Hujung minggu. Sudah hampir seminggu mereka belajar di sini. Hoseok, Jungkook dan Namjoon sahaja yang baru bangun.
Hoseok memandang lantai. Bosan. Memanglah! Bangun pukul 6:20 pagi. Badan pun dah wangi.
Jungkook menongkat dagu. Tiada apa-apa nak dibuat. Bilik itu hanya ditemani bunyi shower dari bilik air sahaja, di mana Namjoon sedang mandi.
Hoseok memandang kamera Namjoon di atas meja belajarnya. Dia tersenyum sinis. Pasti ada plan nakal di dalam kepalanya.
"Jungkook.. " dia memanggil Jungkook kemudian dia berbisik rancangannya di telinga Jungkook. Dia turut tersenyum.
"Idea hyung memang bernas! " kata Jungkook dengan perlahan, memandangkan empat orang lagi masih tidur.
Jungkook mendekati pintu bilik air. Dia mengetuk sekali.
"Apa dia? " Namjoon kedengaran seperti sedang menggosok gigi. Jungkook dari tadi tersenyum, menahan gelak.
"Hyung, Kook nak pinjam kamera hyung kejap boleh tak? " pinta Jungkook. Dia tergelak tanpa suara, mengingati semula rancangan Hoseok tadi.
"Eo, jaga elok-elok.. " sebaik sahaja Namjoon memberi keizinan, Jungkook merampas kamera tersebut dari atas meja lalu menghidupkannya.
Hoseok juga memainkan peranan dalam rancangannya. Dia mengambil sikat kepunyaannya untuj dijadikan mikrofon.
"Kook dah rakam ke? " tanya Hoseok. Sekali anggukan Jungkook, terus Hoseok berdehem.
"Selamat datang ke rancangan 'Wake Up, Friends! '. Saya, MC Hoseok akan mengacarakan rancangan ini. " Hoseok berkata ala-ala dalam rancangan televisyen. Jungkook masih menahan tawanya.
"Hari ni kita akan kejutkan lelaki yang memang suka tidur. Inilah Min Yoongi! " Jungkook mendekatkan kamera dengan katil Yoongi lalu zoom in pada wajah Yoongi.
"Wahh~~ tengoklah fair skin dia ni~ " kata Hoseok. "Hyung janganlah cakap macam tu.. " Jungkook tak dapat membantu dirinya dari ketawa.
"Baiklah, sekarang kita akan kejutkan Min Yoongi ini. " Hoseok memanjat katil Yoongi lalu duduk di atas tilam katil tersebut.
"Yoongi hyung! Bangun! Dah tengah hari ni! " jerit Hoseok telat di telinga Yoongi. Dia lantas bangun walaupun matanya masih kuyu.
"Kopi.. " pagi-pagi buta minta kopi? Yoongi melihat Jungkook yang merakamnya dan Hoseok yang duduk di atas katilnya.
"Kopi apa? Americano? Afrikano? Pergi beli sendiri. Nah, ni jaket hyung. Go, go, go! " Hoseok menarik jaket Yoongi yang tergantung pada almari lalu memberikan kepada tuannya.
Yoongi masih tidak tahu apa yang berlaku dan hanya bangun dan keluar dari bilik untuk membeli kopi idamannya.
"Min Yoongi sudah berjaya dikejutkan! Kita beralih pula kepada eomma bilik ni, Kim Seokjin. " Hoseok berganjak ke katil Seokjin pula.
"Kalau nak kejut Seokjin hyung ni, kita perlukan teknik. " Hoseok memandang kamera sambil menghalakan sikat pada mulutnya.
"Teknik? " tanda soal muncul di atas kepala Jungkook.
"Macam ni.. "
Hoseok mengambil bantal miliknya dari katil atas lalu menekup kepala Seokjin.
"Hyung! Bangunlah wahai hyung kesayangan ku yang hensem lagi mencairkan ini ~~ " Hoseok menggoncang katil tersebut sehingga Seokjin terjaga. Dia membuka mata kuyunya sambil melihat sekeliling.
"Hoseok-ah, thanks puji tadi~ " mata Seokjin masih tertutup. Separuh sedar agaknya.
Seokjin menyelak selimut lalu bangun, menuju ke singki untuk membasuh muka.
YOU ARE READING
Bangtan Academy » 방탄소년단 «
Mystery / Thriller"Don't believe anything that you've heard. If you do, it might be a trap. A trap to your death. They were up for something. And all of you are the subjects. " Aku patut dengar cakap kau dari awal lagi. Sekarang, ini padahnya. Mereka bukan lagi m...