▽18

1.9K 261 68
                                    

Tiga hari kemudian.

Hari di mana Yoongi akan pulang dari asrama perasingan, yang juga dipanggil penjara. Tak hinginlah dia nak tengok muka Leejung tiap-tiap hari.

Bilik itu mula kosong pada pukul enam pagi. Mereka berdua bergerak pulang ke asrama berasingan. Pukul tujuh, mereka perlu ke kuliah. So, they have to move fast.

Pintu lif terbuka. Yoongi melangkah keluar dan memasuki laluan koridor yang sunyi. Tapak kakinya bergema di seluruh koridor. Tetapi, Yoongi hanya mengendahkannya.

Kad bilik asrama dikeluarkan dari poket blazernya. Lalu disapukan sekali pada door lock. Tombol pintu dipulas perlahan, Yoongi tak mahu mengejutkan sesiapa di dalam.

Pada saat Yoongi masuk, kelihatan semua sedang bersiap untuk ke kuliah. Jarum jam pun dah menunjukkan 6:20 pagi.

"Mansae! Yoongi hyung dah balik! " Taehyung menjadi teruja apabila ternampak Yoongi berjalan masuk dengan mata yang agak kuyu ke dalam bilik.

Yoongi hanya membalas dengan sebaris senyuman malas. Dia lekas meluru ke arah katil lalu berbaring dengan selesa di situ.

"Nanti kejut hyung tau.. " ucapnya malas.

Lusa adalah harinya. Di mana Hoseok akan menjalani pembedahan dan Taehyunglah yang akan membedahnya bersama Doktor Ryu. Siapa tak gementar pada saat-saat begini. Taehyung tak dapat menumpukan perhatian dalam kuliah pun disebabkan pembedahan itu.

Sedar saja dari lamunan, kuliah baru saja tamat. Taehyung melihat para pelajar mula mengosongkan dewan sementara dia masih melekat pada kerusi.

Taehyung bertekad untuk lakukan yang terbaik. Dengan semangat wajanya, dia melangkah laju ke bilik latihan hologram, di mana dia selalu berlatih.

Tiba di sana, Taehyung menekan suis lampu dan kipas. Kemudian, dia menghidupkan meja hologram. Ia agak mengambil masa, jadi Taehyung terlebih dahulu menanggalkan beg galas dan blazernya lalu dicampak ke tepi.

Dia memulakan latihan. Sudah berkali-kali Taehyung cuba dan berkali-kali dia gagal. Tak pernah sekali pun dia berjaya selamatkan pesakit. Itu yang buat dia amat gementar.

Doktor Ryu sudah cakap tempoh hari, dia takkan tolong Taehyung mengingatkan prosedur ketika pembedahan dijalankan. Jadi, dia perlu berlatih seolah-olah dia sahaja yang membedah.

Di bahagian luar bilik, terdapat seorang insan yang sedang memerhatikan Taehyung dari tingkap cermin. Dari tadi lagi dia asyik tersengih melihat Taehyung serius di dalam sana.

Orang itu mengetuk pintu. Tanpa tak sengaja, tumpuan Taehyung terganggu. Lebih cepat dari sekelip mata.

Taehyung berhenti sebentar lalu melihat siapa di pintu.

"Hyung! " wajah Hoseok yang terpapar di muka pintu dengan sebaris senyuman sebagai pakej.

"Hyung takde kelas ke? " tanya Taehyung sambil mempelawa Hoseok masuk. Hoseok sekadar mengangkat bahu

"Hyung dapat cuti sebab esok dah kena masuk wad. " terang Hoseok. Dia duduk di sebuah kerusi bertentangan dengan meja hologram tersebut.

Bangtan Academy » 방탄소년단 «Where stories live. Discover now