▽40

1.4K 227 54
                                    

Wanton,

"Kau kalahkan mutant Infector,
interesting. Cuba kau kalahkan Noxious pulak. "

"Korang ada idea? Cara untuk keluar dari sini. Selain guna tangga. " perkataan 'tangga' itu ditekankan. Jungkook memandnag setiap wajah yang berada di situ.

Kemudian, Hoseok membuka tingkap. Dia menjenguk ke luar lalu menoleh ke kiri dan ke kanan berkali-kali. Kami semua hairan dengan perbuatan Hoseok tersebut.

"Yah, kau buat ape? " tanya Namjoon. Hoseok memasukkan kepalanya semula lalu tersengih.

"Aku rasa aku tahu. Kita turun ikut tiub paip besi kat luar. Okey tak? " cadang Hoseok. Mereka semua diam sebentar. Jimin pula melihat ke luar tingkap dan mencari tiub paip besi yang disebut oleh Hoseok tadi.

"Boleh la, hyung! Tiub ni kuat dan masih baru. " Jimin mula menjadi bersungguh-sungguh walaupun beberapa minit yang lepas mereka dikejar mutant.

Semua mata memandang ke aku, aku sahaja yang membalas idea tersebut. Aku sebenarnya risau, secara lazimnya. Namun, terlalu jelas aku cuba sembunyikan rasa risau tersebut.

Aku melangkah ke tingkap tersebut. Kini, aku pula yang berkelakuan seperti Hoseok tadi. Cadangan Hoseok tadi mungkin satu-satunya cara untuk keluar dari sini dan pada masa yang sama mengelak daripada mutant. Aku perlu membuat keputusan dengan cepat, sebelum mutant di bawah tadi merempuh ke tingkat ni.

"Geurae. Lepas turun, jangan tunggu dah. Terus pergi ke bangunan tu. Kita tak nak mutant kesan kita lagi. " putusku. Seorang demi seorang mula turun. Ketinggiannya agak tinggi memandangkan kami berada di tingkat tiga. Aku menjadi yang terakhir turun dari tingkat tersebut.

Selesai. Aku meluru menuju ke bangunan yang dikatakan tadi. Bahagian tingkat satu bangunan tersebut merupakan tempat parkir kenderaan yang keluasannya sama besar dengan luas tanah bangunan tersebut. Aku tak pasti itu bangunan apa, tapi aku pasti yang Seokjin sedang berada di dalam sana.

Aku memperlahankan larian apabila aku semakin hampir dengan bangunan itu. Aku melihat semua orang keletihan. Bukan mereka je, aku pun. Siapa tak penat lepas berlari jauh ditambah lagi dengan jantung yang berdegup laju. Aku mengangkat tangan ke dahi, mengelap peluh yang bertitisan.

"Kaja. " Jungkook selesai minum air dari botolnya lalu dia bergerak ke arah tangga. Huh, tangga lagi. Cubalah terbang pulak lepas ni.

Aku mengikut belakang mereka. Aku betul-betul dah takde tenaga walaupun dah berteguk-teguk air aku minum. Kepala aku juga agak sakit. Kami semua naik ke tingkat di mana Seokjin ditemui tadi, iaitu tingkat tiga juga.

Sampai sahaj di tingkat tiga, aku terperasan sesuatu yang pelik. Bau. Bau tingkat ni agak berlainan dengan tingkat dua. Bau ini menusuk hidung dan memedihkan rongga nasal.

"Tutup hidung! Ini gas biokimia. " arahku. Kami berjalan melalui berpuluh bilik yang penuh dengan perabot yang rosak. Cecair gelap pekat juga tumpah di atas lantai; entah dari mana ia datang. Tapi bau tu memang aku tak boleh tahan.

Sampai di sebuah tempat, bau itu semakin kuat dan memedihkan. Mata aku mula berpinar-pinar, begitu juga dengan yang lain. Mata Jungkook yang berada di sisi aku sudah mula berair, kesan daripada gas biokimia tersebut. Aku tak boleh jamin keadaan Seokjin sekiranya tingkat ni dipenuhi gas ini.

"Sini hyung! " Jimin menunding ke arah suatu arah. Jarinya tepat menunjuk ke arah sebuah bilik yang kosong. Aku dan Jungkook serentak berlari ke arah itu.

Seokjin sedang berdiri, tangannya digari ke belakang dan kakinya juga digari. Wajahnya pucat dan tak sedarkan diri. Aku meneliti badannya lalu nampak bekas cecair biokimia berada berdekatannya. Bekas itu sedang menyalurkan cecair tersebut ke dalam badan Seokjin melalui saluran yang disambungkan pada tangan Seokjin.

