Hazrul mengurut leher yang terasa lenguh sambil mata fokus menghadap jalan raya .
Hatinya dari tadi rasa tidak sedap dan dia rasa ada sesuatu dah berlaku di rumah . Terus pedal minyak ditekan laju menyusur jalan raya .
Beberapa minit kemudian dia sudah sampai dirumah . Enjin kereta dimatikan dan dia keluar dari kereta .
Dia lihat Ryan sedang bercekak pinggang dan memandang tajam ke arahnya . Hazrul mula berasa semacam tapi pantas ditepis pergi .
Pintu kereta ditutup dan bergerak ke arah Ryan sambil memegang briefcase hitamnya .
" assalamua....."
buk !
Satu tumbukan hinggap dipipi Hazrul . Hazrul jatuh tersungkur dan briefcase milik Hazrul juga terseret jauh .
" sial ! Aku dah agak kau memang tak pandai jaga adik aku !! Kau tau nak sakitkan dia sakitkan hati dia .! Eh bahlol kau sedar tak apa kau dah buat hah ! Kau dah terlalu banyak pahala sampai tak tau mana dosa mana pahala !" Jerkah Ryan .
Habis urat urat kepalanya timbul akibat amarahnya yang tidak terbendung lagi .
" Ryan Rosham ! Daddy tak ajar anak daddy bertindak macam ni rupa !! Apa pun masalahnya kita kena selesaikan dengan cara baik bukan macam ni caranya !" Tengking Encik Rahim lagi tinggi suaranya dari Ryan .
" cara baik apa lagi daddy orang macam ni memang kena ajar daddy !" Balas Ryan bengang .
" Ryan mengucap nak biar kita dengar dulu penjelasan dari Hazrul . "
sampuk Puan Alice yang duduk bersebelahan Angelika yang sedang teresak esak menangis .
" mummy ..."
" Ryan masuk dalam duduk sana " arah Encik Rahim tegas .
Ryan akur lalu duduk disofa .
" Hazrul jelaskan " ujar Encik Rahim masih dalam ketegasan .
Hazrul terkebil kebil memandang Encik Rahim .
" je ... jelaskan apa daddy ? Hazrul tak fahamlah ?" Soal Hazrul .
Jujur dia tidak tahu apa yang sudah berlaku .
" dah bangun jom masuk . " arah Encik Rahim .
Hazrul mengelap hujung bibirnya yang berdarah lalu bangun mengambil briefcasenya dan bergerak ke dalam rumah .
" duduk " arah Encik Rahim lagi . Hazrul akur lalu duduk diatas sofa .
" Lisa bagi gambar gambar tu "
Angelika menghulurkan sampul surat yang diisi gambar gambar kepada Hazrul dengan hati yang hiba .
Hazrul sambut huluran itu lalu membuka isi dalamnya . Terbeliak mata Hazrul tatkala dia melihat gambar gambar itu .
Gambar dia bersama Aisyah diatas katil sambil tertidur .
" sekarang jelaskan " Hazrul mendongak memandang Encik Rahim .
" daddy sumpah Hazrul tak buat semua ni daddy . Mummy sumpah Hazrul tak buat percaya lah " rintih Hazrul .
Dia memandang Encik Rahim dan Puan Alice silih berganti tanda minta kepercayaan .
Hanya merekalah yang Hazrul harapkan . Akak dan abang ipar dia yang lain semua dah balik rumah sendiri .
Bryan ? Lagilah dok bermain dekat atas .
" habis kalau bukan kau siapa lagi dalam gambar tu ? Hantu yang menyerupai kau hah ?" Sedas Ryan membalas .
" percayalah bukan Hazrul yang buat mummy , daddy , abang . Aisyah sengaja perangkap Hazrul " ujar Hazrul .
" abang sanggup tuduh Aisyah semata mata nak tutup kesalahan abang sendiri huh ? Abang betul betul hipokrit " sampuk Angelika yang sedari tadi berdiam diri .
Lantas Angelika mengangkat punggung dan berlalu naik ke atas .
" Lisa ! Tolonglah percaya cakap abang " rayu Hazrul di bawah tangga .
" tak ada siapa nak percayakan kau selagi kau tak ada bukti yang kukuh Hazrul . Jangan suka suka kau aje nak tuding jari dekat Aisyah " sinis Angelika membalas dan terus masuk ke dalam bilik .
Terkedu Hazrul apabila Angelika berkata begitu lagi lagi dia sudah berkau aku dengan Hazrul .
