Tiba-tiba langkah Yoongi terhenti. Bunyi rontaan itu sudah tiada. Yoongi menjadi lebih ingin tahu. Hampir sahaja tangannya menyelak dahan-dahan semak tersebut.
Bahu Yoongi ditepuk sekali lalu terhinjut sedikit. Terkejut Yoongi dibuatnya. Yoongi menoleh ke belakang.
"Min Yoongi, kau buat apa kat sini? " Hae muncul entah dari mana dan bertanya soalan itu.
"Tadi ada -- " Yoongi menunding jari ke arah semak tadi.
"Hari dah nak lewat, baik kau balik sekarang kalau tak nak kena dengan warden. " ujar Hae dengan tenang, tak langsung peduli tentang bunyi rotaan di semak tadi.
"Hae cuba sembunyikan sesuatu. Aku pasti sangat. "
"Kwon Hae-ssi, apa kena dengan kau ni? Apa yang kau sembunyikan? Baik cakap. " Yoongi menghampiri Hae seperti samseng jalanan. Hae langsung tidak berganjak.
"Ke situ pulak kau ungkit? " Hae memeluk tubuh.
Sebelum sempat Yoongi berkata lagi, dua buah kereta hitam muncul di jalanan dan berhenti berdekatan semak tersebut.
Beberapa orang lelaki keluar dari kereta-kereta tersebut lalu menuju ke arah semak itu.
"Kamu tak boleh ada kat sini. Pergi balik asrama sekarang. Hari dah nak malam. " salah seorang dari mereka berkata kepada Yoongi dan Hae.
"Aku dah kata.. " bisik Hae. Yoongi berasa tidak puas hati apabila asyik diarahkan sahaja. Dia menggenggam penumbuk.
"Sabar, Yoongi.. "
Yoongi membuat keputusan untuk berambus dari situ. Begitu juga dengan Hae. Yoongi kembali ke kereta, di mana kawan-kawannya berkumpul.
"Yoongi, lama betul kau pergi tadi? " Seokjin, masih tak tahu apa yang berlaku. Dia menepuk lemah belakang Yoongi.
"Jomlah balik.. " Yoongi berjalan ke arah kereta lalu masuk dulu ke dalamnya.
Disebabkan Yoongi sudah bertukar mood negatif, mereka menghentikan apa saja yang mereka lakukan sekarang dan naik ke dalam kereta.
"Kenapa dengan Yoongi hyung? " Jungkook berjalan seiring dengan Seokjin. Seokjin sekadar mengangkat bahu.
Namjoonlah yang terakhir menaiki kereta sebaik sahaja Seokjin menghidupkan enjin. Mereka semua pun bertolak pulang.
Belum sempat mereka keluar dari tempat parkir kereta itu, sekumpulan burung terbang bertempiaran keluar dari pokok. Semua orang memerhatikan burung-burung tersebut kecuali Seokjin yang memandu dan Yoongi yang moodnya tidak berapa baik sekarang.
◈
"Apa benda tadi tu? " Jimin masuk ke dalam bilik. Kemudian, dia terus naik ke atas katilnya.
"Entahlah.. Biasanya burung terbang macam tu bila mereka takut. " ujar Namjoon sambil meletakkan kasutnya di atas rak.
Dan pada ketika itu lah, satu lagi misteri terbentuk. Tasik itu hanya seluas mata memandang. Pokok-pokok pula bukannya banyak pun. Pada masa tu pula, mereka sahaja yang berada di situ. Lebih-lebih lagi dengan kewujudan dua buah kereta hitam sebelum insiden burung itu. Mereka suruh pulang. Walaupun hari tak berapa nak lewat lagi. Hae pun begitu juga.
"Taehyung! " Hoseok menggoncangkan katil Taehyung dengan tuannya sedang terlentang di atas.
Taehyung terkejut lalu bangun terduduk. Kepalanya pening sedikit akibat 'gempa bumi' tadi.
YOU ARE READING
Bangtan Academy » 방탄소년단 «
Mystery / Thriller"Don't believe anything that you've heard. If you do, it might be a trap. A trap to your death. They were up for something. And all of you are the subjects. " Aku patut dengar cakap kau dari awal lagi. Sekarang, ini padahnya. Mereka bukan lagi m...