Bab 53

4.5K 100 0
                                    

Dam !

Bunyi pintu bilik dihempas .

" argh !! Sial ! Apa lagi yang aku nak buat bagi kau orang berdua perpisah . Semua benda aku dah buat tapi tetap tak berkesan !" Habis barang barang diatas meja bertaburan di atas lantai akibat dicampak oleh Aisyah .

Telefonnya dibaling di atas katil . Baru sebentar tadi dia menerima panggilan daripada anak buah barunya Akif menyatakan yang Angelika dan Hazrul sudah berbaik semula , malah keluarganya juga boleh terima .

Disebabkan Shahrul menghilangkan diri kerana hal yang tempoh hari di Langkawi terpaksa Aisyah mencari anak buah yang baru .

Tok ! Tok !

" Aisyah kamu okay ke ? Kenapa terjerit jerit tu " Encik Muhamad Azham mengetuk ngetuk pintu bilik Aisyah .

Risau akan anak daranya yang terjerit jerit .

" tak ada apa apa daddy . Aisyah okay " laung Aisyah dari dalam bilik.

" bukak pintu ni cepat !" Arah Encik Muhamad Azham .

Aisyah bangkit dari duduknya dan daun pintu dibuka sedikit cukup untuk memuatkan dirinya menghalang Encik Muhamad Azham melihat keadaan di dalam biliknya itu .

" kamu kenapa ada apa apa masalah ke ?" Soal Encik Muhamad Azham lembut .

" tak ada apa apa lah daddy Aisyah okay. Daddy tak payahlah risau ye " ujar Aisyah mendatar .

" betul ni ?" Soal Encik Muhamad Azham .

Aisyah mengangguk .

" kalau ada apa apa panggil daddy atau umi tau dekat bawah " Aisyah mengangguk lagi .

Lalu Encik Muhamad Azham turun ke bawah manakala Aisyah sudah menutup pintu dan menghempaskan badannya diatas katil . Matanya dipejam sekejap lalu dibuka semula .

" tak aku tak kira aku kena buat sesuatu yang lebih dahsyat lagi " terus telefonnya dicapai dan nombor Akif didail .

" hallo" sapa Akif di corong telefon .

" apa hallo hallo . Sekarang aku nak bagi kau job " marah Aisyah .

" job apa boss . Saya busy sekarang ni " Aisyah mula berang .

" kau ni kan nanti aku bayarlah " rengus Aisyah .

Terdengar Akif tergelak dihujung talian .

" boss nak bayar untuk job seterusnya ? Kerja sebelum ni pun belum bayar lagi ada hati nak bayar untuk kerja yang selebihnya . Dah lah boss malaslah cari orang lain " memerah muka Aisyah menahan marah setelah Akif memperlekehkan dia .

" fine ! Kau tak nak kan lepas ni kau jangan cari aku petang nanti aku masukkan duit dalam bank kau ! Kau boleh berambus !" Selesai memarahi Akif panggilan dimatikan .

Rambutnya diramas ramas .

" argh !! Serabut dengan duit Shahrul belum bayar duit si Akif belum bayar dah lah tengah sengkek sekarang ni . " rungut Aisyah .

Tiba tiba ada idea datang menjengah .

" hah aku minta daddy duitlah . Mesti daddy bagi . Okay hal yang tu dah settel sekarang ni aku akan buat kerja yang seterusnya tanpa suruh sesiapa pun " Aisyah sudah mengukir senyum penuh makna .

Rambut yang kusut dikemaskan lalu bilik yang bersepah ditinggal begitu sahaja .

" makcik nanti kemas bilik saya " arah Aisyah pada pembantu rumah itu .

Dengan cepat pembantu rumah itu mengangguk lalu naik ke atas .

" daddy , umi !" Sapa Aisyah lalu melabuhkan punggung disebelah Encik Muhamad Azham .

I Love You Mr. Husband ✅Where stories live. Discover now