▽06

2.4K 325 83
                                    

Taehyung yang berada di sebelah Jungkook mengelap tangan Jungkook yang sedang berlumuran darah. Jungkook kini membisu, wajahnya tiada perasaan dipaparkan. Air matanya hampir kering dikesat.

"Betul ni, kau tak cedera? " Taehyung bertanya lagi. Hampir dua puluh kali dia tanya soalan yang sama.

Jungkook menggeleng kecil. Suasana di dalam kereta menjadi tegang, sehinggakan Yoongi yang biasanya terlelap di dalam kereta segar seperti baru bangun tidur.

Kereta Namjoon diparkir di tempat parkir kereta di sebelah bangunan asrama. Mereka keluar dan masuk ke dalam bangunan dengan pantas kemudian terus naik ke bilik. Mujurlah warden asrama tiada di lobi, kalau tak mereka pasti tertangkap.

Jam menunjukkan pukul 12:45. Lima belas minit sebelum tengah malam. Mereka berjaya melepasi sekuriti dan melangkah masuk ke dalam bilik dengan aman.

Jungkook mengejar bilik air yang tidak ke mana. Kepala pili air dipusing. Dia segera menyucikan tangannya dari lumuran darah misteri tersebut.

Namjoon POV

Jungkook kelihatan seperti baru menghadapi sesuatu yang dahsyat. Aku rasa bersalah pula sebab berkeras untuk ke sana. Jungkook dah pujuk aku tadi, tapi aku yang keras kepala.

Aku duduk di atas katil. Jaket dilempar ke sebelahku. Jungkook keluar dari bilik air dengan muka dan tangan yang basah. Kemudian, dia terus berbaring dan berselimut.

Aku tak mampu berbuat apa-apa sebaliknya mengeluh. Jungkook takkan jadi macam ni kalau aku tak rancang untuk pergi.

Inilah kali pertama aku lihat Jungkook bermasam muka. Sejak dua hari lepas, senyuman manis di wajahnya tak pernah pupus.

Seokjin hyung datang kepada Jungkook lalu duduk di sebelahnya. Tangannya memegang sebuah mug berisi air coklat panas.

"Jungkook-ah.. Bangun sekejap. " tubuh Jungkook ditepuk perlahan. Dia duduk dengan wajahnya yang separa pucat.

Seokjin hyung menghulurkan mug tadi kepada Jungkook lalu diminumnya. Selepas Jungkook menghabiskan minuman tersebut, Seokjin terus mematikan lampu. Bilik itu menjadi serba gelap.

Aku berbaring. Taehyung yang tidur di bahagian atas katil ini pasti sudah terlelap. Kepala aku kosong. KOSONG! Aku langsung tak boleh tidur.

Apa kau dah buat, Namjoon?

Pagi menjelang. Seperti biasa, mereka semua sedang bersiap untuk ke dewan kuliah. Tepat pukul 7:32, mereka semua turun ke bawah.

Hari ni terasa lain pula. Lobi asrama kosong. Tiada sesiapa di sana. Kalau ada pun, semuanya bergegas keluar. Apesal dengan semua orang ni?

Dulu, lobilah tempat yang paling Best untuk melepak sebelum ke kuliah.

Cik Ahn ada di situ rupanya. Patutlah semua berlari keluar. Cik Ahn memang dikenali sebagai wanita yang paling digeruni oleh semua pelajar termasuk pelajar graduan.

"Annyeonghaseyo.. " mereka semua menunduk apabila Cik Ahn berpusing menghadap mereka.

"Semalam.. " walaupun baru satu perkataan dilafazkan oleh Cik Ahn, mereka semua sudah terbeliak. Semua benda yang mereka lakukan semalam diingat semula.

"Kamu bertujuh didapati tiada di dalam asrama, betul? " pernyataan tersebut membuatkan mereka kaku.

"Maaf, Cik Ahn. Tapi kami-- " Seokjin tak dapat menghabiskan ayatnya dek dipotong oleh Cik Ahn.

Bangtan Academy » 방탄소년단 «Where stories live. Discover now