Bab 15

6.1K 136 0
                                    

~beberapa tahun kemudian~

Angelika bernyanyi kecil sambil tangan lincah memasak sesuatu .

Tangan membuka penutup bekas yang mengandungi garam lalu dicubit sedikit dan dimasukkan di dalam kuali . Berasap asap dapur dibuatnya .

" assalamualaikum " Angelika seperti mendengar orang memberi salam .

Tidak lain tidak bukan si Hazrul tu la . Kalau time time macam ni memang si Hazrul la jadi tetamu tetapnya .

" waalaikumusalam , masuk la " jawab Angelika .

Terus Hazrul menanggalkan kasut lalu masuk ke dalam .

" wah sedapnya bau . Awak masak apa ni " tanya Hazrul .

Seperti kucing kelaparan lagaknya dia membau masakan Angelika .

" masak paprik campur . Teringin nak makan saya masak la . Tak tahu sedap ke tak " jawab Angelika panjang lebar .

" oh " itu sahaja jawapan dari Hazrul .

Setelah paprik itu siap dimasak Angelika memindahkan ke dalam mangkuk lain .

Hazrul hanya membuntuti Angelika yang sedang berjalan ke ruang makan .

" awak ambil dua pinggan kat atas rak tu . Hah dengan gelas sekali " arah Angelika .

Hazrul hanya menurut . Angelika membuka pintu peti ais lalu mengeluarkan jag air oren .

Hazrul membulatkan matanya . Wah air oren . Dah la lama tak minum . Lisa awak the best in the world . Sorak Hazrul dalam hati .

" Hazrul yang awak terjegat dekat dapur tu dah kenapa . Sengih sengih . Tak nak sarapan ke apa " sergah Angelika .

Hazrul tersentak lalu tersengih sengih sambil berlalu ke ruang makan .

" awak kenapa terjegat dekat situ ?" Tanya Angelika sekali lagi .

" tak ada apa apa . " jawab Hazrul .

Angelika hanya menggelengkan kepala . Ada ada saja la si Hazrul ni . Desis hati Angelika .

Terus tangannya mengambil pinggan lalu mencedok nasi ke dalam pinggan .

Selesai mencedok pinggan itu diberi pada Hazrul . Diambil pula pinggan untuk dirinya lalu mencedok nasi .

Semasa Angelika ingin mencedok paprik campur , masa tu juga Hazrul ingin mencedok paprik campur .

Tiba tiba tangan mereka berpegangan . Berpegangan di atas satu sudu . Wow romantik gitu ..

bagai tersedar dari mimpi mereka terus menarik tangan masing masing . Muka Angelika memerah .

" tak apa biar saya cedok lauk awak tuang air " cadang Angelika .

Hazrul mengangguk . Lalu mereka buat apa yang telah dicadangkan .

Selesai mencedok lauk dan menuang air mereka terus menjamu selera .

" Wow ! Sedap betul masakan awakk . Marvellous ! Marvellous "

Hazrul yang tiba tiba sergah begitu membuatkan Angelika tersedak sampai terkeluar air mata .

" erh awak okay ke ? Sorry sorry . Saya tak sengaja sedap sangat tu la sampai jadi macam tu " Hazrul berasa bersalah apabila melihat Angelika tersedak tidak henti henti .

Lalu Hazrul memberikan air oren pada Angelika . Baru lega rasanya .

" awak ni kalau ye pun sedap jangan la sampai macam tu sekali . Nasib tersedak je . Kalau tersedak sampai mati macam mana !" Marah Angelika .

Hazrul membuat muka cuak .

" awak jangan la cakap macam tu . Saya tak sanggup nak berpisah dengan awak " ayat yang terakhir itu dilafazkan kepada dirinya sendiri .

" dah la sambung makan " arah Angelika .

Hazrul hanya akur . Setelah perkara tersedak tadi selesai mereka makan dalam keadaan sunyi . Masing masing melayan perasaan sendiri .

" awak " tegur Hazrul memecahkan suasana yang hening .

" hurm " hanya itu sahaja keluar dari mulut Angelika .

Dah sah marah dekat aku . Desis hati Hazrul .

" awak okay dah ke ?" Tanya Hazrul prihatin .

" okay dah " jawab Angelika.

" awak marah dengan saya ke ?" Tanya Hazrul .

" eh tak la saya tengah gembira sekarang ni . Tak nampak ke saya tengah semyum sekarang ?" Angelika menjawab sambil membuat senyuman yang terang lagi nyata palsunya itu .

Dah sah la aku tengah marah kau . Marah angelika dalam hati .

" ok look , I ' m sorry , I'm really sorry . Saya betul betul tak sengaja " Hazrul ikhlas meminta maaf .

Angelika memandang muka Hazrul yang membuat muka kesian .

Hazrul berdoa dalam hati semoga perempuan yang di hadapannya itu memaafkan nya .

" okay okay . Saya maafkan " ucap Angelika ikhlas.

Tak sampai hati pula melihat muka Hazrul begitu .

Hazrul rasa seperti batu yang besar menghimpapnya kini sudah diangkat . Lega rasa hati .

" awak dah maafkan saya , so senyum la . Please " pujuk Hazrul .

Angelika menguntum senyum yang paling ikhlas . Dan senyum itu juga la membuatkan hati Hazrul tidak keruan .

" awak " panggil Hazrul .

" apa lagi awak ni . Kalau asyik bercakap macam mana nak habis makan " marah Angelika .

Mana taknya mahu menyuap makanan ke dalan mulut Hazrul dah memanggilnya .

" awak malam ni keluar nak ? Saya bawak awak pergi tempat special ." Angelika mengerutkan dahi manakala Hazrul menjongketkan keningnya .

" tempat special ? Kat mana ?" Tanya Angelika .

" secret " jawab Hazrul .

" Alah nak secret secret pulak " marah Angelika .

" adalah awak siap je pukul 8 saya ambik awak " Hazrul bangun sambil membawa pinggan serta gelas ke sinki .

Angelika dengan tanda tanya terus bangkit menuju ke sinki .

" eh awak tak apa tak apa biar saya je basuh pinggan ni awak kemas meja " halang Angelika .

Hazrul mengangkat bahu lalu membasuh tangan .

" mana kain nak saya guna ?" Tanya Hazrul .

" kain ?" Tanya Angelika blur .

" yela kan awak suruh saya kemas meja kena la ada kain basah nak lap meja " terang Hazrul .

" ouh sorry sorry blur kejap " sengih Angelika .

Hazrul tergelak. Lucu betul Lisa ni . Desis hati Hazrul .

Terus kain basah dihulur pada Hazrul . Hazrul mengambilnya lalu dibersihkan meja makan .

Jag yang masih berbaki air oren dimasukkan dalam peti ais. Selesai mengemas semuanya Hazrul meminta diri .

" Lisa saya balik dulu la ye. Terima kasih la sebab bagi saya sarapan dekat sini " pamit Hazrul .

" hah okay . Eleh macam la tak biasa makan dekat sini " jawab Angelika . Hazrul tersengih

. " okay saya pergi dulu . Jangan lupa malam nanti.assalamualaikum " Hazrul melambai ke arah Angelika .

Angelika membetulkan tudungnya yang sedikit ke depan lalu membalas lambaian Hazrul .

I Love You Mr. Husband ✅Where stories live. Discover now