▽45

1.3K 213 42
                                    

Bunyi ngauman itu buat aku meremang bulu roma. Aku dapat rasakan sesuatu yang tak baik akan terjadi. Tiba-tiba, Namjoon dengan pantas menarik tangan aku.

"Hae, kita kena pergi sekarang. " ajak Namjoon dengan nada ketakutan. Aku memandang sekeliling, dengan bantuan cahaya malap dari luar aku dapat melihat sedikit keadaan bilik ini.

"Semua orang dah keluar? " dia mengangguk sekali.

Pantas. Aku mengambil beg galas aku dan berlari keluar dari bilik di mana aku berada. Ini hal kecemasan, aku tahu. Apabila berada di luar bilik, pencahayaannya lebih malap. Aku hampir tak nampak apa-apa langsung.

"Ikut sini. " Namjoon membawa aku ke suatu tempat. Ketika sampai di sana, aku dapat rasakan situasi negatif yang belaku.

Di sini ada sedikit pencahayaan. Bukan macam di luar. Terlalu gelap. Aku memandang setiap wajah mereka, jelas kelihatan takut dan cemas.

"Apa yang dah jadi sebenarnya? " Hae menyoal. Namun, tiada sesiapa yang berani buka mulut sekarang.

"Hae, " akhirnya, selepas beberapa ketika, Hyuk memberanikan diri untuk menjelaskan segalanya.

"Aku rasa Wanton dah mula menyerang balas. Jangkitan biokimia pada diorang makin parah, urat hitam dah mula terbentuk dan ia merebak hampir ke seluruh badan. Pada Seokjin pun. Aku tak sangka yang ia akan jadi seteruk ni. " terang Hyuk.

"Dan ngauman tu? " Hyuk mengeluh. Aku nak sangat tahu tentang ngauman seram tu.

"Meg. " dia mengangguk. "Meg dilepaskan. "

Tiada apa yang keluar dari mulut aku selepas itu. Suasana menjadi sunyi dan sepi. Hyuk nampak macam dah jangkakan benda ni akan berlaku, dia tersenyum sinis.

"Mutant tahap 10, Hae. Meg yang sama macam dulu. " Hyuk berkata lagi. Mulut aku bagaikan terkunci.

"Sebab tu kita kena keluar dari sini. Tak mungkin kita akan terselamat kat sini. " sebuah suara menyambung. Ternyata, itu Yoongi. Aku memandang lengannya yang sedang dibalut, lagi.

Lengan baju Yoongi dah tiada. Sleeveless. Digantikan dengan balutan yang dilumuri darah. Dengan hanya melihat, aku seperti terasa kesakitan itu pada lengan aku.

"Meg adalah mustahil untuk dilawan. Ia terlalu sempurna dan tiada kelemahan. Badannya kebal. Takde cara untuk tewaskan dia. " ujar aku. Sedang aku berkata, memori buruk tu kembali. Aku melepaskan nafas yang bergetar.

Aku mengimbas kembali semua memori buruk aku. Aku habiskan masa aku menguruskan mutant dan hampir maut disebabkannya. Mataku terpejam apabila mengingati saat yang paling menyeramkan dalam hidup aku.

"Kau silap sebenarnya. "

Semua orang memandang ke arah Seokjin yang bersuara secara tiba-tiba. Tumpuan mereka semua ditarik serta merta apabila perkataan 'salah' itu disebut.

Seokjin nampak tenang. Dia tak macam sebelum ni, pucat dan bisu sepanjang masa. Sekarang, dia nampak lebih bersemangat.

"Meg ada kelemahan. Setiap mutant, sebelumnya adalah manusia biasa. Mereka masih ada tunjang yang bersambung pada otak. Tempat di mana biokimia disalurkan kepada otak, yang menyebabkan manipulasi DNA terjadi. " terang Seokjin seperti seorang genius.

Bangtan Academy » 방탄소년단 «Where stories live. Discover now