Bab 45

3.8K 73 3
                                    

Angelika hanya bersandar di kepala katil sambil melihat Hazrul mengemas beg pakaiannya .

" abang "

Hazrul yang sedang mengemas beg terhenti dan terus memandang Angelika .

" ye sayang kenapa ? Sakit ke ?" Angelika menggeleng .

" bukanlah . Sayang nak tanya tiket dah tempah ke belum ?" Soal Angelika .

" lah pasal tu ke jangan risau semua dah sedia tinggal kita je yang berlepas " jawab Hazrul lalu menyambung aktiviti mengemas beg .

Selesai mengemas dia meletakkan beg pakaian itu di suatu sudut dan duduk di sebelah Angelika .

" bila sayang boleh keluar ni dah tak tahanlah duduk sini ." Rengek Angelika sambil bermain main dengan jari kelingking Hazrul .

Hazrul tergelak melihat keletah Angelika persis kanak kanak lima tahun .

" sabarlah tak lama lagi kita keluar lah eh . Sabar sikit "

Hazrul mengusap lembut kepala Angelika. Kasihan Angelika bulan madu yang diharapkan bertukar menjadi kemalangan dan sekali gus merosakkan plan mereka berdua .

" sayang ". Angelika mendongak memandang Hazrul.

" abang minta maaf sebab bulan madu yang diharapkan tak menjadi . Sayang yang jadi mangsa . Abang salah sayang kalau haritu abang tak paksa sayang pergi klinik takkan jadi benda ni semua . Anak kita mesti hidup dah sekarang "

rintih Hazrul dalam masa yang sama manik manik halus jatuh ke pipi .

Angelika tersentuh dengan apa yang Hazrul lafazkan.

" abang ini bukan salah abang mungkin ini takdir lebih tepat dugaan buat kita bang . Allah nak uji kita sejauh mana kita ingat dia . Abang tak boleh salahkan diri abang sepenuhnya tau . Allah maha adil Dia tahu apa Dia buat dan disebalik dugaan pasti ada hikmahnya . So be strong okay ?" Hazrul tersenyum .

Sungguh dia berani kata yang isterinya sungguh kuat menempuh dugaan yang datang . Sungguh dia tidak sanggup melihat Angelika menimpa dugaan yang sebegini rupa lagi . Memang Angelika bijak menyembunyikan riak wajah yang sendu dimukanya .

" okay sayang abang kuat selagi sayang kuat . Jom kita dah boleh balik ni " Angelika senyum lalu mengangguk .

Hazrul bangkit mengambil beg pakaian Angelika lalu bergerak ke arah Angelika . Angelika bangun perlahan lahan sambil memegang perutnya .

Dia dipimpin oleh Hazrul untuk bergerak ke pintu keluar hospital . Sedang mereka berjalan seorang jururawat menegur mereka .

" eh Puan Lisa dah discharge ke ? Alah baru nak ajak berbual lagi . Seronoklah berbual dengan Puan " ujar jururawat itu mesra .

" aah dik saya dah boleh keluar . Erm kalau nak berborak panjang whatsapp lah saya " balas Angelika .

" hah ! Boleh boleh kejap saya ambik phone saya . " jururawat itu mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket baju lalu dihulur pada Angelika .

Angelika sambut lalu tangannya lincah menekan nombor telefonnya .

" hah nah dah simpan saya tulis akak Lisa dekat situ . Tak biasalah orang panggil saya Puan . Jadi adik panggil saya akak je eh " ujar Angelika .

Jururawat itu mengangguk senang .

" eh apa tak bolehnya kak . Saya lagilah sudi panggil akak tau . Eh ni kak semoga cepat sembuh . Saya ada kerja nak buat ni nanti ada masa saya mesej akak eh assalamualaikum " ucap jururawat itu .

I Love You Mr. Husband ✅Where stories live. Discover now