1994
Ketua sedang berada di dalam makmal. Membaiki segala kerosakan ciptaannya. Makmal itu bising dengan bunyi alatan-alatan yang digunakannya.
Ketua berhenti sekejap dari bekerja. Dia duduk sebentar di atas salah satu kerusi yang disusun rapi bersama beberapa lagi, mengelilingi sebuah meja putih yang besar.
Wajah ketua. Takde siapa pernah nampak wajah dia secara keseluruhan, termasuk ahli keluarganya sendiri. Isterinya juga tak pernah. Dia menyorokkan separuh daripada mukanya dengan memakai topeng muka. Berwarna hitam dan kesan cakaran.
Fikirannya melayang sebentar. Dia merenung hadapannya dengan lama.
Cahaya malap bilik itu cerah kembali apabila seseorang masuk melalui pintu besi yang dibuka secara automatik. Seorang lelaki muda masuk ke dalam dan menuju ke arah ketua. Ketua pula hanya memandang kosong.
"Ketua. " dia menunduk hormat.
"Jabatan Perubatan Wanton melaporkan bahawa isteri tuan selamat melahirkan sepasang anak kembar berlainan jantina 30 minit lepas. " kata lelaki muda itu tanpa sebarang gangguan dalam ayatnya.
Ketua mengangguk kecil.
"Bagaimana dengan Erry? Dia dah sedia? " soal ketua.
"Ya, tuan. "
"Nanti aku ke sana. " ketua mengalihkan pandangannya ke hadapan semula.
Lelaki tersebut menunduk semula lalu menuju ke arah pintu lalu melangkah keluar.
"Kembar. Lelaki dan perempuan. Organisasi ni nampaknya semakin lengkap. " ketua tersengih. Dalam kepalanya, dia mula memikirkan masa depan mereka berdua.
◈
Si abang diberi nama Son Jaewon, manakala si adik perempuan diberi nama Son Hawon.
Kedua-dua kembar ni membesar bukan dalam jagaan kedua ibu bapa mereka. Tetapi, mereka dibesarkan oleh seorang wanita yang bernama Son Aeri, atau lebih dikenali dengan nama Erry. Erry adalah salah seorang pelatih Wanton merangkap gelaran anak angkat ketua sebelum lahirnya kembar tersebut.
Erry melangkah masuk ke dalam sebuah rumah yang agak besar. Apabila dibuka saja pintu hadapan, ia terus menampakkan balkoni dengan pemandangan tasik. Di sebelah kanan terdapat ruang tamu mewah dan sebelah kiri pula terdapat almari-almari hiasan. Boleh dikatakan, rumah itu bagaikan rumah agam yang cantik dan mewah.
Erry berhenti di hadapan pintu. Sementara itu, seorang wanita berpakaian seperti pembantu rumah menjemputnya masuk.
"Cik Erry, Jaewon dan Hawon berada di atas. Saya baru siap mandikan mereka. " kata pembantu rumah itu.
"Saya pergi ambil mereka. " balas Erry dengan sebaris senyuman yang manis. Dia mengatur langkahnya ke arah tangga lalu naik ke tingkat dua.
Erry menoleh ke kanan dan kiri mencari bilik tersebut. Terdapat sebuah pintu yang tergantung padanya kadbod yang tertulis Ini bilik Jaewon dan Hawon!! dengan tulisan krayon.
Erry pantas meluru ke arah bilik itu dan mengetuk pintu bilik.
"Jaewon! Hawon! Kak Erry datang ni. " ujarnya sambil mengetuk pintu. Dari luar, kedengaran bunyi derapan kaki kecil sedang berlari-lari.
YOU ARE READING
Bangtan Academy » 방탄소년단 «
Mystery / Thriller"Don't believe anything that you've heard. If you do, it might be a trap. A trap to your death. They were up for something. And all of you are the subjects. " Aku patut dengar cakap kau dari awal lagi. Sekarang, ini padahnya. Mereka bukan lagi m...