Angelika menyimpan kunci kereta di dalam beg tangannya .
"Weh kita masuk kelas dulu. Barang barang ni biar dalam kereta aku dulu . Alang alang aku hantar kau balik nanti" Cadang Angelika.
Isya mengangguk senang. Mereka berjalan menuju ke kelas yang seterusnya.
HUJAN lebat menyukarkan Angelika menumpukan perhatian pada jalan.
Wiper dilajukan lagi. Dikerling Isya disebelah sudah tidur lena.
Mana taknya dah la ada aircond tambah pula hujan memang sedap la tidur .
Kereta Angelika berhenti didepan rumah sewa milik Isya .
"Sya bangun dah sampai rumah kau ."
Isya sedikit tersentak lalu menguap. Dia membuka pintu untuk keluar.
Dibuka pula pintu belakang untuk mengambil barang barang yang dibeli tadi.
"Thanks Lisa. Aku masuk dulu la eh ngantuk tak tahan aku" Isya bercakap dalam dengar dengan tidak sahaja
"Iyalah , pergilah kau tidur Sya" Isya membuka pintu pagar manakala Angelika dah pun masuk ke dalam kereta .
Tidak sampai seminit kereta dia laju meluncur diatas jalan raya menuju ke rumahnya . Penat sungguh badannya dan hanya katil sahaja dia banyangi .
Suara radio dikuatkan terangguk angguk , tergeleng geleng Angelika menari tatkala mendengar lagu di corong radio . Setelah sampai di perkarangan rumah , dia keluar dari kereta dan pintu kereta dikunci .
Usai , dia bergerak ke dalam rumah . Beg ditangan dicampak diatas sofa sebelum tubuhnya dihenyakkan diatas sofa . Angelika menyandarkan kepalanya diatas kepala sofa sambil memejamkan mata untuk menghilangkan lelah yang bersarang sejak tadi . Lenguh satu badan macam bekerja lebih masa sahaja .
"Oii !! Balik balik terus tidur pergi mandi lah" Sergah Ryan dari atas tangga .
Terkejut Angelika dibuatnya . Ryan mengambil tempat duduk disebelah Angelika .
"Apa abang ni terkejut Lisa tau tak !" Terus bantal berbentuk petak dicampak ke arah muka Ryan .
Ryan tergelak melihat muka cemberut Angelika . Suka sangat dia menyakat adiknya itu .
"Ian mana ?" Soal Angelika .
"Tak tahu" Ryan menayangkan muka selamba .
"Eii abang ni kan annoying betullah" Terus tangan Angelika memukul kuat lengan Ryan dan berlalu keluar rumah untuk mencari Bryan .
Sedang dia hendak berjalan ke muka pintu , kelibat Bryan berlari laju sehingga tidak sedar Angelika ada didepannya terus dia berlanggar dengan Angelika . Kedua duanya terjatuh .
"Jatuh ? Ha..hahahahaha !!" Ketawa Ryan sehingga keluar air matanya .
Bryan dan Angelika memasang muka cemberut sebelum berdiri dan menyerang Ryan .
"Apa kau orang nak buat hah ?" Soal Ryan sebelum Angelika dan Bryan menyerang Ryan .
Satu per satu cubitan hinggap ditubuh Ryan . Mengekek ketawa Angelika dan Bryan dapat mengenakan Ryan kembali . Tapi sebaliknya Ryan sudah mengadu kesakitan .
"Sakitlah !! Adoii !!! Mummy tolong !" Adu Ryan .
Puan Alice di dapur menggeleng melihat keletah anak anaknya .
"Lisa , Ian sudah sudahlah tu kacau abang . Lisa baik pergi mandi sana" Puan Alice cuba meleraikan mereka .
Serta merta Bryan dan Angelika berhenti . Rambut lurus Angelika yang serabai dibetulkan .
"Abang ni mummy suka menyakat" Angelika mengeluarkan muncungnya .
"Dah dah pergi mandi" Puan Alice menggeleng melihat keletah Angelika yang manja tak bertempat . Angelika akur , dia ambil beg tangannya dan naik ke atas bilik .
YOU ARE READING
I Love You Mr. Husband ✅
RastgeleKerana pertemuan dua figura di bawah Menara Eiffel , telah menubuhkan sebuah ikatan sah dan sebuah masjid tanpa diduga . Ianya antara hero dan heroin . Angelika Alisa berdarah campuran German dan personalitinya agak berlainan . Bermata biru bundar...