▽09

2.4K 337 117
                                    

Namjoon menongkat dagu. Tangannya lincah menulis nota manakala telinganya setia mendengar bebelan profesor di hadapan.

"Baiklah.. Semua boleh bersurai. " kata profesor yang lebih dikenali dengan nama Prof Russell.

Namjoon meregangkan tangannya yang kebas. Lama sangat duduk diam. Dia menutup buku lalu bangun dari tempat duduknya.

"Oh, Kim Namjoon! Mari sini sekejap.. " panggil Prof Russell. Namjoon menunding dirinya sendiri dengan wajah aku eh?

Tanpa banyak soal, Namjoon turun dari tempat duduk pelajar dan menuju ke arah Prof Russell.

"Ada apa, Prof? " Namjoon membetulakn galasan begnya di bahu.

"Esok, bawa roommate kamu datang sini. " Prof Russell mengeluh penat. Namjoon pula keliru. Buat apa nak bawak diorang datang sini?

"Kamu semua perlu menjalani ujian psikologi esok. Bukan ada apa-apa masalah, ianya memang perlu dijalani oleh setiap pelajar. " ujar Prof Russell sambil mengemas buku dan failnya di atas meja.

"Memang wajib ke? " soal Namjoon. Prof Russell mengangguk.

"Baiklah.. Jumpa Prof esok. " Namjoon menunduk hormat lalu Prof Russell beredar dari situ.

Namjoon menjadi yang terakhir keluar dari dewan tersebut. Pintu ditolak lalu kakinya melangkah keluar.

Matanya melihat jam di telefonnya. Sudah tengah hari. Cepat betul masa berlalu. Lagi dua jam kuliah seterusnya. Namjoon mengeluh.

Hatinya menggesa untuk memberitahu yang lain tentang ujian psikologi yang akan dijalankan esok. Kalau ikutkan Namjoon, dia lebih suka untuk memberitahu secara berhadapan. Tapi, nak buat macam mana.. Hatinya dah menggesa. Namjoon pula ikut saja..

°CHATROOM°

RaksasaPemusnah94: Korang! Korang ada plan tak esok?

ImUrHope: ade kot.. kenapa?

Kookie01: Kookie ade masa esok! 🙌

RaksasaPemusnah94: Prof aku suruh datang sini buat ujian psikologi. Katanya semua wajib buat..

SwAgustD: Apesal tetiba nak buat ujian psikologi nye?

VAlien_: Apa kaitannya?

RaksasaPemusnah94: Entahlah.. korang datang je lah..

Namjoon memasukkan telefonnya ke dalam poket blazer lalu turun ke tingkat satu. Kemudian dia berjalan menerusi koridor yang separa sibuk.

Dalam ramai-ramai orang di sana, Namjoon ternampak Hae. Otaknya terfikir sesuatu.

"Cuba kau tanya balik Hae tu. Minta dia sambung ayat dia. "

Namjoon teringat kata-kata Yoongi hari tu. Teringat saja ayat itu, Namjoon mengaktifkan kakinya dalam kelajuan penuh, mengejar Hae yang jauh di hadapan.

"Kwon Hae! " panggil Namjoon. Hae tidak berpaling sebaliknya berjalan terus seperti tiada apa-apa berlaku.

Akan tetapi, Namjoon tidak berputus asa. Ayat Hae yang tergantung tempoh hari amat penting buat mereka. Ayat itu meninggalkan peringatan buat mereka. Namjoon terlalu ingin tahu. Begitu juga dengan Yoongi.

"Hae! " panggil Namjoon lagi. Har hilang dari pandangan sebaik sahaja di membelok ke kiri.

Namjoon berjaya melepasi kesibukan koridor tersebut lalu mengekori Hae. Matanya terlihat figura Hae sedang berjalan ke arah luar bangunan.

Bangtan Academy » 방탄소년단 «Where stories live. Discover now