"Aku dah bunuh seseorang.. " suara Taehyung jelas mengatakan yang dia sedang dalam ketakutan.
Mereka semua saling berpandangan. Tergamam.
"Taehyung, ape yang kau mengarut ni? " mereka semua bingung yang teramat.
"Yongwon dah mati hyung!! " jerit Taehyung pada telefonnya. Tangannya menggigil tak tentu arah.
"Kau kat mana sekarang? " Seokjin masih tenang di luar tapi teramat bimbang di dalam.
Isyarat mata Seokjin mengarahkan mereka untuk bersiap, mencari Taehyung walau di manapun dia berada.
"Aku tak tahu.. "
"Selamatkan aku hyung.. " Taehyung rayu, rayu dan merayu lagi.
"Kitorang dalam perjalanan. Terangkan kat mana kau. " Seokjin mencapai jaketnya lalu keluar dari bilik. Biarlah mereka akan dimarahi warden nanti. Bagi mereka, Taehyung lebih penting.
"A-aku dalam kontena besar. D-dalam ni k-kosong dan gelap sesangat. " terangnya walaupun tergagap-gagap dek ketakutan.
Mereka berlima sudah pun berada di atas jalan raya. Yoongi menghentikan kereta di bahu jalan sebaik sahaja mereka memasuki jalan raya.
"Kau keluar dari tempat tu sekarang. Tengok sekeliling kau. Ape yang kau nampak? "
Taehyung bangun perlahan-lahan. Air liurnya ditelan beberapa kali. Dia kembali ke tempat dia masuk tadi. Perlahan, dia keluar dari tempat itu lalu berpaling ke kiri.
"Ade b-bukit. "
Kemudian, dia menoleh ke kanan.
"Aku nampak cahaya. B-Banyak sangat. " makin lama, suara Taehyung semakin menghilang. Lagi bertambahlah kebimbangan mereka.
"Yah, Taehyung kat hutan yang kita pergi hari tu! " kata Jimin. Dia melihat skrin telefonnya yang memaparkan peta akademi.
Hanya ada satu saja bukit di akademi ini. Bukit yang berada di dalam hutan.
"Jauh betul kau jalan Tae! " Namjoon dan Jungkook pun turut menumpang tengok telefon Jimin tadi.
"Cepat datang hyung.. " tangan Taehyung menggigil ketakutan.
Seokjin tak tahu nak buat apa untuk tenangkan Taehyung. Fikiran dia blur yang teramat blur. Macam padang pasir.
"Uhh.. Tae, kat situ ade jalan kan? " soal Seokjin lagi.
"Eo, "
"Kau tunggu kitorang kat situ. Jangan pergi memana. Faham? " kata Seokjin dengan nada yang tegas. Panggilan tadi masih belum ditamatkan kerana risau jika terputus hubungan dengan Taehyung.
Setelah perjalanan yang singkat dan cepat, mereka berjaya memasuki kawasan hutan terbuka yang dijaga oleh ranger-ranger hutan yang bekerja bagi pihak akademi. Nasib baiklah tak tertangkap mase masuk tadi.
"Taehyung, kitorang dah dekat dengan bukit. Kau nampak tak kitorang? " Seokjin tak lekang dari memandang lurus ke hadapan. Mengharapkan Taehyung muncul di situ.
Taehyung diam selama beberapa saat. Lalu mencetuskan lagi rasa bimbang mereka.
"Tae, kau dengar tak?! " Seokjin menyoal lagi. Tapi, masih tiada jawapan dari Taehyung. Janganlah benda buruk jadi pada dia.
Panggilan tersebut masih di atas talian. Hanya tiada jawapan daripada Taehyung. Seokjin hanya mampu menghembuskan keluhan berat.
Yoongi memperlahankan kenderaan memandangkan mereka tak mahu menarik perhatian ranger hutan. Sedikit demi sedikit mereka mula nampak hutan yang separa tebal.
YOU ARE READING
Bangtan Academy » 방탄소년단 «
Mystery / Thriller"Don't believe anything that you've heard. If you do, it might be a trap. A trap to your death. They were up for something. And all of you are the subjects. " Aku patut dengar cakap kau dari awal lagi. Sekarang, ini padahnya. Mereka bukan lagi m...