"B-Bionic ape ni? " Jungkook paling trauma dengan bionic sejak berada di sini. Dia tajam memandang semua tempat, menggelabah.
Hyuk pula terkaku. Tambahan pula, apabila nama sebenarnya disebut. Son Jaewon. Hyuk termenung jauh sementara siren masih berbunyi.
"Haishh ape nih?! Orang baru sampai sini, takkan nak lawan lagi. " Yoongi merungut walaupun bukan pada masa yang sesuai. Hae lantas bangun dek matanya dah tak jadi nak terlelap.
"Kita kena pertahankan diri. Takde tempat nak lari dah. " Taehyung mula memunggah begnya lalu mengeluarkan segala senjatanya. Hae menyeluk sepucuk pistol dari poket beg dan sepucuk lagi di poket lain.
Semua orang bersiap sedia untuk menghadapi bionic yang memasuki kawasan hospital ini. Hyuk juga sedar dari lamunannya dan bersiap siaga untuk menentang bionic dengan prototaip ciptaannya sendiri.
"Macam mane dengan Seokjin? " Hoseok terpandang Seokjin yang masih terlantar dan tak sedarkan diri. Keadaan Seokjin belum baik, mustahil nak tinggalkan dia berseorangan di sini.
"Seseorang kena sentiasa berada berdekatan sini. Yoongi hyung, kau masih belum pulih sepenuhnya, jadi kau stay. Jangan pergi jauh. " Hyuk mengarahkan tanpa Yoongi rela pun. Nak atau tak, keputusan Hyuk perlu dituruti. Lazimnya, keputusan Hyuk sentiasa meletakkan mereka dalam nasib yang baik.
Warna lampu tiba-tiba bertukar merah menyala. Had penglihatan mereka semakin terhad. Semua orang memandang ke arah lampu. Memang merah seperti alarm kecemasan.
"Jom. Makin lambat, makin bahaya. "
Mereka bertujuh keluar melalui pintu lalu bergerak dalam kumpulan. Mereka berhati-hati dalam setiap langkah agar tak dikesan bionic. Tumpuan mereka langsung tak terganggu sikit pun.
Ayat dari pengumuman tadi membuatkan mereka meremang bulu roma. You can fool the mutants, but you can't fool the bionics. Wanton tak gunakan mutant untuk serang mereka buat masa sekarang. Bionic yang menggunakan prototaip Hyuk ketika dia di Wanton dulu.
Mungkin rasanya bionic tersebut dapat dikalahkan, tapi Hyuk berfikir sebaliknya. Prototaip yang dia buat dulu adalah 96% siap. Ada kemungkinan, Wanton mengubah suai prototaip tersebut dan hasilkan bionic yang lebih berkuasa. Hyuk perlu tahu kelemahan ciptaan sendiri. Semuanya bergantung pada Hyuk sekarang.
Mereka menyusup dari dinding ke dinding, dari bilik ke bilik, dari koridor ke koridor. Beberapa bionic tak dapat mengesan mereka tetapi ada yang nyaris mengesan kehadiran mereka. Tak lama kemudian, mereka memutuskan untuk masuk ke kawasan bilik pembedahan atas arahan Hyuk.
Mereka melepaskan nafas lega di dalam sana. Lega sudah terlepas dari bionic. Tapi mereka masih tak boleh duduk saja, bionic boleh cari mereka bila-bila masa.
"Seriously? Prototaip kau? " Hae menyindir Hyuk. Mata mereka berdua bertentang dengan renungan yang tajam. Macam Hae nak salahkan Hyuk pula.
"Aku ingat prototaip aku tak diterima sebab kita dah larikan diri lepas tu kan. Manelah aku tahu Wanton masih simpan prototaip aku tu. " keluh Hyuk dengan alasan logiknya. Wajahnya yang dibasahi peluh dikesan dengan lengan bajunya.
"Aku tabiklah dengan hyung, umur muda dah buat robot yang boleh musnahkan orang. Kitorang buat ape, robot guna kotak. " Jungkook tertawa. Walaupun ia kedengaran seperti sindiran, Hyuk juga tertawa dan menganggap sebagai pujian.
"Dah habis puji? Kita ada masalah pasal bionic yang tengah serang kita ni. " Hoseok nampak risau, jelas dari riak wajahnya sahaja.
"Okey, ermm.. " jelas sekali Hyuk sedang memikirkan sesuatu. Entah dalam kepalanya kosong. Memang hampeh kalau begitu.
YOU ARE READING
Bangtan Academy » 방탄소년단 «
Misterio / Suspenso"Don't believe anything that you've heard. If you do, it might be a trap. A trap to your death. They were up for something. And all of you are the subjects. " Aku patut dengar cakap kau dari awal lagi. Sekarang, ini padahnya. Mereka bukan lagi m...