Selesai menjalani ujian psikologi tadi, mereka turun ke bawah. Cepat sahaja kaki mereka pergi ke kafeteria kerana perut dah meragam tahap galaksi.
"Hyung, hyung nak masak tak hari ni? " tanya Jungkook dengan nada yang manja.
"Malaslah.. Lagipun, nak masak apa? Lauk semalam semuanya korang dah baham.. " Seokjin menarik tangannya yang dipegang Jungkook.
"Alaa.. Hyung masaklah.. " Taehyung juga bersepakat dengan Jungkook.
"Dahla puji Seokjin hyung tu. Nanti dia perasan lebih. " cemuh Namjoon. Dia berpaling melihat kafeteria yang dibanjiri orang.
"Hehehe.. Simpan je pujian tu, nanti hyung dengar. Okeylah, hyung masak. Dengan satu syarat. " Seokjin melentangkan tangannya pada bahu Jungkook dan Taehyung. Kemudian, dia menuju ke arah pintu keluar kafeteria. Hoseok dan Jimin juga ingin tahu syaratnya lalu mengikut langkah Seokjin.
"Syarat? " selepas dia mengubah arahnya, Namjoon dan Yoongi mula mengikut mereka dari jauh.
"Korang kena belanja barang masak, okey? " Jimin mengangguk. Begitu juga dengan Jungkook.
"Okey, Jimin hyung belanja! " Jungkook menunding pada Jimin lalu berlari meninggalkan mereka.
"Weh! Apesal aku pulak?! " Jimin mengejar Jungkook yang sudah berlari jauh di hadapan. Hoseok menyamakan kedudukan dengan Seokjin.
Sementara 'kanak-kanak' tak berapa nak matang jauh di hadapan, Yoongi dan Namjoon senyap di belakang. Mereka boleh dikatakan jauh daripada mereka.
"Hyung, Namjoon ada kuliah lepas ni.. Jumpa hyung dekat bilik je lah. " Namjoon menghentikan langkahnya. Lif betul-betul berada di hadapannya.
"Geurae.. Jumpa nanti. " Yoongi melambai ke arah Namjoon sambil meninggalkannya.
Kemudian, mereka semua pulang ke asrama. Hoseok tak boleh berada di sana lama kerana kuliahnya akan mula 20 minit lagi.
◈
Mereka pulang selepas selesai membeli barang masakan. Seokjin segera menuju ke tanah jajahannya iaitu dapur. Yoongi kepenatan lalu tertidur. Taehyung secara tiba-tiba menjadi rajin untuk menolong Seokjin memasak.
"Wuish! Kita pergi beli barang je dah dua jam! " Seokjin melihat jam dinding yang digantung di atas pintu.
"Tu lah.. Aku kata cepat, tak nak. Sibuk nak beli jajan tadi. Baik kongsi dengan hyung. " Yoongi menanggalkan kasutnya dan berjalan dengan malas ke arah katil.
"Biarlah. Bukan guna duit hyung pun. " Jimin dan Jungkook mengheret sebuah beg plastik yang sara dengan makanan ringan ke dapur.
Seokjin menggeledah beg plastik tadi. Dia mengeluarkan daging yang dibeli oleh Jimin tadi. Maklumlah, ibu bapanya baru bagi duit belanja.
Seseorang membuka pintu. Namjoon pulang. Dia memasuki bilik dan menggaru kepalanya.
"Oh, Namjoon! Kau dah balik? Cepatnya.. " Seokjin memandang ke arah Namjoon sekilas. Dia mahu menumpukan perhatian sepenuhnya pada masakannya supaya dapat meminimumkan masa memasak. Tak adalah yang merungut nanti.
"Korang baru balik ke? " Namjoon menanggalkan blazer dan tali lehernya. Dia melihat Yoongi sedang membaca komik di atas katil sambil berbaring. Huh, tak lama lagi tidurlah tu.
YOU ARE READING
Bangtan Academy » 방탄소년단 «
Misterio / Suspenso"Don't believe anything that you've heard. If you do, it might be a trap. A trap to your death. They were up for something. And all of you are the subjects. " Aku patut dengar cakap kau dari awal lagi. Sekarang, ini padahnya. Mereka bukan lagi m...