Mutant mane pulak sesat kat sini? Ouh, aku tak berani nak tengok rupa mutant tu. Seram tak boleh tidur malam kang. Aku menyeluk ke dalam blazer lalu memegang erat pistol yang aku ambil tadi. Slide pistol sudah aku tarik. Jantung aku berdebar-debar. Sekali tak kena, dan mutant tu akan kejar aku.
"Fokus, Joon.. " aku menghela nafas. Aku mengintai lagi untuk melihat kedudukan mutant tersebut.
Mutant tersebut membelakangi aku. Mudah aku nak uruskan dia. Aku menarik nafas panjang. Jari aku dah sedia nak menekan picu pistol tadi.
Ttung! Tembakan yang tak berapa tepat, tapi menusuk masuk ke dalam tubuh mutant tadi. Namun, mutant tu belum tumbang. Aku menarik slide lagi lalu melepaskan tembakan kedua. Belum tumbang lagi.
Kali ni, dia menghadap aku. Wargh! Perlu ke hadap muka hensem aku ni? Sekali lagi aku menarik slide pistol. Tunggu masa nak tekan picu.
Mutant itu merengus geram lalu berjalan ke arah ku. Aku menelan air liur. Rasa nak pengsan je dengar degupan jantung aku yang pantas berdegup.
Mutant tersebut menjadi lebih pantas. Ia menjadi bertenaga lalu hampir menerkam aku. Aku berlari ke belakang. Kenapa aku tak tembak je tadi. Alahai, babo.
Mutant itu mengejarku dengan pantas sekali. Tapi, aku lagi laju. Aku sempat menoleh ke belakang melihat jarak aku dengan ia. Jauh lagi, rasanya.
Tolonglah berhenti, sang mutant. Jantung aku nak gugur dah ni. Aku mengetap gigi ketika berlari, mengerah kesemua tenaga yang ada untuk menyelamatkan diri. Itu je yang aku mampu buat. Tembak mutant, belum masanya lagi.
Aku berpusing ke selekoh. Lebih dalam aku pergi, aku menemui jalan mati. Aku berpaling ke belakang. Mutant itu betul-betul berada di selekoh iaitu satu-satunya cara untuk keluar dari jalan mati tersebut.
Takde pilihan lain. Aku terpaksa lawan takut aku. Sedas tembakan aku lepas. Betul-betul ketika dia mengaum. Peluru tersebut tepat masuk ke dalam mulutnya. Aku terbeliak, melihat ia tumbang.
"Kau, dah mati kan? " aku perlahan-lahan menghampiri mutant tersebut sambil mengacukan pistol ke arahnya. Selangkah demi langkah aku ambil, sehingga kedudukan aku menampakkan wajah mutant itu dengan jelas.
"Eww.. Nak muntah aku tengok. " aku berjalan melepasi mutant tersebut untuk meneliti bahagian yang lain.
Aku terpandang bahagian kepalanya. Terdapat satu lubang kecil padanya. Fuyoo! Peluru tu terus tembus kepala. Gempak gile pistol ni. Aku sudah rasa, aku boleh lawan semua mutant yang ada. Tapi, keyakinan aku tak tahan lama.
Sesuatu bergerak berdekatan lubang tadi. Ianya seperti isi lain. Aku terbeliak lalu menjauhkan diri. Takkanlah mutant ni boleh heal kan diri sendiri kot? Matilah aku camtu.
Sebelum mutant tu bangun, aku perlu bergerak. Aku mengundur ke belakang lalu lari dari tempat kejadian. Aku kembali ke tangga yang aku nak tuju tadi. Sebanyak enam tingkat, aku turun menggunakan tangga dengan lekas. Sesampainya di tingkat bawah, aku terlihat beberapa ekor mutant sedang berkeliaran di luar bangunan. Rupanya sebijik macam yang tadi.
Kalau aku dedahkan diri, makin banyak pula yang datang nanti. Aku mengambil keputusan untuk keluar dari pintu lain. Aku berlari ke belakang untuk mencari jalan keluar. Lama aku cari, dalam 10 minit. Aku akhirnya jumpa juga sebuah laluan susur gajah yang sudah musnah. Dan tiada mutant di situ.
Aku tahu ini peluang keemasan untuk larikan diri. Aku melangkah keluar dengan cepat lalu berlari tanpa arah tuju.
Fakulti Sains Angkasa berada dekat dengan bangunan stor. Jadi, aku putuskan untuk masuk ke sana. Aku mengintai terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam. Apa yang aku nampak, hanyalah rak-rak besi yang masih dalam keadaan yang baik.
