▽41

1.4K 227 13
                                    

"Itu Noxious, "

Aku terkesima melihat natang yang berdiri tak jauh daripada kami semua tersebut. Aku memandang Taehyung lalu menyuruhnya membawa Seokjin ke tempat yang lebih selamat. Sementara Taehyung melarikan Seokjin, aku bersiap sedia dengan senjata yang aku pegang. Mood Noxious tu nampak macam tak bagus.

Seperti yang aku katakan tadi. Itu Noxious. Mutant tahap 7. Dikategorikan dalam tahap yang paling bahaya. Katakanlah, terkena jangkitan daripada mutant ini. Tahap mutasi itu adalah singkat iaitu 60-70 minit. Pemulihan mutant ini dalam lingkungan 230 saat. Tapi, yang aku paling risau sekali ialah kekuatannya. Ia merupakan mutant yang kedua terkuat selepas Meg, iaitu mutant tahap 10. Aku sendiri takut nak berdepan dengan Noxious, lagi-lagi bila bukan berada di Wanton.

"Hyuk, ada cara tak nak tewaskan raksasa besar tu? " Namjoon berbisik ke telingaku. Aku mengetap gigi manakala mataku tajam merenung ke arah mutant itu.

"Kepala dia. Jangan tembak, tapi tikam. Lebih sensitif di bahagian belakang kepala. " balas aku dengan berbisik juga. Aku menarik keluar dua bilah pisau dari sarungnya yang berada pada pinggang aku lalu memegangnya kuat.

Ia berpaling memandang kami. Aku menelan air liur, gelisah. Tangan aku mula berpeluh. Begitu juga dengan dahiku. Nafas panjang ditarik. Lalu aku melangkah laju ke hadapan.

Aku boleh dengar mereka yang lain juga turut berada di belakangku. Aku dan mutant bertukar pandangan. Ia merengus geram yang kuat dan menyeramkan sehingga telinga aku rasa berdengung. Mutant tersebut meluru ke arah kami. Menunjukkan tangannya yang besar dan berketul, urat-urat timbul, kukunya yang mungkin menyebabkan jangkitan. Mulutnya terbuka luas, menampakkan cecair gelap di dalam mulutnya.

Aku menikam mutant tersebut pada tangannya. Darah hitamnya terpancut keluar terkena pada baju aku dan sedikit pada wajahku. Aku menarik semula tikaman tadi lalu mutant itu merintih dengan kuat sehingga bergema. Jimin dan Hoseok memasuki kawasan dakapan mutant lalu menikamnya beberapa kali, mengakibatkan tangan mereka berlumuran darah hitam.

Aku kata pada Namjoon tadi, kelemahan Noxious adalah pada belakang kepalanya. Namjoon dan Jungkook tidak menyerang, sebaliknya cuba mencari masa yang sesuai untuk memanjat belakang mutant tersebut seterusnya menikam kelemahannya.

Aku sibuk menikamnya sehingga pisau pada tangan kiri aku terbenam agak dalam ke dalam tubuh mutant sehingga aku tak dapat nak menariknya keluar. Aku cuba menariknya tetapi ia terlalu licin, tanganku sudah dibasahi darah hitam mutant itu.

Aku berkali-kali cuba tarik semula pisau tersebut. Namun tanpa aku sedar, mutant tersebut melempar aku seperti sebuah blok lego. Aku tercampak lalu jatuh tersungkur di atas lantai. Mereka yang fokus tadi melihat aku tercampak.

Aku memegang rusukku. Seperti ada yang retak. Aku mengangkat kepala dalam keadaan sakit lalu melihat Hoseok. Dia yang paling dekat dengan leher mutant itu berbanding Jimin.

"Hoseok! Tarik leher dia! " teriakku. Hoseok mengetap gigi lalu dia memijak kaki mutant tersebut lalu pisaunya ditusuk pada leher mutant. Kemudian, dia menekan sehingga mutant itu tertunduk.

"Tikam sekarang! "

Nasib baiklah dia berada dekat dengan mutant itu. Namjoon dan Jungkook berlari ke arah mutant tersebut kemudian terus menikam belakang kepala mutant tersebut tanpa teragak-agak.

Mutant itu terhenti bagaikan ditekan butang off. Dia juga jatuh tersembam ke lantai. Jungkook menarik keluar pisau aku yang terbenam tadi lalu dia mengejar aku. Jimin dan Namjoon mengangkat tubuhku bangun dari lantai. Mereka berdua memapahku keluar dari kawasan bangunan tersebut.

"Cepat, sebelum dia bangun semula. " Jungkook berlari pantas keluar dari bangunan tersebut, mengikuti Hoseok di hadapan.

Dalam beberapa saat, kami semua berada sejauh mungkin dari bangunan tersebut. Sekarang, kami perlu cari Taehyung.

Bangtan Academy » 방탄소년단 «Where stories live. Discover now