Hae
Aku berhenti betul-betul di hadapan pintu masuk utama Wanton. Aku menguak pintu ke dalam dan terdapat sebuah lif sahaja. Hanya sebuah lif.
Aku mengeluh panjang lalu aku menekan butang buka. Lif itu terbuka serta merta. Aku memandang ke belakang jika ada sesuatu mengekori aku. Aku rasa seperti diekori tadi. Mungkin, perasaan aku je tu.
Aku melangkah masuk ke dalam lif tersebut. Hanya ada butang sahaja di dalam lif tersebut. Butang turun.
Selepas aku menekan butang itu tanpa ragu, aku dapat rasakan lif itu turun mengikut graviti. Pandangan aku hanya menghala ke hadapan memandangkan ia turun agak laju. Setelah beberapa saat, ia menjadi perlahan. Bermaksud, aku sudah tiba di Wanton.
"Welcome to Wanton, "
Suara robotik itu dah sering dulu. Selepas pintu lif terbuka, aku mengambil langkah pertama aku. Aku tak sangka langsung yang aku akan kembali ke sini.
Laluan yang panjang terbentang di hadapanku. Nun jauh di sana, pintu masuk terletak. Aku menyusun langkah yang lurus ke sana. Degupan jantung aku semakin pantas setiap kali aku melangkah. Di Wanton, ia ada aura tersendiri. Aura di mana bila kau rasa, kau akan rasakan di sini tempat keajaiban berlaku. Tapi, aku tidak. Aura yang aku rasa, ini adalah rumah aku.
"Please confirm your identity. "
Suara itu keluar sebaik sahaja aku berdiri di hadapan pintu masuk. Aku memandang skrin di bahagian kiri pintu.
Aku menaip nama aku, Son Hawon dan meninggalkan cap jari aku pada skrin supaya ia mengakseskan aku masuk.
"Workforce, Son Hawon. Identity confirmed. Welcome to Wanton. "
Pintu tersebut dibuka. Namun, aku tak berganjak langsung. Aku.. teringat sesuatu. Ketika aku pertama kali datang ke sini. Erry memimpin tangan kami berdua berjalan melalui laluan ini.
Aku segera melangkah ke hadapan. Langkah aku dipercepat. Sebelum sempat aku sampai di penghujung pintu masuk yang panjang ini, aku terjumpa dengannya.
"Kwon Hae! " aku terpaku. Aku memandang orang yang memanggil nama aku tadi, Erry. Son Aeri.
Aku berjalan ke arahnya dengan tenang. Aku cuba mengawal riak wajah aku yang menahan pedih di belakang tengkukku.
"Kak Erry dengar dari security system yang kamu akses masuk tadi. " Erry tak henti tersenyum.
"Aku nak jumpa dengan ketua. Sekarang. " kataku. Riak wajahnya nampak sedikit terkejut. Mungkin sebab aku dah lama tak jumpa dengan dia, dan ayat pertama yang keluar adalah motif aku yang sebenar datang ke sini.
"Macam biasa, kat makmal utama. " jawab Erry. "Hyuk mana? " soal dia pula. Aku hanya menunduk.
Diam. Pilihan yang aku ada. Erry mungkin ada rancangan yang lebih teruk kalau dia tahu yang Hyuk dan yang lain tengah cari jalan keluar.
"Aku pergi dulu. " aku beredar dari situ. Aku takkan jawab soalan tu.
Aku mencari makmal utama, di mana ketua bekerja. Aku membelok beberapa koridor dan akhirnya jumpa makmal utama.
YOU ARE READING
Bangtan Academy » 방탄소년단 «
Misterio / Suspenso"Don't believe anything that you've heard. If you do, it might be a trap. A trap to your death. They were up for something. And all of you are the subjects. " Aku patut dengar cakap kau dari awal lagi. Sekarang, ini padahnya. Mereka bukan lagi m...