Aku membuka pintu lalu melangkah masuk ke dalam. Rak-rak tersusun agak rapi. Hanya beberapa sahaja yang tumbang dan bersepah. Alang-alang dah ada kat sini, aku mencari alat atau barang yang boleh dibuat senjata bagi menghadapi mutant yang berada di luar sana.
Sedang aku mencari, sesuatu menarik perhatianku.
"Hyung! " aku berlari ke arahnya. Tubuh Yoongi bersandar pada dinding dan tak sedarkan diri. Mukanya kelihatan pucat. Sepertiku, terdapat kotak besi berdekatannya.
Bahu Yoongi ditangkapku. Beberapa kali digoncang tapi Yoongi masih belum sedar.
"Kau tidur ke pengsan hah? Bangunlah.. " aku cuba mengejutkan dirinya. Tapi semua benda yang aku buat, semuanya sia-sia.
Matanya terbuka dengan tiba-tiba. Macam zombie lepas keluar kubur. Punyalah terkejut aku. Nafas Yoongi tercungap-cungap. Dia menekan dadanya seakan-akan sakit.
"Hyung, kau okey tak? " aku memegang bahu Yoongi. Dia mengangguk perlahan, walaupun mukanya memberitahu yang sebaliknya.
"Apa dah jadi? Mana semua orang? " soal Yoongi sambil membetulkan kedudukannya. Dia melihat persekitarannya.
"Aku tak tahu macam mana nak terang. Tengok tengok je dah jadi macam ni. Akademi dah musnah. Aku tak tahu mana semua orang. Dan lebih teruk, mutant sedang berkeliaran di sekitar ni. " terangku lalu menolong Yoongi untuk berdiri. Dia mengerutkan dahi.
"Mutant? " soalnya. Aku mengangguk.
"Mutant tu memang ganas. Aku dah bunuh seekor tadi, tapi mutant ada kebolehan untuk memulihkan diri. Itu yang bahaya. " terangku.
"Aku rasa ini semua rancangan Wanton. Dia nak kita survive kat sini. Dengan semua mutant yang ada. Sekarang antara hidup dan mati. " terangku lagi. Yoongi mengerutkan dahi, aku tak rasa yang dia tak faham.
"Hyung okey tak sebenarnya? " aku makin bimbang. Ekspresi mukanya menunjukkan yang dia seperti kesakitan.
"Eo, jom cari yang lain. Mereka mungkin masih di luar sana. " kata Yoongi dengan lemah.
Aku memandang kotak besi. Sama macam yang aku dapat tadi. Aku membuka penutup yang tak berkunci itu dan melihat ke dalam. Sama macam aku. Sepucuk pistol, beberapa bekas peluru, dagger dan bandage. Aku menghulurkan ke semua barang itu kepada Yoongi.
"Kaja, " Yoongi melangkah melepasi aku. Lalu aku mengekori belakangnya.
Kami berdua keluar dari situ. Matlamat kami adalah untuk mencari kawan-kawan yang terselamat. Dan mengelak daripada bertembung dengan mutant durjana tu. Aku bersama Yoongi bergerak dari satu bangunan ke bangunan yang lain. Mata Yoongi tajam mencari mereka semua.
Kami masih belum menjumpai sesiapa. Dah la akademi ni besar, nak cari sorang-sorang memang jenuh. Yoongi berlari masuk ke dalam sebuah bangunan. Aku hanya ikut dia, tak tahulah dia ada rancangan ke tak. Tapi, nampak gaya macam ade.
Ketika menaiki tangga, aku memulakan perbualan antara kami berdua.
"Hyung ade rancangan tak? " kataku. Namun, dia tak memandang aku.
"Cari mereka semua dan keluar dari sini. Cuba hapuskan seberapa banyak mutant yang ada. " Yoongi berkata dengan yakin.
Tak lama kemudian, ketika kami berdua berada di tingkat empat bangunan itu, Yoongi berhenti lalu jatuh terduduk. Dia menekan dadanya dan mengetap giginya.
Aku menjadi cemas. Apa yang patut aku lakukan? Yoongi bagaikan menahan kesakitan, tapi, aku tengok dia okey je.
Dan pada masa itu jugalah, aku terdengar bunyi sesuatu mendengus dari atas. Mutant ada kat sini juga ke? Bunyi dengusan tersebut agak kuat, menandakan yang ia amat dekat dengan kedudukan kami.
Kemudian, aku buntu.
◈
YOU ARE READING
Bangtan Academy » 방탄소년단 «
Mystery / Thriller"Don't believe anything that you've heard. If you do, it might be a trap. A trap to your death. They were up for something. And all of you are the subjects. " Aku patut dengar cakap kau dari awal lagi. Sekarang, ini padahnya. Mereka bukan lagi m...