Angelika keluar dari bilik air sambil mengelap rambut menggunakan tualanya .
dia bergerak ke arah meja solek . Pintu dikuak dari luar . Angelika yang memandang muka Hazrul dari cermin menguntum senyuman .
" sayang mandi tak ajak pun . Tengoklah ni masih basah lagi tau " Hazrul menunjukkan dirinya yang masih basah akibat mandi kolam tadi dengan muncung sedepa .
Angelika tergelak kecil .
" siapa suruh naik lambat " ujar Angelika .
Hazrul berjalan ke arah Angelika yang sedang menyikat rambutnya .
" sayang jomlah mandi lagi . Mandi sama sama " ujar Hazrul sambil merangkul bahu Angelika .
" tak nak lah sejuk " Angelika memandang Hazrul dari pantulan cermin .
" alah " keluh Hazrul sambil duduk dibirai katil .
" dah lama kita tak mandi sama sama " sambung Hazrul lagi .
" Ngee dah mula lah tu gatal dia . Dah pergi mandi nanti demam siapa susah sayang juga " ujar Angelika sambil berdiri dan jari telunjuknya terarah pada bilik air .
" tak nak " Hazrul berpeluk tubuh sambil membuat muka merajuk .
" eleh ingat comel " Angelika menjelir lidah .
" Ngee apalah sayang ni tak romantik langsung " rengus Hazrul sambil mengambil tuala dan menuju ke bilik air .Dia menghempas pintu bilik air.
" haa hempas lagi pintu tu biar kopak nanti senang lah abang intai sayang mandi " seloroh Angelika sambil terkekek kekek ketawa .
Seketika kemudian pintu bilik air dibuka . Tersembullah Hazrul dengan hanya berseluar sahaja .
" apa sayang cakap tadi ? Intai sayang mandi ? Kalau macam tu tak payah kopakkan pintu mandi sama sama je kan senang " balas Hazrul pula .
Muka Angelika sudah memerah .
" dah dah pergi mandi " arah Angelika yang sedang menahan malu .
Hazrul yang sudah menutup kembali pintu galak mengertawakan Angelika .
Angelika hanya tersenyum melihat gelagat suaminya itu . Ada ada sahaja .
Lucu !.
Angelika bergerak ke arah beg tangannya . Diari Hazrul dikeluarkan .
Haritu dia dapat baca sehelai dua sahaja . Memandangkan Hazrul tengah mandi dia mengambil kesempatan untuk membaca lagi .
Setelah diambil diari tersebut Angelika melabuhkan punggung diatas katil . Diselak helaian seterusnya .
Angelika menekup mulutnya apabila dia membaca diari Hazrul sehelai demi sehelai .
Tak disangka sangkaan dia selama ini betul . Diari yang dibuat oleh Hazrul tidaklah begitu banyak .
Helaian demi helaian tiba diakhir diari Hazrul .
16/5/2009
Setelah tiga tahun aku couple dengan dia baru hari ini dia tahu siapa aku . kesiannya kau perempuan . Kalau kau nak tahu aku sengaja couple dengan kau sebab aku nak balas dendam dengan abang kau. Asyraf Zulkarnain Muhd Azham. Abang kaulah punca segala galanya . Kau nak simpan dendam dengan aku selama yang kau nak aku tak kesah. Asalkan aku dapat balas semua dendam aku dekat abang kau . Puas hati aku . Abang kau memang perampas !! Well today kita terserempak dekat mall . Itulah saat yang paling aku suka . Biar padan dengan muka kau . End for today . Hahaha ops .. terlupa sekarang dengan rasminya aku dah tak ada apa apa lagi dengan perempuan jalang tu . Chaw

YOU ARE READING
I Love You Mr. Husband ✅
De TodoKerana pertemuan dua figura di bawah Menara Eiffel , telah menubuhkan sebuah ikatan sah dan sebuah masjid tanpa diduga . Ianya antara hero dan heroin . Angelika Alisa berdarah campuran German dan personalitinya agak berlainan . Bermata biru bundar...