Aisyah menari terhuyung hayang sambil memegang gelas yang berisikan air kencing syaitan .
Rentak lagu yang rancak sambil dikawal oleh air itu membuatkan Aisyah semakin tidak sedarkan diri . Orang ramai yang juga berpelukan sambil menari langsung tidak mengganggu Aisyah yang sedang menari .
Tiba tiba seorang lelaki merangkul pinggangnya dari belakang tapi Aisyah tidak terkejut malah pelukan itu dibalas manja .
" hai sayang lama tak datang kelab " ujar lelaki itu separuh menjerit kerana lagu yang begitu kuat .
" sayang sibuk ada benda nak kena uruskan . " balas Aisyah juga menguatkan suara sambil menari nari dan bergesel badan dengan lelaki itu .
" sayang duduk jom " lelaki itu menarik lengan Aisyah dan bergerak ke arah sofa .
Lelaki itu melabuhkan punggung diatas sofa manakala Aisyah dengan manja duduk diatas riba lelaki itu. tangannya menjalar disegenap tubuh sasa itu .
" bro " tiba tiba ada suara yang menegur lelaki itu .
" yes " balas lelaki itu .
" pinjam dia sekejap " suara itu menunjuk ke arah Aisyah .
Aisyah pelik terus menoleh ke belakang dan mata dia terbeliak memandang gerangan itu.
Shahrul !
" sure you can "
terus Shahrul menarik gelas di tangan Aisyah dan diletakkan diatas meja yang berhampiran , kemudian lengan Aisyah ditarik sekuat hati keluar dari kelab itu .
" woii ! Kau apahal !!" Tengking Aisyah setelah mereka keluar dari kelab itu .
Lengannya di dalam pautan Shahrul cuba dilepas tetapi gagal .
" sakitlah bodoh !! Lepaslahh !!" Terus Shahrul mencengkam lengan Aisyah lebih kuat sehingga berdarah .
Shahrul mengukir senyum sinis . Pisau lipat di dalam poketnya dikeluarkan . Aisyah ditarik dan membawa Aisyah ditempat yang tersorok . Lengan Aisyah dilepaskan kuat .
" kau nak apa lagi !!" Suara Aisyah masih lagi menengking .
Terus pipi Aisyah dicengkam kuat .
" duit aku mana bodoh !! Aku nak duit aku !" Sembur Shahrul betul betul di hadapan muka Aisyah .
" aku tak ada duit !! Tunggulah tak reti sabar dah ?" Balas Aisyah .
" tak ada duit kau kata !! Habis tu kau datang kelab tu guna apa ? Air liur kau ? Kau jangan bagi alasan bodoh lah Aisyah . Kau pilih sama ada nak bagi duit aku atau nyawa kau jadi galang ganti cepat " muka Aisyah sudah memucat .
Duit daddy bagi itu separuh dah bayar pada Akif dan separuh lagi dia dah berlanja sakan sampai terlupa duit Shahrul dia tak bayar lagi .
Mampus dia saat ni kalau mintak daddy mesti dia kena soal siasat sebab tidak sampai sebulan duit tu dah lesap . Aisyah bungkam tanpa kata .
" woi kau pekak ke apa !! " Shahrul menunjal kepala Aisyah .
" kau apahal nak tolak tolak kepala orang sesuka hati huh ?! " tengking Aisyah .
Pap !
" kau tengking lagi sekali satu lagi tamparan hinggap dekat pipi kau !! " Aisyah memegang pipi yang ditampar oleh Shahrul .
Aisyah tiada pilihan lain dengan melarikan diri . Kakinya mengundur ke belakang tanpa Shahrul sedar.
" kau takkan dapat lari dari aku lah Aisyah . Kau lari memang kau kena dengan aku ! Sekarang aku nak kau bayar duit aku " ujar Shahrul keras .
![](https://img.wattpad.com/cover/83344953-288-k159009.jpg)
YOU ARE READING
I Love You Mr. Husband ✅
AcakKerana pertemuan dua figura di bawah Menara Eiffel , telah menubuhkan sebuah ikatan sah dan sebuah masjid tanpa diduga . Ianya antara hero dan heroin . Angelika Alisa berdarah campuran German dan personalitinya agak berlainan . Bermata biru bundar...