" dah lah mengaku ajelah kau yang buat . Senang cerita " sampuk Ryan .
" ya allah buat apa saya nak mengaku kalau bukan saya yang buat abang " Hazrul masih cuba untuk menegakkan kebenaran .
" bukti ? Mana bukti yang menunjukkan yang kau tak bersalah Hazrul . Dah lah aku lelaki kau pukn lelaki . Aku tau kau macam mana lelaki semua sama ajelah . Tak kira lah dah kahwin atau belum " satu lagi kata kata perit menerjah digegendang Hazrul .
" dah lah nak pergi bersihkan diri rehat . Malam nanti kita bincang lagi " Puan Alice cuba untuk meleraikan pergaduhan itu .
Hazrul akur lalu mendaki tangga dengan hati yang remuk . Pintu bilik dibuka dan terdengar Angelika sedang menangis . Hazrul terus masuk ke dalam dan pintu dikunci .
" sayang " Hazrul bergerak ke arah Hazrul .
Makin didekat makin Angelika menjauh .
" sayang tolong jangan macam ni " terus tangan Angelika diraih .
Dengan sekuat tenaga yang ada pada Angelika dada bidang Hazrul ditolak sekuat hati .
" aku tak nak kau dekat dengan akulah !" Tengking Angelika .
Air matanya merembes laju di pipi .
" aku tau kau mesti nak balik semula dekat Aisyah kan ? Sebab apa ? Sebab kau bosan asyik menghadap muka aku dua puluh empat jam kan ! So kau nak rujuk balik pada Aisyah konon cinta korang yang dulu dah berputik semula . Fine ! Kalau kau nak sangat Aisyah tu lepaskan aku itu je caranya " luah Angelika sepuas hati .
Terkedu Hazrul dengan apa yang baru Angelika cakapkan .
" tak ! Sama sekali saya tak akan lepaskan awak sebab saya sayang dan cintakan awak " balas Hazrul seraya bangkit dari jatuh terjelopok akibat Angelika menolaknya .
" sayang dan cintakan aku konon . Kalau kau sayang aku , cinta aku kau takkan menduakan akulah Hazrul . Kau ada otak kau boleh fikir mana baik mana buruk . Apa bukti kau kalau itu bukan kau yang rela hati tapi Aisyah yang perangkap kau . Mana buktinya " bidas Aisyah .
Hazrul sudah meraup mukanya kasar . Hatinya sudah remuk hancur lebur kerana Angelika tiba tiba bertukar menjadi kurang ajar dengannya .
" one day I will proof it by myself . I will proof that I didn't do that and I just want you in my heart . Only you . Tak ada orang lain dalam hati saya Lisa ." Ujar Hazrul .
" bilanya one day kau tu Hazrul ? Dah lah aku malas nak bertekak dengan kau . Sekarang ni aku nak suruh daddy yang uruskan hal ni " Angelika melangkah untuk keluar dari bilik tetapi Hazrul pantas mencengkam lengan Angelika .
" let me go Hazrul !" Jerit Angelika .
Terus Hazrul lepaskan cengkaman tangannya .
" Lisa " panggil Hazrul .
" apa lagi Hazrul " jawab Angelika mendatar .
Hazrul diam .
" aku tak nak duduk lama lama dengan kau lah . Cepatlah cakap " ujar Angelika bengang .
" awak saya boleh jelaskan semuanya itu bukan saya " rintih Hazrul .
" habis kalau bukan kau siapa dalam gambar tu ? Ayah dia ? Atuk dia ? Eh fikir alasan logik sikitlah Hazrul . Dah lah aku malas nak layan kau "
terus Angelika meninggalkan Hazrul di dalam bilik berseorangan .
Hah nah kan sis ada hutang dengan readers nak double upd kan ? So here dah lunaskan . Ouh yaa gambar diatas hanya hiasan semata mata so tak tengok pon tak apa . Hehe so apa dah jadi dengan diorang berdua ? Gaduh besar tu dah akhir akhir nilah nak gaduh gaduh tak baik ecece okay nantikan nex chap .
YOU ARE READING
I Love You Mr. Husband ✅
De TodoKerana pertemuan dua figura di bawah Menara Eiffel , telah menubuhkan sebuah ikatan sah dan sebuah masjid tanpa diduga . Ianya antara hero dan heroin . Angelika Alisa berdarah campuran German dan personalitinya agak berlainan . Bermata biru bundar...