▽29 : Theory Explanation

1.6K 251 178
                                    

Academy yang diduduki oleh bangtan sekarang ini adalah bukan calang-calang tempat. Ianya sebuah academy yang diiktiraf oleh seluruh dunia. Tapi, ade satu benda yang seluruh dunia ni tak tahu.

Selama anda membaca chapter satu hingga sekarang, anda akan dapati yang teori cerita ini amatlah pelik lagi memelikkan. Oleh itu, wujudnya special chapter ini untuk menerangkan segala teori yang anda pening kepala memikirkannya. (Agaknye same tanding tak ngan bts punye teori?? 😕)

Kira-kira 60 tahun lalu, kedalaman 10 hingga 20 meter ke dalam tanah.

Sebuah organisasi bertapak di situ.

Wanton ialah sebuah organisasi yang merancang untuk menghasilkan mutant dari kalangan manusia dengan cara mengubah DNA mereka.

Selain itu, sejak organisasi ini ditubuhkan, mereka telah mencipta pelbagai alat dan mesin yang majunya tak setanding dengan ekonomi sekarang. Mereka hanya mencipta alat dan mesin yang berteknologi tinggi sejak 60 tahun dulu.

Wanton telah diwariskan sepanjang keturunan keluarga Son dan pada masa sekarang sedang dipegang oleh generasi kelima.

Academy yang dibina adalah untuk mengumpulkan manusia semata-mata untuk projek Wanton ini. Academy ini dianggap sebagai sumber manusia kepada mereka.

Sedikit demi sedikit manusia dihantar masuk ke dalam academy ini yang sebenarnya adalah perangkap. Menurut peraturan academy, sesiapa yang diterima masuk tidak dibenarkan untuk keluar atau berhenti belajar di academy tersebut.

Oleh itu, mereka dapat menjamin berapa banyak mangsa yang mereka akan gunakan.

Dalam situasi sekarang, bangtan akan menjadi mangsa seterusnya.

Sasaran pertama adalah Jeon Jungkook, hampir pengsan di dalam rumah keluarga Son.

Sasaran kedua adalah Kim Taehyung, nyaris dipatuk ular.

Sasaran ketiga, Kim Seokjin, mereka menganggap Kwon Hae menganiaya mereka sampai mencederakan Seokjin.

Sasaran keempat, Min Yoongi, nyaris terbunuh dilanggar sebuah kereta.

Sasaran kelima, Jung Hoseok, diracun selepas pembedahan.

Sasaran keenam, Park Jimin, nyaris ditikam di jantung.

Dan terakhir sekali, Kim Namjoon, hampir nyawa-nyawa ikan dibelasah.

Organisasi telah cuba menarik mangsa diatas untuk dimanipulasikan, tetapi asyik gagal. Mereka cuba dengan mangsa lain, dan juga gagal.

Ketujuh-tujuh subjek ini adalah dikatakan 'limited edition' oleh Wanton kerana terdapat beberapa faktor yang melayakkan mereka untuk menjadi subjek.

Setiap sasaran atau mangsa organisasi ini telah diperhatikan sejak kecil lagi sebelum diambil masuk ke dalam academy. Dan setiap orang di dalam academy ini adalah orang yang paling berkelayakan.

Theory Explanation

Chap 4

1) Tyler cabar bangtan masuk ke rumah 'hantu' milik keluarga Son bukan kerana kehendaknya, tapi dia disuruh.

-- Seorang wanita bernama Erry telah mengarahkan Tyler untuk memerangkap mereka dalam rumah tersebut bagi mendapatkan sasaran pertama mereka iaitu Jeon Jungkook.

-- Tyler bukan calang-calang orang dan tak patut dipanggil manusia. Dia sebenarnya adalah sebuah manusia bionic yang telah dicipta oleh Wanton. Sebab tu, dia mempunyai kekuatan yang terlampau.

Bangtan Academy » 방탄소년단 «Where stories live. Discover now