Angelika Alisa mematikan enjin lalu mengambil beg tangan di tempat penumpang.
Dia keluar dari perut kereta. Cermin mata dibuka dan meletakkan di dalam beg tangan.
"Alamak kelas pertama nak habis dah. Tak payah masuk terus la" Angelika membuat keputusan terus.
Dalam tiga puluh minit jugak la dia tunggu kawan karib dia dekat kantin.
Tiba tiba ada seorang lelaki siul ke arah Angelika . Angelika buat derk je .
"Alamak sombongnya awek tu" Kata lelaki itu.
Angelika toleh ke belakang sekejap.
"Pewittt ! Mata birulah siot!" Angelika hanya membuat tidak tahu .
Tidak lama kemudian Isya datang ke arah dimana tempat Angelika duduk.
"Wah Lisa kau nampak lain la" Isya iaitu kawan karibnya memusing musingkan badan Angelika .
Hampir tersungkur Angelika .pening!
Ouh ya mesti tertanya tanya kan kenapa panggil Lisa .
Sebab kalau panggil Angelika nanti sama pula panggilan dengan kakak keduanya .
siapa lagi Angel Arisha tu la .
"Isya apa kau ni .macam la ni first time aku pakai blouse pendek. Apa yang nampak lain nya ? Baru cuti semester yang pertama dah macam dah bertahun tahun tak jumpa" Dah mula dah bebel si Angelika ni .
"Kau tahu tak aku rindu kau . Boleh pulak kau membebel dekat sini .dah la jom la pergi mana mana bagi aku hilangkan rindu aku dekat kau" Isya terus memeluk Angelika sebelum pergi ke mall . Biasa la orang kaya kan .
"WAH Lisa , ni mall baru ke ? Besar siott" Isya mengangkat kedua tangan keudara apabila dia menyebut perkataan 'besar siot' .
Angelika hanya tersenyum melihat gelagat kawan karibnya . Dia membelok ke kanan untuk masuk ke dalam tempat parkir .
Semalam memang Angelika ada usha mall yang baru dibuka yang berdekatan di dalam komputer ribanya.
Ternampak mall yang betul betul dekat dengan universitinya terus dia merancang untuk kesana keesokkan harinya.
Selesai memarkir kereta Angelika menjinjing beg tangan lalu berjalan beriringan dengan Isya.
Mata Isya yang sedia bulat dibesarkan lagi apabila sudah menjejak di dalam kompleks itu.
Mereka tawaf satu kompleks itu .
kiri kanan ada saja beg kertas yang berisi barang yang mereka borong.
"Lisa Lisa masuk sini sekejap boleh ? please" Angelika melihat mata Isya terkebil kebil terus masuk ke dalam kedai yang ditunjuk Isya tadi.
"Weh! ni la kasut yang aku cari selama ni . Aku nak boleh ?" Angelika hanya mengangguk dia pun tidak terlepas membeli kasut di kedai yang sama .
Selesai memilih kasut mereka pergi membuat bayaran . Jam di tangan menunjukkan pukul 12:30 tengah hari .
Puas juga la shopping hari ini . Mereka menuju ke pintu keluar . Tiba tiba ada seseorang yang menegur Angelika .
"Excuse" Sapa gerangan itu .
Angelika menoleh dan serta merta dia ternganga luas .
"Ya allah kau Fikri !! Dah lama aku tak jumpa kau . Mana kau menghilang hah ?" Ujar Angelika dengan perasaan yang betul betul gembira .
Isya disebelah sudah termangu mangu memandang Angelika dan figura yang dipanggil oleh Angelika Fikri itu silih berganti . Fikri tersenyum lebar .
"Aku pergi sambung belajar lah apa lagi . Takkan lah nak jadi orang tak berguna duk terperap saja dekat dalam rumah" Balas Fikri .
Angelika mengangguk faham .
"Kau sambung belajar dekat mana ?" Soal Angelika .
"Amsterdam" Jawab Fikri ringkas .
Terbeliak mata Angelika .
"Serius lah kau sambung belajar dekat situ ? Untungnya . Ni mesti kau cuti semester kan ?" Fikri mengangguk sambil tersengih .
"Kau dah semester ke berapa ?" Tanya Angelika.
"Semester ketiga habis cuti ni aku semester keempatlah" Balas Fikri .
"Wah senior lah ni" Gurau Angelika .
Mereka kemudian ketawa .
"Eh aku kena pergi ni apa apa pun kirim salam dekat abang kau . Dan kau makin lawa kan sekarang" Memerah muka Angelika menahan malu .
"Mana ada kau ni . Dah lah aku pun dah lambat ni . Ada masa nanti kita jumpa" Angelika cuba meleraikan perbualan .
"Okay bye assalamualaikum " Fikri memberi salam .
"Waalaikumusalam" Jawab Angelika dan Isya serentak . Dan mereka pun berjalan ke laluan masing masing .
"Siapa itu ?" Soal Isya tatkala kereta Angelika meyusur laju diatas jalan raya .
Angelika mengerling sekilas ke arah Isya .
"Dia tu dulu ex-classmate aku . Dia lah yang paling rapat dengan aku sampai habis SPM . Habis je SPM kita orang terus bawa haluan masing masing dan terus lost contact ." Terang Angelika .
Isya hanya mengangguk faham dan keadaan kembali sunyi . Hanya bunyi penghawa dingin dan suara dari radio . Tenang sahaja Angelika membawa kereta menuju ke kampusnya .
~~~
YOU ARE READING
I Love You Mr. Husband ✅
AcakKerana pertemuan dua figura di bawah Menara Eiffel , telah menubuhkan sebuah ikatan sah dan sebuah masjid tanpa diduga . Ianya antara hero dan heroin . Angelika Alisa berdarah campuran German dan personalitinya agak berlainan . Bermata biru bundar...