" thanks " ucap Angelika .
Bila Angelika ingin membuka langkah tiba tiba Hazrul memanggilnya . Badannya ditoleh ke belakang .
" awak , hurm saya harap awak fikir fikir kan la jawapannya . Saya bagi tempoh tiga hari saja " Hazrul memberi peringatan .
Angelika senyum dan mengangguk .
Angelika membuka pintu pagar apabila kereta Hazrul hilang dari pandangan .
selesai mengunci pintu dia membuka tudung lalu dicampakkan ke atas sofa. Dia duduk sambil mengeluh .
" haih aku buntu laa . Nak buat keputusan terburu buru ni " ngeluh Angelika lagi .
Sambil dilihat kotak cincin berbentuk hati yang dikeluarkan dari koceknya . Tiba tiba dia teringat pesan mummynya .
" kalau Lisa buntu untuk membuat keputusan , buat la solat istikharah . Pasti Lisa dapat jawapan dengan izin-Nya " itu la pesan mummynya .
nasib la dia tahu macam mana nak solat istikharah . Terus dia mengambil tuala untuk membersihkan diri .
Selesai mandi dia terus menunaikan solat istikharah .
TELEKUNG di bukanya dan digantung di dalam almari .Diambil kotak cincin tadi di meja kecilnya .Tiba tiba terimbau kejadian tadi
" AWAK ! Apa ni ".. marah Angelika serta terkejut .
Mana taknya sekejap sahaja dia mengambil sudu dibawah Hazrul sudah duduk berlutut sambil memegang kotak berbentuk hati yang mengandungi sebentuk cincin di sebelahnya .
Nasib baik hanya mereka berdua sahaja yang ada .
Hazrul tersenyum sambil berkata " will you marry me ?" Hazrul bertanya dalam suara yang menggoda .
Angelika hampir sahaja ternganga . What?! Seriously dia lamar aku ? Angelika bermonolog di dalam hati .
" awak ? " panggilan Hazrul mematikan lamunan Angelika .
" Ye ?" Tanya Angelika .
" awak setuju ke ?" Tanya Hazrul
." erm wait wait . Sejak bila awak suka saya sampai ajak kahwin ni ?" Angelika membalas pertanyaan Hazrul dengan soalan .
" erm sejak pertama kali saya jumpa awak " jawab Hazrul.
" kita dah lama kenal kan ? Saya dah lama simpan perasaan dekat awak ." Akhirnya Hazrul meluahkan isi hatinya yang sekian lamanya dipendam .
" eh dah dah bangun nanti sakit pulak lutut awak " Angelika tolong mengangkat Hazrul bangun .
Setelah bangun tangan Hazrul terus menyentuh pipi gebu Angelika .
" awak , saya tahu awak ditakdirkan untuk saya . Saya nak kita jalinkan hubungan lebih dari kawan . Boleh kan ?" Tanya Hazrul .
Mata mereka bertembung . Angelika nampak keikhlasan di mata Hazrul .
Tapi dia tidak boleh membuat keputusan terburu buru .
" okay look . Can you give me time for think about this ? Saya tak boleh buat keputusan macam bidan terjun " jawab Angelika .
Hazrul sudah membuat muka pasrah .
" just three days . Three days only , please " rayu Angelika .
" ok tiga hari je . Saya bagi awak cincin ni . Awak yang simpan . Hari ketiga kita jumpa . kalau hari ketiga tu awak tak pakai cincin ni maknanya awak tak terima , tapi bila awak jumpa saya dengan memakai cincin maksudnya awak terima . Setuju ?" Cadang Hazrul sambil memberikan kotak cincin pada tangan Angelika .
Dalam teragak agak Angelika mengangguk . Terus mereka sambung menjamu selera .
Buk !Angelika tersedar dari lamunan yang panjang apabila novelnya terjatuh .
" haih macam mana la boleh jatuh " Angelika tunduk untuk mengambil novel tersebut .
" haih tunggu je la kot kot ada pertunjuk malam ni mana la tau " Angelika membuat kata putus lalu dia menutup lampu .
Tidur lagi syok . Desis hati Angelika .

ANDA SEDANG MEMBACA
I Love You Mr. Husband ✅
LosoweKerana pertemuan dua figura di bawah Menara Eiffel , telah menubuhkan sebuah ikatan sah dan sebuah masjid tanpa diduga . Ianya antara hero dan heroin . Angelika Alisa berdarah campuran German dan personalitinya agak berlainan . Bermata biru bundar...