Hazrul meletakkan songkok diatas meja kecil bersebelahan katil setelah habis solat subuh berjemaah bersama Angelika .
Dia melabuhkan punggung diatas katil sambil bermain dengan telefonnya . Memandangkan Angelika sedang membuat sarapan dibawah ini kesempatan untuk dia menghubungi Kamal untuk memberitahu dia tidak jadi ke Langkawi semula .
Tangannya lincah menekan nombor milik Kamal .
" hello assalamualaikum " suara garau milik Kamal kedengaran di corong telefon .
" waalaikumusalam Kamal . Aku ganggu kau ke sekarang ni ?" Soal Hazrul .
" eh tak ada tak ada . Aku pun baru nak lelap . Kau ada apa call aku pagi pagi ni . Tak menyempat nak tunggu petang nanti " bebel Kamal .
" hah sebabkan tak menyempatlah aku bagitau sekarang . Aku nak bagitau yang aku nak cancel pergi Langkawi sebab Lisa dah percaya aku " terbeliak mata Kamal mendengarnya .
" what!! Pula dah kau ni last minute kau bagitau . So kau dah berbaik lah dengan Lisa ni ? Pasal gambar tu dah selesai lah ?" Hazrul menjarakkan sedikit telefon dari telinganya apabila Kamal menjerit di corong telefon .
Dia menggosok gosok telinganya .
" kau ni pun Kamal janganlah macam orang nak cabut anak tekak . Pekak telinga aku tau tak . Aah kes gambar tu dah selesai aku pun dah berbaik dengan Lisa " sempat lagi Hazrul merungut .
" bilanya berbaik ? Tapi alhamdulillah lah kau dah berbaik . Lepas ni tak ada dah aku dengar masalah keluar dari mulut kau dekat pejabat tu . Ni aku nak tanya , satu famili kau ke atau Lisa sahaja yang dah berbaik dengan kau ?" Soal Kamal.
" semalam aku berbaik dengan dia . Bagi soalan terakhir kau tu Kamal aku tak ada jawapan . Aku pun tak tau aku dah berbaik dengan dia orang ke belum " luah Hazrul .
" Yelah kau settel elok elok tau . Famili belah kau tau ke hal ni ?" Soal Kamal lagi .
" tak aku tak bagitau pun . Malaslah nak panjangkan hal ni . Aku minta sangat yang dia orang dah boleh terima aku balik " kamal turut berasa sedih tatkala Hazrul berkata begitu .
" kau nak tak kalau aku je yang pergi cari bukti tu ?" Cadang Kamal .
Hazrul terkejut dengan keputusan mendadak Kamal itu .
" ish kau ni biar betul . Tak payah lah menyusahkan kau je tak payah tak payah " bangkang Hazrul .
Dia tak mahu sahabatnya itu bersusah payah hanya untuk dirinya sendiri .
" alah apa nya yang susah . Aku cuma nak tolong kau je nak tolong settel masalah kau ni , tu je . Bila masa lagi aku nak tolong sahabat aku kalau tak dalam kesusahan . Please weii kali ni je . Kau bagi tau aku dekat mana hotel yang kau duduk tu then aku pergi sana nanti . Sambil sambil tu boleh lah cuci mata sikit tengok alam semula jadi dekat sana " Hazrul serba salah mahu membenarkan Kamal .
" betul ke kau nak ni ? " soal Hazrul .
" iye Hazrul . Cuma bagitau aku kat mana hotel tu okay ? Dah aku nak sambung tidur ni baii assalamualaikum " terus panggilan dimatikan .
" ish dia ni main tutup macam tu je . Waalaikumusalam " omel Hazrul sambil memandang telefon yang tak bernyawa itu .
Terus tangannya menekan ikon whatsapp dan menghantar nama hotel yang dia menginap di Langkawi hari itu pada Kamal .
Tok ! Tok !
Pintu bilik dikuak dari luar . lantas Hazrul menoleh ke arah muka pintu .
" abang jom sarapan , sarapan dah siap dah " ujar Angelika sambil melabuhkan punggung disebelah Hazrul .
" sarapan apa hari ni ?" Soal Hazrul Sambil mengusap lembut rambut Angelika .
" erm nasi lemak sayang yang masak " Angelika terus menayangkan sengih .
" iya ? Wah mesti sedap tu tapi er abang Ryan ada dekat bawah ke ?" Terus berubah muka Angelika .
Dengan lambat Angelika mengangguk .
" alah bang , tak payah hiraukan abang Ryan tu kita makan je eh . Please penat sayang masak tau " mata Angelila terkedip kedip memandang Hazrul .
Hazrul tergelak melihat wajah comel milik isterinya itu.
