▽20

2K 257 119
                                    

Aku berdiri di hadapan katil di mana Hoseok hyung terlantar. Senyuman bangga terukir di bibir. Dalam beberapa hari, hyung akan pulih. Aku tak sabar pula nak hari tu tiba.

Hoseok ditempatkan di unit rawatan rapi disebabkan badannya yang lemah. Keadaannya perlu diperiksa dengan kerap jika ada perkembangan berlaku.

Hanya Seokjin hyung dan Jimin yang tinggal. Yang lain perlu menghadiri kuliah sebentar lagi. Mereka berdua berada di luar memandangkan unit rawatan rapi adalah kawasan larangan.

"Aku dah berjaya, hyung.. " aku tersengih, melihat Hoseok dalam keadaan yang baik.

"Taehyung! " aku menoleh lalu nampak Jimin sedang melambai ke arah aku. Dia memanggil aku keluar dari situ.

Sebelum sempat aku melangkah ke arah pintu keluar, telefon aku berbunyi menandakan sebuah mesej masuk.

From: Eomma ❤
Eomma baru gerak ni. Malam nanti sampai agaknya. Tunggu eomma ye. Eomma datang dengan ahjumma.

Aku tersengih lagi. Dapat jugak aku lepas rindu kat eomma nanti.

Kaki aku menyusun langkah untuk keluar dari kawasan unit tersebut. Jimin dan Seokjin hyung sedang duduk di sebuah bangku di hadapan pintu keluar.

"Ade apa panggil tadi? " aku melabuhkan punggung di sebelah Jimin.

"Cakap nak masak kat eomma kau. Seokjin hyung nak ajak kau pergi beli tuh. " kata Jimin. Aku melihat Seokjin hyung di sebelahnya.

"Hyung, seriuslah? Tae gurau je tadi. " aku menggaru kepala sambil membuat wajah terkejut.

"Laa.. Gurau ke? Kalau camtu, takyah lah. " Seokjin bersandar sambil kakinya disilangkan cam diva.

"Ehh, jomlah! Tae nak belajar masak jugak. " kataku dengan keterujaan di wajah. Seokjin tersengih kebapaan.

"Nak? Okey, Kkol! " Seokjin memetik jarinya, tanda setuju sebulat suara.

"Jangan ajar Taehyung je. Aku pun nak jugak.. " Jimin mencebik. Alololo.. Comelnyer. Tapi, mengada.

"Yelah.. Dua dua ekor ni hyung ajar. " Seokjin bangkit dari duduk sambil memeluk bahu kami berdua.

"Kaja! "

"Kaja! "

"Kaja! "

"Kaja! "

"Kalau cam nih, tak payah pergilah.. " Seokjin berjalan seorang diri ke depan.

"Hyung!! " Aku dan Jimin mula berlumba untuk mengejar Seokjin hyung semula.

Yoongi tiba di sebuah dobi layan diri bagi mencuci pakaian kotornya. Banyak juga yang sudah digunakan. Boleh buat lelong tau. Sape nak beli? Jk jk 😂

Dia masuk dengan sebuah bakul dipenuhi baju di dalamnya. Jangan tanya baunya sudah. Tahu tahu jelah.

Yoongi menolak bakul tersebut sehingga sampai di hadapan sebuah mesin basuh. Selepas dimasukkan sabun dan baju-baju kotor tadi, Yoongi menekan butang start lalu duduk di bangku panjang bertentangannya.

"Haaaah~~ " Yoongi mengeluh. Memang hari yang memenatkan.

"Baru tengah hari dah penat? " Yoongi terkejut. Bahunya terhinjut sedikit.

"Yah? Bila masa kau ada kat sini? " jari Yoongi menunding ke arah Solmin yang rasanya guna kuasa teleport kot datang sini.

Bangtan Academy » 방탄소년단 «Where stories live. Discover now