▽34

1.4K 231 58
                                    

Wanton,
23 December 2008,

Erry ketawa terbahak-bahak mendengar berita yang baru dilaporkan kepadanya. Orang yang berada di hadapannya langsung tidak dan terus berwajah serius. Pada masa yang sama, Erry juga serius.

"Kamu pasti? " walaupun Erry ketawa, perkara yang didengari itu amatlah serius.

"Ya. Kwon membawa lari Jaewon dan Hawon keluar dari Wanton. " kata orang tersebut. Erry mendiam bak memikir sesuatu.

"Ketua dah tahu tentang ni? " sebaik sahaja Erry menyoal, orang itu menggeleng pantas.

Erry tak banyak kata lalu terus bangun dan keluar dari bilik yang didudukinya. Perasaan dia bercampur baur. Ketua pasti akan mengamuk.

Walau bagaimanapun, dia tetap perlu laporkan kepada ketua.

Pintu makmal utama terbuka lalu Erry melangkah masuk ke dalam. Susuk tubuh ketua jelas kelihatan dengan kot makmal putih sucinya berdekatan beberapa buah kapsul.

Erry berjalan pantas, lurus ke arah ketua. Gemaan tapak kakinya didengari ke seluruh makmal. Ketua memandang dia dengan pandangan yang kosong, seperti tiada perasaan.

"Ketua, " Erry terhenti di situ apabila Ketua tiba-tiba berjalan melepasi Erry tanpa berkata apa-apa. Dia menuju ke meja di mana dia membuat kerja.

"Aku dah tahu laporan tu. " kata Ketua dengan suara yang garau.

"PENGKHIANAT!! "

Ketua menggenggam kertas-kertas kerjanya di atas meja lalu menyelerakan kesemuanya. Dia menekan meja dengan marah.

"Arahkan ejen Wanton untuk cari Jaewon dan Hawon sekarang! " ketua berteriak dengan kuat. Hampir gugur jantung Erry dibuatnya. Lagi-lagi makmal tu jenis yang bergema.

"So, korang faham kan? " Hyuk menyapu tangannya yang kotor bermain debu di lantai.

Mereka bertujuh ternganga. Speechless. Entah apa yang mereka fikirkan.

"I-Itu se-sejarah k-korang?! " Seokjin menekup mulut, tanda terkejut. Hae mengangguk kecil sambil menunduk.

"Korang adalah subjek Wanton yang sedang cuba dimanipulasi sekarang. Disebabkan korang bertujuh tak dapat dilemahkan, korang masih selamat buat masa sekarang. " terang Hae lagi.

"Kitorang boleh dikatakan dah berpaling tadah. Tapi, Wanton masih menganggap kitorang adalah sebahagian daripada mereka disebabkan pertalian darah. " Hyuk menyambung penjelasannya.

"Wanton tak boleh buat apa-apa pada kitorang, sebab kitorang adalah pewaris Wanton yang seterusnya. " Hae memberi penjelasan lagi.

"Tak sangka lebih dasyat korang lalui sebenarnya. " Taehyung menundukkan kepala.

"Camne korang tak trauma erk? " Hoseok mencelah apabila Hae cuba untuk menerang lagi. Hae pun layan je lah.

"Nak taknak, kena jugak atasi. Tak kiralah macam mana sekali pun. " jawab Hyuk.

"Kau tak cerita pun pasal ni? " Namjoon menarik tangan Hae yang berada di hadapannya. Lalu balutan luka kelaran Hae terpapar jelas.

Bangtan Academy » 방탄소년단 «Where stories live. Discover now