▽13

2.3K 276 122
                                    

Malam itu, Taehyung benar-benar tak dapat tidur. Fikirannya asyik mengulang ayat Doktor Ryu tadi. Taehyung masih tak dapat melelapkan mata walhal waktu sudah mencecah pukul satu pagi.

"Macam mana kalau aku gagal? "

"Macam mana kalau aku tak mampu? "

Begitulah fikiran Taehyung diserabutkan. Bilik sudah gelap. Lampu jalan yang kelihatan di luar tingkap sajalah yang menemani Taehyung ketika itu.

"Tae? Kau tak tidur lagi ke? " Namjoon tiba-tiba terjaga dari tidurnya. Taehyung terkejut seakan-akan jumpa zombie. Tiba-tiba je muncul.

"Tak boleh tidurlah, hyung.. " rungut Taehyung. Namjoon menggaru-garu kepalanya.

"Nak hyung bacakan cerita dongeng baru nak tidur? " soal Namjoon. Taehyung menggeleng serta merta.

"Takpelah hyung, jaljayo.. " Taehyung terus menyelimuti dirinya. Tak mahu dilayan seperti budak kecil.

"Tahu takut.. " Namjoon kembali semula ke katilnya dan melelapkan matanya.

Yoongi turun dari kereta bersama Namjoon. Dia mengambil beg kamera dari atas seat lalu menggalas pada bahunya.

"Hyung, aku turun kat sini je. Hyung pergilah hantar diorang ni dulu. " kata Yoongi. Dia sekadar melambai sekali sahaja pada mereka apabila kereta mula beredar dari situ.

Yoongi berjalan merentasi sebuah blok untuk sampai ke fakultinya. Dalam perjalanannya, telefon Yoongi berdering menandakan mesej masuk.

From: Hyung
Ambik cuti sehari lusa. Pagi lusa hyung pergi ambil kau.

Kaki Yoongi terhenti. Dahinya pula berkerut. Jari Yoongi laju membalas mesej hyungnya tadi.

Dalam diam, sebuah kereta meluncur laju di atas jalan, lurus menuju ke arah Yoongi dari belakang. Yoongi masih tidak menyedari nyawanya boleh melayang dalam beberapa saat lagi.

Sikit lagi bahagian depan kereta itu mencium tubuh Yoongi, seseorang menarik Yoongi dari laluan kereta itu dengan kasar. Yoongi jatuh terduduk.

Kereta itu meluncur pergi dengan pantas. Mata Yoongi terbeliak sebesar-besarnya, melihat kereta itu pergi.

"Hae? Kau lagi? " Yoongi bangun dari duduknya. Tangannya menyapu seluarnya yang kotor sedikit selepas Hae menjatuhkan dirinya.

"Tak berterima kasih ke? Nyawa kau hampir melayang tadi. Sekali dengan badan kau melayang nanti. " cemuh Hae. Wajahnya langsung tiada rasa bersalah.

"Gomabda.. Puas? " balas Yoongi dengan nada yang sama. Hae sekadar mencebik.

"Kau dah tak waras ke? Kau berdiri kat tengah-tengah jalan tu. Nak tempah maut ke? " marah Hae. Yoongi mencekak pinggang sambil mencebik.

"Okey, aku yang salah lah ni? Pemandu tu tak salah? " Yoongi turut memarahinya. Jadi, mulalah perbalahan di situ.

"Min Yoongi, kau tak perasan ke? " bisik Hae secara tiba-tiba. Yoongi mengelip mata berkali-kali, tak faham.

"Perasan apa? " Yoongi turut berbisik.

"Kereta tu cuba nak bunuh kau tadi.. Aku nampak semuanya, kereta tu ikut kau dari belakang. " Hae membisik lagi, lalu berjalan menerusi Yoongi.

Yoongi terkedu. Matanya mencari semula kelibat kereta yang cuba melanggarnya tadi.

Otaknya teringat sesuatu. Situasi ini sama seperti apa yang dia alami ketika ujian psikologi. Ada kereta yang cuba melanggarnya. Yoongi mula berasa tidak sedap hati. Dia menggosok dadanya.

Bangtan Academy » 방탄소년단 «Where stories live. Discover now