Bab 55

4.8K 88 0
                                    

Hazrul memberhentikan kereta diseberang rumah kerana ramai orang yang berhimpun dihadapan rumahnya .

dia berasa pelik plus curiga kenapa rumahnya dikerumuni oleh orang ramai ? siap ada polis bagai .

Hatinya yang sudah tenang kembali gundah . Hazrul ingin melintasi garisan kuning yang ditanda oleh pihak polis akan tetapi dia ditahan oleh salah seorang anggota polis disitu .

" encik , encik tak boleh masuk . " larang anggota polis itu .

" tapi saya tuan rumah ni ! Saya nak tengok ada apa yang berlaku " ujar Hazrul tegas .

" sekejap saya minta izin sarjan " polis itu pun bergerak ke arah seseorang lelaki yang mungkin berpangkat besar .

Setelah beberapa minit polis yang menahan Hazrul itu kembali .

" encik dibenarkan masuk " polis itu senyum .

Hazrul mengangguk lalu berjalan ke dalam rumah . Berderau darah dia tatkala rumah itu dipenuhi dengan darah yang masih mengalir dan yang sudah kering .

" encik ni siapa ?" soal anggota polis yang membenarkan Hazrul masuk .

" saya Hazrul salah seorang anggota keluarga di rumah ini . Boleh saya tahu apa yang dah terjadi ?" Soal Hazrul cuak .

Mukanya sudah pucat lesi lagi lagi melihat sekujur tubuh yang diliputi plastik hitam ditengah rumah .

" okay saya Sarjan Ahmad , saya tidak pasti apa yang berlaku tapi yang pasti disini ada kes yang melibatkan pembunuhan berlaku . Dua orang mangsa sudah dihantar ke hospital untuk rawatan yang selanjutnya " terang Sarjan Ahmad .

" si ... siapa yang ....men..meninggal ni sarjan ?" Soal Hazrul tergagap sambil menunjukkan ke arah mayat ditengah rumah itu .

" mengikut siasatan saya yang menjadi mangsa dibunuh ini bawah umur 10 tahun atau 7 tahun . Tapi yang pasti dia masih kanak kanak " terbuntang luas mata Hazrul mendengar setiap butir kata Sarjan Ahmad itu .

Takkanlah !

" boleh saya tengok ?" Hazrul meminta izin .

Sarjan Ahmad mengangguk lalu Hazrul bergerak ke arah mayat itu . Dengan penuh debaran Hazrul membuka jua plastik hitam itu . Terduduk Hazrul melihat wajah si mati itu .

" allahuakhbar Bryan ! Kenapa boleh jadi macam ni !! Kenapa ya allah dugaan apa lagi yang engkau berikan pada kami yang allah . Sungguh berat dugaan ini . Anak kecil yang tak bersalah dan bersih dari dosa ! Sungguh kejam siapa yang buat semua ni " tangis Hazrul .

Leher Bryan yang terbelah diperhati . Seperti kesan torehan .

" innalillahiwainaillahirojiun . Semoga adik tenang di sana . Tunggu kami semua tau. Abang say...sayang sangat dekat adik . " Hazrul mencium umbun umbun Bryan kemudian pipi .

Muka pucat itu dipandang sayu . Seperti muka dia sedang tidur nyenyak . Satu per satu memorinya bersama Bryan terbayang dikepala .

" Encik Hazrul boleh encik panggil ahli keluarga yang lain ? " soal Sarjan Ahmad .

Sayu juga hatinya melihat tangisan Hazrul . Budak tidak bersalah itu dibuat mangsa sungguh tidak berhati perut langsung orang yang buat . Hazrul mengangguk lemah seraya mengeluarkan telefon dipoketnya.

Telefonnya dibuka tapi langsung cahaya tiada yang keluar . Hazrul menepuk dahinya sendiri . Bateri habis memang lah tak boleh buka.

" Encik ni bayi yang tertinggal di dalam rumah tadi " Sarjan Ahmad menghulurkan Aqilah pada Hazrul .

I Love You Mr. Husband ✅Where stories live. Discover now