Bab 5

7.8K 172 2
                                    

Hari terakhir di universiti membuatkan Angelika sedikit sebak dan pada masa yang sama dia tidak sabar sabar mahu ke Paris lusa nanti.

"Nanti aku dah tak ade kawan baik macam kau dah. Aku nak kawan dengan siapa" Suara Isya mematikan lamunan Angelika . Dilihat muka Isya seperti hendak menangis.

"Isya janganlah buat ayat macam tu . Nanti kalau aku rindu kau aku buat la video call  Alololo" Angelika cubit cubit pipi Isya. Isya ketawa. Hanya seketika..

"Kau pergi Paris berapa lama ?" Tanya Isya.

"Tak tahu lagi kalau aku rasa nak balik sini aku balik la" Jawab Angelika selamba.

Tiba tiba ada manik halus keluar dari tubir mata Isya . Makin lama makin deras .

"Isya jangan la macam ni . Aku bukannya nak pergi berperang pun . Stop crying please !" Angelika tidak tahu nak buat apa .

Isya terus memeluk tubuh Angelika seperti tidak mahu melepaskannya.

"Lisa jangan pernah lupa aku tau. Jangan pernah walau sekali pun . Janji tau janji" Isya mengeluarkan jari kelingking tanda pinky promise .

"Iya aku janji" Angelika turut mengeluarkan jari kelingking dan bertaut dengan jari Isya.

"Kau pasti barang barang kau dekat tempat duduk belakang dah tak ada ?" Angelika minta kepastian.

Isya mengangguk. Pintu kereta dibuka dan Isya keluar dari perut kereta.

Angelika melambaikan tangan lalu meninggalkan Isya di depan rumah sewa sendirian.

"Haih kau la kawan yang terbaik Lisa " Ucap Isya sendirian.

BARANG barang yang hendak dibawa ke Paris sudah pun diatur di tepi almari baju. Baju baju sudah siap packing .

Tiket penerbangannya pun sudah di booking . Selesai sahaja menunaikan solat isyak dia terus naik ke atas katil .

Baru sebentar naik di atas katil matanya sudah tertutup rapat . Ngantuk benar .. Sedang Angelika terlena tiba tiba pintu diketuk dari luar. Tersentak Angelika dibuatnya . Pintu dikuak dari luar . Tersembul muka Puan Alice.

"Mummy ganggu Lisa tidur ke ?" Tanya Puan Alice. Angelika geleng kepala.

Angelika tukar posisi dari baring ke duduk . Puan Angelika buka pintu lebih luas untuk muatkan dirinya masuk ke dalam.

"Kenapa mummy" Tanya Angelika sambil mengosok matanya.

"Lisa dah siap packing semua barang ke ?" Angelika mengangguk.

"Lisa jaga diri kat sana elok elok .sebelum ni Lisa pergi ada mummy ada daddy tapi sekarang Lisa seorang diri je ..jaga maruah diri tu . Jangan buat benda benda tak senonoh .dan satu je mummy nak ingatkan solat jangan lupa"

Mula dah drama mummy ni . Macam la Angelika ni kali pertama pergi sana padahal dah berpuluh puluh kali pergi.

Sedari tadi Angelika mengangguk dari mula Puan Alice membuka mulut sehingga drama sedih mummy bermula .

"Ya mummy , Lisa akan ingat semua pesan mummy tu . Sekarang ni mummy pergi tidur ya . Lisa ngantuk ni mummy . Esok Lisa kena bangun awal . Good night mummy , sleep tight love you muah!" Ucap Angelika sambil menayangkan wajah comel .

Puan Alice tersenyum lalu mencium dahi Angelika penuh kasih sayang .

Angelika sudah berbaring . Puan Alice menarik comforter sehingga ke paras dada Angelika . Puan Alice keluar dan menutup pintu . Dan lampu di sisi katil itu dipadam oleh Angelika .

I Love You Mr. Husband ✅Where stories live. Discover now