" yelah abang turun . Jangan buat muka tu dah , tau tak comel " Angelika sudah tersenyum lebar terus pipi Hazrul dicium .
" yeayy !! Jom turun " Angelika menarik tangan Hazrul turun ke ruang makan .
Terdengar gelak tawa kedua mertua dan abang ipar Hazrul di ruang makan itu . Hazrul menarik kerusi dihadapan Puan Alice manakala Angelika menarik kerusi disebelah Hazrul dan didepan Ryan . muka Ryan terus berubah 60 darjah tatkala melihat muka Hazrul .
" makan Rul . Hari ini isteri kamu yang masak " sapa Encik Rahim ramah .
Hazrul hanya mengangguk .
" abang nak sayang ambilkan ke ?" Hazrul menggeleng .
" eh tak apa biar abang ambil " Hazrul ingin bangkit tapi ditahan oleh Puan Alice .
" tak apa Rul biar Angelika ambilkan dia kan isteri kamu " muka Ryan terus berubah .
Sejak bila orang tua dan adiknya dah berbaik dengan Hazrul .
" isteri apanya mummy kalau buat kerja terkutuk tu . Masih nak anggap Lisa ni isteri dia ke ?" Ujar Ryan selamba .
Hazrul terus menundukkan wajahnya.
" abang tolonglah berhenti bahaskan pasal tu . Lagipun Lisa percaya yang suami Lisa tak buat benda tu bang . Tolonglah buat kali ini je Lisa rayu dekat abang . Tolong jangan tuding jari dekat Hazrul lagi , Lisa tak sampai hati tengok dia kena caci dengan abang lagi . Cukuplah bang dia telan semua cacian abang selama dua hari . " Angelika sudah mengalirkan air matanya .
Hazrul terkejut kerana Angelika bersuara bagi pihak dia .
" dengar tu Ryan , daddy tak nak dengar apa apa lagi caci maki yang keluar dari mulut kamu tu . Cukup sampai sini sahaja . Lagipun kami bertiga dah maafkan dia . Lisa tak ada apa apa kamu yang melebih " sampuk encik Rahim pula .
Hati Ryan sudah membahang .
" yang kau orang semua bela sangat dia ni kenapa ? Kena hasut dengan dia ke hah ? Dia ada bagi ubat guna guna dekat korang semua !" Terjegil mata Encik Rahim .
" Ryan Rosham daddy kata cukup !! Daddy tak nak dengar apa apa dari mulut kurang ajar kamu tu lagi !! Daddy tak ajar anak daddy biadap macam ni rupa !" Muka Encik Rahim sudah memerah menahan marah .
" sudah !!" Hazrul memekik .
Dia tidak sanggup kerana dia mereka anak beranak bergaduh .
" Hazrul kata sudah ! Cukup ! Tolong jangan bergaduh hanya kerana benda remeh macam ni . Abang Ryan Hazrul berani bersumpah dengan nama allah yang Hazrul tak buat benda terkutuk tu . Buat apa Hazrul belajar tinggi tapi Hazrul buat benda terkutuk tu . Sudahlah bang Hazrul tak sanggup lagi dengar cacian abang percayalah yang Hazrul tak buat . Abang nak bukti okay Hazrul akan bagi bukti pada abang as soon as posible . " terkedu Ryan mendengarnya .
Ketika itu keadaan sunyi . Tiada siapa yang ingin bersuara . Tiba tiba terdengar suara Aqilah menangis .
" okay fine ! Kau terlalu yakinkan yang kau ada bukti . Aku nak bukti tu dalam masa seminggi ni kalau dalam masa seminggu ni kau tak bagi aku kau memang penipu besar " sehabis Ryan menghabiskan ayatnya dia terus beredar ke biliknya .
Hazrul dan Encik Rahim terduduk .
" sabar ye nak . Kamu yakin ada bukti tu ?" Suara Puan Alice yang sedari tadi tidak bersuara .
Hazrul mengangguk lemah . Ya sekarang dia perlu pertolongan Kamal . Dia perlu mendapatkan bukti itu secepat yang mungkin .
Masing masing tiada selera untuk bersarapan pada pagi itu setelah apa yang berlaku .
Apa dah jadi ni ? Akhir akhir bab ni memang sis akan buat banyak bergaduh . Vote dan komen . Hah ! Jangan lupa promote sekali tau .
YOU ARE READING
I Love You Mr. Husband ✅
De TodoKerana pertemuan dua figura di bawah Menara Eiffel , telah menubuhkan sebuah ikatan sah dan sebuah masjid tanpa diduga . Ianya antara hero dan heroin . Angelika Alisa berdarah campuran German dan personalitinya agak berlainan . Bermata biru bundar...