Bab 54

4.3K 94 3
                                    

Hazrul tekun menghadap komputer sambil tangannya lincah menulis sesuatu .

Tok ! Tok !

Pintu biliknya diketuk dari luar .

" masuk !" laung Hazrul dari dalam .

" boss Kamal suruh ambil dia dekat aiport sekarang dia dah sampai . Dia cakap dia telefon boss kenapa tak angkat ?" Hazrul mengerutkan dahinya , lantas telefon di poket dikeluarkan .

" allah patutlah pun bateri dah habis . Tak apalah terima kasih Ila " Suhaila angguk lalu keluar dari bilik itu.

Hazrul mengemas mejanya yang bersepah lalu beredar dari situ .

HAZRUL melirik ke arah jam tangannya .

" haih lamanya si Kamal ni masuk tandas macam perempuan " gumam Hazrul sambil muncung panjang .

Beberapa minit kemudian Kamal berlari anak ke arah Hazrul sambil tersengih .

" sengih sengih kau buat apa lama sangat ?" Soal Hazrul geram .

" melepaslah apa lagi .. semalam aku makan macam macam hari ni pula tindak balasnya . " Ujar Kamal sambil tersengih .

" ish apa kau ni tak senonoh betullah dah lah jom balik " rengus Hazrul lalu bergerak meninggalkan Kamal yang sedang tergelak .

Kamal membuka pintu disebelah pemandu dan meloloskan diri di dalam perut kereta .

Hazrul menghidupkan enjin lalu bergerak meninggalkan perkarangan airport .

Sepanjang perjalan Hazrul hanya mendiamkan diri cuma mendengar Kamal menceceh .

" woi ! Kau dengar tak apa yang aku cakap tadi kau ni kan bazir air liur aku je " marah Kamal apabila Hazrul tidak mempedulikan dia

" dengarlah cuma aku tak sedap hati je . " luah Hazrul .

Memang sedari tadi hatinya tidak tenteram cuma dia tidak ambil pusing malah hanya mendiamkan sahaja .

" apa dia lagi ni . Kau ni kan sejak akhir akhir ni aku jarang tengok muka kau happy , senyum . Asyik muram aje . Jangan risau dah kita dah ada barang bukti " Kamal cuba untuk menenangkan Hazrul .

Terdengar Hazrul mengeluh .

" hah macam mana ? Dapat tak bukti tu ? " soal Hazrul ingin menolak gundah dihati .

" haih kau ni tengok apa yang aku cakap tadi semua tak masuk dalam kepala kau . Kan aku dah cakap tadi jangan risau kita kan dah ada bukti , that's mean dapatlah " terang Kamal .

" macam mana kau boleh dapat ?" soal Hazrul lagi .

Kamal sudah tersenyum senget .

" yang tu kau tak perlu tahu itu semua urusan aku je . Nah pendrive nya " Kamal menghulurkan pendrive berwarna kelabu kepada Hazrul lalu Hazrul menyambut huluran Kamal .

" lepas ni kau pergi mana ?" Hazrul memandang sekilas ke arah Kamal sebelum melemparkan kembali pandangannya di jalan raya .

" balik pejabatlah apa lagi " Kamal mengangguk dan kereta mereka laju menyusur diatas jalan raya .

TING ! Tong !

Terdengar loceng rumah berbunyi disegenap rumah .

" Lisa ! Pergi tengok siapa yang datang tu !" Laung Puan Alice dari dapur .

Angelika yang sedang enak duduk diruang tamu bangkit perlahan lahan lalu bergerak ke arah pintu rumah .

" eh Aisyah la mimpi apa pula dia datang sini " omel Angelika sebelum menekan punat untuk membuka pagar automatik itu .

I Love You Mr. Husband ✅Where stories live. Discover now