"Seokjin sedang dimanipulasikan secara manual. " aku menyelak lengan baju Seokjin yang dahulunya putih, tapi sekarang sudah agak kotor. Tiub saluran itu ditarik lu tercabut dari tangan Seokjin. Tiub itu tak henti-henti mengeluarkan cecair hijau gelap sehingga tumpah ke lantai.

Tangan Seokjin mulai bengkak sepertimana orang lain kena. Aku melihat bekas tersebut. Padanya, tertulis peratusan yang sudah disalurkan. Aku mengerutkan dahi, terkejut.

"Kita jumpa Seokjin lambat sangat. Dia dah hampir separuh jalan dimanipulasi. 47% dah berjaya. Maafkan aku, semua. " aku tertunduk, pasrah. Semua terdiam, mendengar kata-kataku.

"S-seokjin hyung dah takde harapan dah ke? " Taehyung mula bersuara. Aku takut, kalau aku jawab mereka akan lebih sedih.

"Hanya 10% kemungkinan dia boleh dipulihkan. Tapi secara umumnya, tak. " terangku. Aku memegang gari yang mengikat tangannya ke belakang lalu cuba membukanya dengan besi kecil yang aku bawa dalam beg.

Menurut Wanton, tiada eksperimen yang berjaya meneutralkan semula tubuh yang dimanipulasi. Kecuali ciptaan Prof Kwon. Namun, Prof Kwon dah dikhabarkan meninggal dunia dan ciptaannya juga sudah dimusnahkan. Aku rasa simpati dengan Seokjin hyung, sejujurnya.

"Kau kata Seokjin hyung masih ada peluang. Gunakan peluang tu untuk pulihkan dia. " Hoseok tiba-tiba melangkah menghampiri aku lalu menggenggam baju aku. Percakapannya pula kasar dan serius. Aku pasti dia tak main-main.

"Hyung! Janganlah berkasar. " Jimin menarik bahu Hoseok tetapi Hoseok menepisnya. Matanya tak berkelip memandang aku.

"Hoseok, kau tak faham ke? Kalau cuba pun, kita hanya membazir vaksin je. Seokjin dah dimanipulasikan separuh jalan. Dah takde apa yang kita boleh buat. " ujarku sambil membalas genggamannya pada bajunya pula.

"Tak! Aku tak kisah! Mungkin bagi kau, Seokjin hyung hanya seorang kawan. Tapi bagi kitorang semua, dialah satu-satunya orang yang ambil berat tentang keperluan kitorang semua. Tak kira kalau dia susah, atau senang. Dia pemberi semangat kitorang semua, Hyuk. Dialah orang yang paling risau jika kami dianiaya Wanton. Sebab dialah, kitorang boleh berdiri kat sini sekarang. Kalau tak, kitorang semua ni dah jadi mutant. Kau tolonglah faham, Kwon Hyuk. " air mata Hoseok bergenang lalu gugur berkali-kali. Aku juga turut menitiskan air mata, melihat kesungguhan mereka dalam perkara ini.

"Hoseok. "

"Hyuk, kalaulah kau cuba. Seokjin hyung mungkin akan diberi peluang sekali lagi untuk bernafas. "

Aku terkedu apabila Hoseok terus melepaskan genggaman lalu dia memegang bahuku lalu dipegang erat. Kemudian, aku mengangguk.

"Tolong aku buka gari ni. Kita akan bawa Seokjin hyung untuk dineutralkan. " Hoseok tersenyum gembira. Namjoon dan Jungkook di belakang mara ke hadapan lalu membuka gari pada kaki Seokjin.

Tak lama kemudian, Seokjin dapat dibebaskan dari digari tadi. Tubuh lemahnya mula tumbang, tapi ditahan oleh Taehyung. Dia menawarkan diri untuk membawa Seokjin hyung. Kami semua bergegas keluar dari bangunan tersebut.

Sesampainya di tingkat satu, di mana kami berhenti tadi. Sesuatu muncul.

Seekor mutant yang lebih besar. Berkaki dan berlengan sado sehingga nampak uratnya. Warna kulitnya kemerahan. Tapak tangannya pula seperti dikhaskan untuk bergerak dengan pantas. Tambahan lagi, terdapat cecair merah menitis dari mulutnya. Cecair merah tersebut jelas kelihatan pada gigi taringnya yang mengalahkan walrus.

"Itu Noxious, "

Author dah kata, anda perlukan imaginasi yang luas untuk baca story ni. Have fun berimaginasi 😉

Bangtan Academy » 방탄소년단 «Where stories live. Discover now