▽32

1.4K 204 52
                                    

1:12 a.m., 2nd week of training
Mutant Management Department,

"Hey, bangunlah! " bahu Hawon terhinjut akibat terkejut. Matanya digosok perlahan.

"Boleh pulak kau tidur masa latihan. " Jaewon menolak kerusi yang didudukinya kembali ke kawasan kerjanya.

"Aku bukan ape. Just malas nak buat kerja malam-malam buta macam ni. " Hawon menongkat dagu. Dia langsung tak boleh nak buka mata luas-luas. Mengantuk punya pasal, lagi lagi kena pandang komputer yang terang menyakitkan mata.

"Hawon, kau tak ingat kita ni siapa? Kita adalah -- "

"Ye ye, aku tahu. Wanton. " Hawon membalas dengan nada yang mengantuk. Jaewon mencebik bibirnya lalu menyambung kerjanya.

Lampu koridor terbuka secara tiba-tiba. Mereka agak terkejut lalu melihat ke koridor melalui dinidng kaca bilik kawalan itu.

"Prof, ade apa ni? " Jaewon yang masih segar segera bangun dari tempat duduknya. Hawon masih lagi menongkat dagu dan memandang dengan pandangan yang kosong.

"Mutant baru yang terlepas akan dihantar ke sini tak lama lagi. Aktifkan sangkar baru sekarang. " Profesor Kwon kelihatan seperti tergesa-gesa. Mendengar berita itu, Hawon membeliakkan matanya. Rasa nak tidur tadi terus hilang melayang.

Hawon lekas mengaktifkan sistem sangkar baru di komputer lain. Segala persiapan dibuat secara automatik untuk menyambut kehadiran mutant baru tersebut.

"Mari, ikut saya. " setelah selesai memprogram sistem, Profesor Kwon mengajak mereka melihat mutant baru itu.

Mereka menuju ke arah sebuah pagar yang amat besar, di mana Wanton dan dunia dibahagikan. Secara langsungnya, di dalam malam yang gelap itu, mereka akan menyaksikan prosedur menguruskan mutant baru ini.

Tetapi, hanya dari dalam. Mengikut peraturan, mereka tak dibenarkan untuk keluar dari Wanton sewaktu latihan.

Sebuah trak besar sampai di kawasan luar itu. Hampir puluhan pengawal Wanton keluar dari pangkalan untuk menguruskan mutant tersebut. Pintu trak itu terbuka. Seekor makhluk yang besar, lebih besar daripada manusia ditarik keluar. Lebih kurang dua meter setengah tinggi. Tangannya berduri, begitu juga dengan belakangnya. Makhluk itu mendengus kuat, ia nampak begitu ganas.

Mutant itu dihantar masuk ke dalam pintu masuk yang lain, yang menuju terus ke bahagian mutant.

"Kau nampak kan mutant tu? " Hawon ternganga melihat mutant itu. Ianya sukar dipercayai, mutant itu lebih besar daripada yang lain.

"Macam tak caye je. " Jaewon menyambung.

2008

Ketua keluar dari makmal utama lalu berjalan menerusi koridor ke sebuah makmal. Dia masuk ke dalam lalu memandang Jaewon yang berada di dalamnya.

"Son Jaewon. " panggilnya. Jaewon memandang ke arah ketua lalu berdiri dengan serta merta.

"Bagaimana dengan projek kamu? " ketua melihat sebuah tubuh bionic yang sedang dikerjakan oleh Jaewon pada masa itu. Jaewon mengeluh, memandang projeknya.

"Masih berjalan lancar. Mungkin dalam beberapa hari lagi, ia akan siap. " Jaewon menjawab.

"Kamu dah bekerja keras sepanjang minggu ni. Pergilah berehat. " ketua menepuk belakang Jaewon dengan lembut. Jaewon menunduk sebelum dia meninggalkan makmal tersebut.

Bangtan Academy » 방탄소년단 «Where stories live. Discover now