▽17

2.1K 264 71
                                    

"Yeay! Dah habis.. " Namjoon mengangkat tangannya ke atas, menggeliat.

9:20 malam dipaparkan pada jam tangan Namjoon. Dia perlu balik sebelum 10 malam atau satu biliknya akan didenda.

Bangunan asrama hanya lima minit perjalanan dari fakultinya. Nasib baiklah dekat, kalau tak jenuh nak berjalan memalam. Tiap-tiap minggu pulak tu.

Namjoon berjalan dengan lancar ke asrama. Dalam perjalanan, dia asyik memandang ke belakang. Seakan-akan ada orang mengekorinya.

"Ape yang kau fikirkan nih? " Namjoon menggeleng kepalanya. Perasaan diekori itu masih ada. Tapi siapa?

Namjoon selamat tiba di bilik. Dia melihat biliknya riuh-rendah seperti sedang protes je.

"Eo? Namjoon hyung dah balik! " Taehyung mendengar bunyi pintu dihempas perlahan. Dia hanya memandang Namjoon sekilas kerana dia perlu fokus pada buku.

Namjoon berasa bilik ini kosong. Apa yang takde eh?

"Oh ya, Yoongi hyung mana? " soal Namjoon sambil meletakkan beg sandangnya di atas kerusi.

"Tadi kan.. Yoongi hyung bergaduh dengan sape ek? " Jungkook menjawab. Dia memandang Hoseok di katil sebelah.

"Orang terencat akal. " jawab Hoseok, lalu dia mengangguk.

"Haa! Orang terencat akal! " Jungkook memandang semula ke arah Namjoon.

"Ye lah.. Nama orang terencat akal tu? " tanya Namjoon sambil mengurut dahinya.

"Hmm.. Yoongi hyung tak sebut pulak. " Jungkook mengangkat bahu.

"Okey, pastu? " Namjoon meluru ke arah katilnya, ingin mendengar selebihnya.

"Pastu, dia kena pindah ke asrama perasingan. Tak lama lima hari je. " sambung Jungkook.

"Asrama perasingan? Tempat apa tu? " muncul tanda soal dalam kepala Namjoon.

"Tempat tu macam tahananlah jugak. Orang yang kena pindah kat situ perlu tinggal kat sana sampai satu tempoh. Boleh keluar bila ada kuliah sahaja. Macam penjara kan? Mesti Yoongi serik duduk kat situ. " omel Seokjin.

"Mana hyung tahu ni? " Hoseok hairan, tetiba je Seokjin jadi genius.

"Korang pun ada teknologi yang bernama internet. " Seokjin perlahan-lahan berjalan ke katilnya sambil membawa secawan kopi di tangannya.

"Haahlah! Pandai hyung! " Hoseok tersengih pada lawak hambarnya.

Sesuatu termuncul dalam kepala Namjoon. Dia melihat ke arah katil Yoongi. Kosong. Hanya cadar putih lagikan suci sahaja berada di situ. Oh, dan tiga biji bantal.

Namjoon membisu selama beberapa minit. Blazernya masih belum ditanggalkan. Tangannya dipacakkan pada tilam.

"Korang.. Aku nak tanya, tapi korang kena jujur. "

Permintaan Namjoon membuat semua kaku seperti patung lilin. Mereka memandang ke arah Namjoon, fokus hanya pada apa yang Namjoon katakan tadi.

"Korang-- tak rasa tak sedap hati ke tentang tempat ni? " Namjoon memulakan perbualan. Wajahnya mula menjadi serius.

"Maksud? "

"Taklah.. Aku just terfikir. Semuanya jadi agak pelik lepas kita pergi rumah Keluarga Son tu, betul tak? " kata Namjoon, mengimbas kembali apa yang terjadi ketika di sana.

"Tambahan lagi dengan kelakuan Kwon Hae dan Cik Ahn yang macam nak bagitahu kita sesuatu tapi tak. Dan diorang macam sembunyikan sesuatu. " terang Namjoon sejelas-jelasnya. Tiada apa nak disembunyikan sekarang. Bukan masa yang sesuai lagi.

Bangtan Academy » 방탄소년단 «Where stories live. Discover now