▽16

2.2K 274 121
                                    

"Sekali lagi.. " Taehyung menekan butang reset pada hujung meja hologram.

"Lagi.. "

"Lagi.. "

"Pesakit tak dapat diselamatkan. "

Taehyung mengalah. Setiap kali dia berlatih, pesakit mesti tak dapat diselamatkan.

Taehyung menyerabutkan rambut. Boleh naik gila rasanya. Sudah berapa kali dia baca prosedur, tapi dia asyik terlupa dan tersilap langkah.

Taehyung melihat pada hologram. Tertera tarikh sebenar pembedahan Hoseok.

"Jung Hoseok. Tarikh pembedahan, Khamis. " Taehyung duduk bersila sambil membaca hologram yang dipancarkan.

Taehyung menutup mukanya lalu mendongak ke atas. Otaknya penuh menghafal prosedur, kakinya lenguh berdiri lama dan matanya sudah letih.

"Ah, balik dulu lah.. " Taehyung mencapai blazer merah tuanya dan beg galas dari sebuah kerusi.

Meja hologram dimatikan. Begitu juga dengan lampu. Pintu ditutup perlahan-lahan. Taehyung meneruskan langkahnya ke arah lif sambil menggumam sebuah lagu.

Apabila pintu lif terbuka, Taehyung masuk ke dalam lif yang hanya ada seorang lelaki yang membawa kotak ubatan. Sebelum sempat Taehyung menekan butang lif, matanya tertarik pada seseorang yang dikenalinya berjalan di hadapan lif dengan pantas.

"Kwon Hae? "

Taehyung melihat semula figuranya. Kelibatnya sudah hilang dari pandangan. Taehyung mengundur masuk semula ke dalam lif dan menekan butang tingkat bawah sekali.

"Aku pasti itu Hae.. Apa dia buat kat sini? " Taehyung bersoal sendiri.

"Aah.. Kesah ape aku.. "

Pintu lif terbuka, Taehyung terus keluar dan menuju ke pintu utama. Matahari semakin menjatuh. Dia melihat ke seberang jalan.

Taehyung tersenyum. Seokjin baru keluar dari bangunan fakultinya.

"Seokjin hyung! " teriak Taehyung. Tangannya melambai-lambai seperti kanak-kanak ke arah Seokjin.

Seokjin menoleh ke arah sumber suara yang memanggilnya tadi. Mereka berbalas senyuman. Tangan Seokjin melambai semula dengan tujuan memanggil Taehyung ke situ.

Taehyung memandang ke kiri dan kanan. Selepas mendapat yang jalan itu kosong, Taehyung berlari-lari anak ke arah Seokjin.

"Lambatnya Tae habis.. " Seokjin membawa Taehyung berjalan ke tempat letak kereta di bahagian barat bangunan Fakulti Undang-undang.

"Bukan tak nak balik awal. Tae kena berlatih. " Taehyung melemparkan alasan. Kepalanya digaru kasar.

Tanpa banyak bersembang lagi, Seokjin menghidupkan enjin kereta sementara Taehyung memasuki bahagian sebelah tempat duduk pemandu.

Mereka bergerak pulang. Semua dah balik kecuali mereka. Hari pula dah hampir malam.

Taehyung duduk di atas katil sambil menghadap ke arah dinding. Telinganya ditutup headphone milik Jimin supaya tidak mendengar apa-apa. Dia masih lagi tak habis-habis membaca isi kandungan buku prosedur pembedahan. Khusyuk sangat membaca sampai orang menyindir pun dia tak dengar.

"Yah, Taehyung. Kau tak serik ke asyik menghadap tu je? " Namjoon menjengket untuk melihat Taehyung yang berada di atas.

"Molla~ ini pun dah jadi cerita masa tidur Tae.. " Taehyung mengeluh. Tangannya ligat menyelak helaian buku.

Bangtan Academy » 방탄소년단 «Where stories live. Discover now