Bab 6

7.3K 196 2
                                    

Jaket berwarna pink biru itu disarungkan di badan Angelika . Jaket dia ala ala tebal gitu. Maklum la nak berangkat ke luar negara kan .

Beg beg sudah dimasukkan ke dalam bonet kereta milik Encik Rahim .

"semua dah sedia ? Ada barang barang lain tertinggal tak ?" Tanya Puan Alice .

"So far tak ada yang tertinggal" jawab Angelika girang .

Semua ahli keluarga Angelika ikut untuk menghantar Angelika ke lapangan terbang .

pergh macam nak pergi berperang je . Isya pun tak terkecuali tapi ikut naik kereta Alphat milik Encik Rahim .

kereta miliknya ditinggal dahulu didepan rumah Angelika . Setelah semua sudah masuk ke dalam kereta , mereka pun bertolak ke lapangan terbang .

"ATAK , atak nak tinggalkan Ian eh ?" Tanya Bryan lurus.

"bukan akak nak tinggalkan Ian tapi akak nak pegi kampung mummy kejap je . Nanti akak balik sini" tiba tiba Bryan memeluk kaki Angelika .

Angelika terus mencangkung bagi samakan ketiggiannya dengan Bryan.

"kenapa Ian nangis ?" Tanya Angelika sambil mengelap air mata Bryan .

"nanti Ian rindukan atak . Nanti siapa nak main dengan Ian .Siapa nak mandikan Ian?" Allah haih Bryan kakak nak balik kampung mummy je la adik oii. Bukan nak berperang .

"Ian ada mummy , daddy , Kak Angel . Dia orang boleh main dengan Ian kan ?" Bryan diam membisu.

Dilihat jam ditangan lagi setengah jam kapal dia akan berlepas.

Kalau makin dilayan si Bryan ni sampai keesok dia ada disitu. Baru sahaja Angelika mahu bangkit Bryan menarik tangannya.

"Atak , I love you so much" semua yang berada disitu hanya tergelak melihat gelagat si kecil itu .Lagi lagi bila speaking dalam keadaan pelat.

"Ian , I love you more" jawab Angelika dan terus mencium kedua belah pipi Bryan.

Dia bangkit lalu menyalam Puan Alice . Perkara yang sama dibuat oleh Angelika tadi dibuat oleh Puan Alice pula .

Dipeluk sekuat hati anaknya itu. Angelika membalas pelukan mummynya .

Kemudian pergi ke arah Encik Rahim pula .

Selepas itu Abang Ray dan seterusnya . Bila sampai turn Isya air mata Angelika terus mengalir .

mereka telah berkawan selama lima tahun bermula daripada first time masuk universiti dahulu .

"jaga diri baik baik tau Lisa. Jangan lupa aku" air mata Isya turut keluar.

Angelika mengangguk. Setelah sesi berpelukan , tiba la masa dia pergi . Dia menarik dua buah beg bagasi besar.

"bye bye Atak" Bryan lambaikan tangan pada Angelika. Angelika turut melambaikan tangan.

"AKHIRNYA sampai juga kampung mummy ni" Angelika berkata sendirian .

Dia pergi ke tempat khas untuk sewa cab . Dalam perjalanan mahu ke tempat itu , tiba tiba dia berlanggar dengan seorang lelaki .

Angelika dan lelaki itu jatuh terduduk .cermin mata hitam yang dipakai oleh Angelika terbuka .

"I'm sorry " ayat yang sama diungkap serentak .

"Hi my name is Hazrul and yours is ?" Lelaki itu memperkenalkan diri.

Angelika yang dari tadi membersihkan jaket yang dipenuhi salji berhenti dan memandang ke arah lelaki itu .

Wow mata biru . Lain macam warna mata dia . Sempat pula dia usha mata Angelika .

"Angelika Alisa" jawab Angelika lalu menyambut huluran tangan Hazrul . Berlapik okay !..

ditenung Angelika dari atas ke bawah . Nama macam nama orang melayu tapi muka sebijik muka omputeh . Tapi dia tak ada la seksi mana .

Memang la tak seksi mana orang sejuk sejuk mesti la tutup semua . Mahunya jadi ais nak seksi seksi pula.

"Are you from ...." belum sempat Hazrul menyambung ayat Angelika sudah memotong .

"Ya saya dari malaysia" macam tahu tahu sahaja Angelika ni apa yang bermain di benak Hazrul sekarang .

"oh I see. Kenapa tak cakap dari tadi . Tapi kan kenapa mata awak warna biru ?" Eh mamat ni tak tahu asal usul mana nak ajak borak dekat tempat public macam ni .

"saya kacukan . Mummy saya orang sini. Ok la I have to go .cab pun dah sampai. Nice to meet you " tanpa menunggu jawapan dari Hazrul terus dia pergi ke kenderaan yang bernama cab tu dan terus masuk ke dalamnya.

"menawan" satu perkataan yang keluar sebelum Hazrul berlalu pergi.

I Love You Mr. Husband ✅Where stories live. Discover now