Bab 28

7.6K 119 3
                                    

Angelika membuka matanya . Cahaya matahari yang silau membuatkan Angelika menutup kembali matanya .

Angelika terus menggeliatkan badan . Tiba tiba dia terasa lain macam .

Badannya yang berbalut comforter terasa amat lain . Diintai di dalam comforter automatik matanya terbeliak .

Tubuhnya hanya berbalutkan comforter . Seurat benang langsung tiada ditubuhnya . Dilihat pula dibawah katil .

Bajunya bersepah di lantai. Dia bangkit lalu bersandar di kepala katil sambil membawa comforter ke paras dada . Dia mengeluh dan dilihat jam di Iphonenya .

" pukul 10 pagi dah ! Allahu solat subuh !" Ujar Angelika .

" apa dah jadi semalam ? Kenapa aku langsung tak ingat ? " Angelika bertanya soalan bertubi tubi kepada dirinya sendiri .

dia mengurut urut kepalanya . Angelika mengerah otaknya supaya ingat apa yang terjadi . Namun tiada satu ingatan pun yang dia ingat .

Krekk!! Pintu bilik dikuak . Angelika yang terkejut terus ditarik comforter naik sampai atas bahunya .

" erm awak dah bangun ?" Tanya Hazrul .

Panggilan sayang abang dibiarkan dahulu takut Angelika marah terhadapnya kerana semalam .

Tapi diluar jangkaan Angelika memberikan senyuman manis walaupun rambutnya yang serabai tidak mencacatkan kecantikan yang dikurniakan oleh ilahi . Hazrul melangkah masuk ke dalam .

" sayang dah okay ?" Hazrul kembali memanggil Angelika sayang kerana pasti yang Angelika tidak marah terhadapnya .

" okay ? Apa maksud abang ? " berkerut muka Angelika .

Hazrul mula berasa pelik .

" sayangkan tak sihat semalam . Nangis nangis panggil abang " Hazrul cuba mengingatkan Angelika .

Kerutan di dahi Angelika bertambah .

" bila ? Rasanya semalam sayang okay je " ujar Angelika .

" sayang betul betul tak ingat ke apa yang jadi semalam ?" Soal Hazrul .

Angelika mengangguk .

" sayang tak sedar ?" soal Hazrul .

" ya allah tak percaya lagi ke ? Sumpah wallah sayang tak ingat dan tak sedar apa apa pon " ujar Angelika jujur .

Jujur dia memang tak ingat apa apa langsung yang terjadi malam tadi .

Hazrul terus rasa tertanya tanya . Aik takkan lah dia tak ingat apa apa termasuk ... haish . Hazrul bermonolog di dalam hati .

" abang okay tak ni ?" Pertanyaan Angelika membuat Hazrul tersentak .

" okay okay . Erm apa yang sayang ingat pasal semalam ?" Soal Hazrul .

" erm yang sayang ingat kita diijab kabul makan makan lepastu hantar makcik Jah dekat pintu . Dari situ je la sayang ingat " Angelika memberitahu pada Hazrul .

" itu je ?" Tanya Hazrul tidak percaya .

" aah " jawab Angelika .

It's something doesn't right now .Hazrul meluahkan rasa musykil di dalam hati .

" sayanggg " Hazrul memanggil meleret .

" hrm " Angelika memandang Hazrul .

" sorry sebab tu " Hazrul menjuihkan mulutnya ke arah pakaian Angelika yang bersepah .

Angelika yang faham maksud Hazrul terus mengukir senyum .

" tak apa lah itu kan tanggungjawab sayang sebagai seorang isteri " ujar Angelika .

I Love You Mr. Husband ✅Where stories live. Discover now