▽05

2.7K 339 132
                                    

Kereta yang mereka naiki mula memasuki pekarangan hutan akademi. Seokjin fokus pada jalan dan mencari rumah tersebut.

"Lepas ni belok kanan, hyung.. " arah Namjoon memandangkan dia yang melihat GPS.

Beberapa minit berlalu, akhirnya mereka sampai di rumah yang dimaksudkan itu. Rumah keluarga Son yang sudah lama ditinggalkan.

Mereka semua keluar dari kereta lalu memerhatikan rumah tersebut. Rumah yang besar, usang, gelap, berhampiran dengan hutan pula tu.

Namjoon membuka beg galasnya lalu mengeluarkan kamera rakaman yang dia bawa.

"Nah.. " Namjoon mengedarkan kamera tersebut.

"Aku dengan Hoseok akan ke tingkat dua. Seokjin hyung dengan Jungkook pergi ke tingkat tiga. Yoongi hyung, Taehyung, Jimin. Tingkat empat. " arah Namjoon. Jimin, Taehyung dan Jungkook nampak bagai sedang takut.

"Hyung, macam mana dengan tingkat bawah tanah? " Jimin memegang lampu suluhnya erat. Namjoon menggaru dahinya.

"Yang tu, kita semua pergi sama-sama. " jawab Namjoon dengan pantas.

Mereka masing-masing memegang sebuah lampu suluh, berjalan ke arah pagar besi yang berkarat.

Yoongi menolak pagar itu, bagi membesarkan laluan. Dia memasuki pekarangan rumah tersebut yang terhampar luas kemudian diikuti oleh yang lain.

Mereka mendekati pintu masuk. Rantai yang digunakan untuk mengunci pintu tersebut sudah berkarat dan rapuh. Sekali pegang, ia terlerai.

Jantung mereka berdegup kencang. Bulu roma mula meremang. Seokjin teragak-agak untuk menolak pintu tersebut. Memandangkan rantai yang mengunci sudah terlerai, Seokjin menolak perlahan pintu itu.

Lampu suluh dihidupkan. Mereka sudah pun melangkah masuk ke dalam rumah tersebut dan terus meneliti sekeliling.

Semua perabot dilitupi dengan kain putih. Suis peralatan elektrik di dinding pula dilekati dengan pita pelekat seperti menghalang sesiapa dari membuka kuasa elektrik.

"Dah, semua gerak. " Namjoon dan Hoseok menuju ke arah tangga lalu naik ke tingkat dua.

Ketika menaiki tangga, Namjoon berasa aneh. Seperti ada seseorang yang mengekorinya dari belakang, sedangkan Hoseok yang sepatutnya bersama dia berada di hadapan, memegang kamera.

"Hoseok-ah.. Jalanlah cepat sikit.. " pinta Namjoon. Dia cuba melintasi Hoseok di hadapan tetapi tak berjaya, lebar tangga tersebut terlalu sempit.

"Sabarlah.. " balas Hoseok sambil membetulkan kedudukan kamera.

Namjoon asyik menoleh ke belakang. Sungguh, dia merasa sesuatu mengikut langkahnya.

Mereka sampai di tingkat dua. Bukan seperti yang mereka jangkakan. Rumah tersebut lebih luas berbanding dalam imaginasi mereka.

"Besarnya rumah ni. Semalam dekat replika kecik je. " Hoseok merungut sambil memandang ke kiri dan ke kanan macam hendak melintas jalan.

"Memanglah, itukan replika saja.. " marah Namjoon. Dia menyuluh ke kanan dan menuju ke sana.

Namjoon menolak setiap pintu yang dijumpainya dan menyuluh ke dalam. Hoseok tidak sengaja ketawa akibat tak dapat mengawal emosinya.

Namjoon berasa seram sejuk. Dia memandang Hoseok yang berada di belakang.

"Kau ke tadi? " Namjoon berbisik. Hoseok mengangguk sambil mengetap bibirnya. Huuh.. Hampir gugur jantung Namjoon tadi.

Mereka berjalan di koridor yang panjangnya dianggarkan tujuh meter. Gambar lama yang digantung sepanjang koridor tersebut membuatkan atmosfera kawasan itu menyeramkan.

Bangtan Academy » 방탄소년단 «Where stories live. Discover now