hyo sudah mula melompat² seperti kanak².
"Lupa la.."
Mata Ji Hyo mula berair, "cakap nak beli.. Tak beli pun.. Mintak aiskrim je.. Bukan suruh beli kapal selam pun", Ji Hyo berlalu ke sofa. Dipeluk kakinya mukanya disembamkan. Menangis.
YOU ARE READING
Sweet Talker ♥ Complete ♥
RomanceSi mulut manis berjumpa si mulut puaka.. Bermulanya misi taruhan memikat, tetapi hati mula terpikat.. "Awwww.. Tak sangka ada bunga dekat sini... "Pergi mati dengan ayat² kambing kau.." .......... "Tak sangka aku betul² terkena.. Kau hebat.. Thanks...