Bab 37

4K 83 0
                                    

Barang barang yang dibeli tadi diambil dari dalam bonet . Pintu rumah dibuka .

Angelika bergerak ke arah dapur untuk menyimpan barang barang . Setelah mengunci kereta Hazrul bergerak ke arah Angelika .

Disandar di meja makan . Angelika begitu kusyuk menyimpan barang ke dalam peti ais .

" sayang lapar " ujar Hazrul sambil memeluk pinggang Angelika .

Angelika tersentak lalu memusingkan badannya menghadap Hazrul .

Dikerling jam ditangan . Patutlah pun Hazrul lapar dah pukul 5:30 . Tadi makan pukul 12:30 .

" okay kejap ye sayang kemas ni semua pastu sayang buat air . Abang pergi naik bersihkan diri , solat asar lepastu turun makan okay ?" Ujar Angelika sambil mengusap pipi Hazrul .

Turun pula dileher Hazrul dan ditarik supaya dekat dengannya sampai boleh dengar nafas Hazrul .

Angelika menguntum senyuman menggoda lalu mengenyitkan mata . Jantung Hazrul sudah berdegup kencang .

Perlahan lahan dia mendekatkan wajahnya . semakin dekat hingga bertembung hidungnya dengan hidung Angelika .

Disengetkan kepalanya . Bibir Angelika ditarget . Angelika tersedar yang Hazrul sudah dikawal nafsu pantas menolak badan Hazrul .

" not now okay . Malam malam nantikan boleh . Dah pergi mandi , solat " ujar Angelika gatal .

Hazrul tersengih .

" betul lah malam nanti . Abang tuntut " ujar Hazrul sudah tersenyum gatal .

Angelika ketawa sambil mengangkat kedua belah bahu .

" abang tuntut!" Ujar Hazrul lagi sambil kaki melangkah ke arah tangga .

Angelika hanya buat tidak tahu sambil menyimpan semula barang ke dalam peti ais .

HAZRUL  menghempaskan badannya diatas katil . Kunci kereta dibiarkan diatas katil .

Fuh syurganya dapat katil . Tangannya digerakkan ke atas ke bawah beberapa kali .

Tiba tiba dia terpegang sesuatu dibawah bantal . Macam buku .

Hazrul bangkit lalu mengangkat bantal . Terkejut bukan kepalang .

" diari aku !!" Ujar Hazrul .

Pantas diambil diari itu .

" macam mana diari aku boleh sampai dekat sini ? Mesti Lisa punya kerja ni . " rengus Hazrul .

Pasti Angelika sudah tahu segala gala rahsianya yang disimpan selama sepuluh tahun.

" baik lepas aku solat aku tanya dia " ujar Hazrul lalu bergerak mengambil tuala lalu bergerak ke arah bilik air .

Selesai mandi dan siap memakai pakaian Hazrul menunaikan solat asar .

Selesai sahaja Hazrul menunaikan solat diarinya dicapai dan turun ke bawah .

Angelika sedang menghidangkan minum petang di dapur .

" sayang " panggil Hazrul dalam nada serius .

Angelika toleh ke arah Hazrul.

" Apa ni ?" Soal Hazrul sambil meletakkan diarinya diatas meja makan.

Berderau darah Angelika . Lidah dia terus kelu .

" mana awak dapat ni ?" Soal Hazrul dalam nada sedikit tinggi .

Kalau panggilan sayang tu dah hilang memang tengah marah gilalah Hazrul tu .

" sa..ss...saya" Angelika tergagap gagap menjawab .

I Love You Mr. Husband ✅Where stories live. Discover now