▽11

2.4K 299 73
                                    

Seperti biasa, Hae datang awal ke bangunan fakulti melalui pintu utama. Bunyi butnya bergema di dalam lobi yang sepi itu. Hae menuju ke arah lif.

Belum sempat jarinya menyentuh butang lif, tangannya disambar seseorang dengan kasar. Dia menarik Hae ke tempat lain.

"Yah, Kim Namjoon! Apa kau buat ni?! " Hae cuba melepaskan pegangan Namjoon yang hampir menghentikan pengaliran darahnya.

"Ikut je lah.. " Namjoon menjawab dengan kasar.

Sampai di satu tempat, Namjoon melepaskan tangan Hae. Dia seakan-akan bertukar menjadi samseng.

"Kwon Hae, apa niat kau sebenarnya? " Namjoon berkata dengan nada yang keras.

"Niat aku? " Hae menggosok pergelangan tangannya yang ditarik Namjoon tadi.

"Aku sahaja yang akan tanya soalan sekarang, kau hanya jawab. " kelakuan Namjoon benar-benar berubah. Dia terdesak untuk mendapatkan jawapan kepada semua kesulitan ini.

"Aku tak ada apa-apa niat. " jawab Hae dengan nada yang mendatar.

"Kau mesti bergurau dengan aku.. " Namjoon tak percaya apa yang dia dengar tadi. Dia sedang serius dan dia menganggap Hae sedang mengambil mudah tentang hal ini.

"Taklah.. Aku serius. " ujar Hae lagi.

Namjoon menenangkan diri dan fikirannya dengan menarik nafas yang panjang. Kemudian, dia menyoal lagi.

"Apa kau buat dekat asrama lelaki dua hari lepas? " keluar sahaja soalan itu dari mulut Namjoon, Hae terdiam.

"Kau nampak aku dekat asrama lelaki? " soal Hae pula.

"Yah! Aku sahaja yang menyoal sekarang! " jerkah Namjoon. Nasib baiklah bangunan masih lagi tidak dibanjiri orang.

"Aku tanya semula, kau buat apa dekat asrama lelaki dua hari lepas? " Namjoon mengetap gigi, tanda geram.

"Maaflah, tapi aku tak dapat jawab.. " Hae berkata dengan yakin.

"Tak dapat jawab? Walaupun IQ kau tinggi, kau masih tak dapat jawab? Aahh, kau sendiri tak boleh sambung ayat kau hari tu. Mestilah soalan macam ni pun kau tak dapat jawab.. " Namjoon mencekak pinggang lalu berpaling.

"Kau nak tahu sangat ke ayat tergantung aku tuh? Baiklah, aku akan pendekkan. " Hae membetulkan galasan begnya. Rambutnya diselak ke belakang.

"Mulai sekarang, jangan percaya sesiapa yang kau tak kenal. Jangan ambil apa-apa pemberian dari sesiapa termasuk profesor. Jangan lalu di tempat yang tiada orang. Jangan cuba mencabar sesiapa. Jangan jawab panggilan dari sesiapa yang bukan dalam contact kau. Jangan -- " Nak join memotong omelan Hae yang rasanya sambungannya pasti lebih panjang.

"Apa yang kau merapu ni? Tak masuk akal langsung. " Namjoon menyilangkan lengannya di dada.

"Ia akan masuk akal tak lama lagi. Kalau kau nak tahu sangat, buatlah apa yang aku larang. Kau mungkin fikir aku gila, tapi ini untuk kebaikan kau dan kawan-kawan kau. Kau nak ke tengok mereka dicederakan lagi? " ayat Hae membuat Namjoon terdiam.

"Kwon Hae.. Kau ni siapa sebenarnya? " Namjoon mengerutkan dahinya. Soalan ini sudah lama menunggu jawapan sejak mereka mengalami insiden Jungkook.

"Itu pun.. Kau akan tahu tak lama lagi. Tentang apa yang aku katakan tu, beritahu yang lain sekali. Lain kali, aku akan sambung ayat aku. " Hae beredar meninggalkan Namjoon tanpa teman di situ.

Dia mula melangkah masuk ke dalam dewan kuliah yang nasih kosong. Dia duduk di bahagian tengah lalu mengeluarkan telefonnya.

Bangtan Academy » 방탄소년단 «Where stories live. Discover now