Suara ibu Taehyung terngiang-ngiang di telinga. Sepanjang perjalanan ke majlis pengebumian ibunya, dia membisu sambil bersandar pada pintu kereta. Matanya tak leka dari memandang ke luar tingkap.
Kalau Taehyung senyap, apatah lagi dengan mereka berlima yang lain. Langsung tak buat bunyi pun. Aura Taehyung sah dirasai oleh semua orang.
◈
"Taehyung, kita dah sampai.. Kaja. " Taehyung terbangun dari mimpinya. Mereka sudah tiba di majlis tersebut.
Kan bagus jikalau ini adalah mimpi..
Dia melihat hanya dia sorang je yang tinggal. Taehyung membuka pintu lalu melangkah keluar. Sebuah bangunan kini berada di hadapannya.
Taehyung masih mamai. Matanya digosok berkali-kali. Taehyung mengekori mereka masuk ke dalam bangunan itu tanpa sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya.
◈
Taehyung berada di samping mak ciknya. Menemani para tetamu yang sujud hormat kepada si mati. Manakala yang lain berada di bilik jamuan berdekatan.
Disebabkan Taehyung tak nak buka mulut, Seokjin dengan baik hatinya pergi tanya mak cik Taehyung tentang apa yang berlaku.
Setelah beberapa minit, Seokjin kembali kepada mereka dengan cerita sebenar di dalam kepalanya.
"Macam ni..
Dalam perjalanan ke akademi, diorang berhenti sekejap dekat kedai. Masa tu mak cik Taehyung je yang keluar dari kereta. Entah dari mana muncul lori yang bawak laju, terus langgar kereta tu. Remuk teruk sangat katanya. " terang Seokjin. Sebijik sebijik macam yang diceritakan mak cik Taehyung. Mereka mengangguk faham.
"Hmm.. Kesian Tae. Dia excited gile bila dia kata eomma dia nak datang. " Jimin menongkat dagu dengan kedua-dua belah tangannya.
"Tu lah.. Sekarang, ni pulak yang terjadi. Dahla terlalu mengejut. " Jungkook juga menunjukkan simpatinya.
"Macam mana kite nak tenangkan dia pulak? " Namjoon juga memandang Taehyung yang agak jauh dari tempat mereka sekarang.
Taehyung mula bergerak ke arah mereka. Dengan wajah yang seakan-akan tersenyum. Kulitnya kelihatan pucat sikit berbanding sebelum ni.
Dia duduk bersama mereka semua. Tanpa sebarang perkataan keluar dari bibirnya.
"Taehyung-ah, dahla.. Kalau terus nak macam ni, sape yang susah nanti? " Seokjin memeluk bahu Taehyung dengan lembut. Taehyung tak bergerak, macam mannequin. Mannequin hensem hoho.
"Hyunglah.. " jawab Taehyung dengan nada yang paling lemah. Nasib baiklah telinga Seokjin tak berkarat lagi nak dengar suara Tae tu.
"Pandai pun.. " Seokjin mengusap kepala Taehyung. Macam tu anak die pulak.
"Hyung jomlah balik. Sian Hobie hyung sesorang.. " ujarnya. Tapi dengan suara yang lemah kuat berbanding tadi. Dia bingkas bangun lalu keluar dari bilik itu.
◈
Kereta yang dipandu Yoongi selamat diparkir di sebelah bangunan asrama. Yoongi keluar dari tempat duduk pemandu kemudian diikuti oleh Jimin, Namjoon, Jungkook, Seokjin dan Taehyung.
YOU ARE READING
Bangtan Academy » 방탄소년단 «
Mystery / Thriller"Don't believe anything that you've heard. If you do, it might be a trap. A trap to your death. They were up for something. And all of you are the subjects. " Aku patut dengar cakap kau dari awal lagi. Sekarang, ini padahnya. Mereka bukan lagi m...