◈
Seorang lelaki yang akan mewarisi sebuah syarikat yang agak besar. Hidupnya senang, otaknya bijak dan rupa parasnya kacak. Dia terlalu dimanjakan oleh ibu bapanya.
Walaubagaimanapun, dia hanya menumpukan perhatian terhadap pelajaran. Dia tidak langsung ingin mewarisi mana-mana syarikat. Dia tidak langsung ingin berbangga dengan wajahnya. Dia langsung tidak mahu dimanjakan dengan kemewahan yang dirasainya.
Di dalam sebuah bilik yang agak besar, balkoni yang memaparkan pemandangan bandar yang cantik, bilik yang serba mewah, jejaka ini sedang duduk di hadapan sebuah meja yang bersepah dengan buku-buku sambil bermain pennya.
Pintu bilik itu diketuk.
Seorang pembantu rumah melangkah masuk ke dalam sambil membawa secawan kopi panas di atas dulang.
"Tuan, ini kopi tuan.. " dia perlahan-lahan meletakkan cawan tersebut di atas meja. Namjoon hanya melihat air itu tanpa perasaan.
"Ermm.. Tuan, ayah tuan minta tuan ke bawah sekarang. " katanya. Namjoon menghela nafas panjang. Dia menghentak pennya di atas meja dengan kuat sehingga membuat pembantu rumah tadi terkejut.
Namjoon keluar dari biliknya. Dia melangkah turun dari tangga yang terus membawanya ke ruang tamu dimana ayahnya berada.
"Oh, Namjoon! Duduk.. " arah ayahnya. Kemudian, Namjoon duduk di hadapan ayahnya.
Di tangan ayahnya, terdapat sehelai kertas. Mata ayah Namjoon asyik merenung kertas tersebut. Seperti dia sedang berfikir panjang.
"Ada apa, appa? " tanya Namjoon. Ayahnya memandang Namjoon dengan pandangan semacam.
Ayahnya menghulurkan kertas tadi kemudian diterima baik oleh Namjoon.
"Kamu nak pergi ke? " tanya ayahnya sebaik sahaja kertas itu hilang dari tangannya.
Namjoon membaca isi kertas tersebut. Lalu terdiam. Tawaran menyambung pelajaran di Korea International Academy (KIA).
"Eo, Namjoon akan pergi. " tanpa berfikir panjang, Namjoon membuat kata putus.
"Namjoon, bukankah Namjoon perlu mewarisi syarikat appa? Kenapa Namjoon nak pergi pula? Jangan buat keputusan terburu-buru. " kata ayahnya.
"Appa, ini kata putus. Namjoon akan pergi. Hidup Namjoon bukan perlu terperap dalam bilik dan belajar tentang perniagaan sahaja. Appa pun tahu yang Namjoon nak jadi ahli psikologi. " Namjoon bertegas. Ayah Namjoon seperti tidak puas hati.
"Kim Namjoon! " jerkah ayahnya.
"Appa ingat Namjoon tak serik terkurung dalam bilik tu selama tiga tahun, belajar tentang perniagaan seperti yang appa suruh? " kata Namjoon. Dia meluahkan semua isi hatinya yang terperap hampir tiga tahun itu.
"Kalau ini saja peluang Namjoon untuk keluar dari rumah ni, Namjoon akan pergi. " Namjoon bangun dan masuk semula ke dalam biliknya. Pintunya dikunci. Dia bersandar di belakang pintu.
Matanya tertumpu pada balkoni. Bandar sedang penuh dengan cahaya yang amat jelas memandangkan pada waktu itu sedang malam.
Hubungan Namjoon dan ayahnya regang sejak Namjoon diarahkan untuk mewarisi syarikat ayahnya. Namjoon tak boleh berbuat apa-apa kecuali menurut sahaja perintah ayahnya.
"Mungkin ini satu-satunya peluang untuk keluar dari 'penjara' ini.. "
◈
Dia.. Agak lain dari yang lain. Dia ialah satu-satunya anak lelaki di dalam keluarga. Seorang yang menawan, berkarisma, dan sudah tentunya disukai para gadis di kampungnya.
YOU ARE READING
Bangtan Academy » 방탄소년단 «
Mystery / Thriller"Don't believe anything that you've heard. If you do, it might be a trap. A trap to your death. They were up for something. And all of you are the subjects. " Aku patut dengar cakap kau dari awal lagi. Sekarang, ini padahnya. Mereka bukan lagi m...