Yoongi
Aku merintih lemah lalu membuka mata. Aku lihat cahaya yang banyak menerangi pandangan. Aku cuba bangkit dari duduk, tapi perutku terasa pedih sangat. Aku memegang perut sambil mengerang lemah lagi. Bunyi itu telah menarik perhatian Taehyung di sekitar aku.
"Yah! Yoongi hyung dah sedar! " Taehyung berpaling lalu memberitahu orang lain tentang keadaanku. Dia duduk di sebelahku lalu menolak belakangku supaya berada di dalam duduk yang menyelesakan.
"Gwaenchanji? " Taehyung menyoal lalu aku mengangguk perlahan.
Kemudian, semua yang berada di situ berkerumun ke arah aku. Aku hanya mampu tersenyum melihat semua orang. Namjoon, Hyuk, Taehyung, Hoseok, Jungkook, Hae, Jimin -- tapi,
"Mana Seokjin hyung? " aku mengemukakan soalan tersebut. Wajah semua orang berubah. Mereka semua saling berpandangan.
"Dia tak apa-apa kan? " aku soal lagi.
"Yoongi, Seokjin tak dapat ditemukan lagi. Dia masih di luar sana. Nasib, bukan lagi di Wanton. " kata Hae dengan lembut. Aku menggeleng.
"Tak, tak. Seokjin hyung tak boleh ada tak luar sana. Kita kena pergi cari dia! " aku cuba bangun tapi masih tak mampu. Aku memegang perutku yang kesakitan bagaikan ada sesuatu mencengkam kasar. Apa dah jadi ni?
"Hyung, kau tak boleh bangun lagi. Bengkak tu masih belum surut. " kata Hoseok. Aku mengerutkan dahi.
"Bengkak ape? " aku memandang semua orang dengan serius. "Maafkan aku, Yoongi. Tapi virus biokimia dah menjangkiti tubuh kau. " Hyuk menunduk. Mataku terbeliak. Tangan aku mula berpeluh-peluh.
"Kau mengalami kesukaran bernafas, sebab virus tu dah menyerang jantung kau. Aku dah suntik satu dos vaksin tadi, jadi kau akan okey buat masa sekarang. " terang Hyuk. Ketika dia bercakap, aku mula faham apa yang dia cuba sampaikan.
"Maksudnya, aku akan berubah menjadi mutant? " tekaku. Hyuk mengangguk lemah. Aku melepaskan nafas berat sambil merenung ke lantai.
"Bukan kau sorang, hyung. Kami semua pun dijangkiti. Tapi, tak seteruk hyung lagi. " Jimin berkata.
"Yoongi, kau kena berehat lagi. Kalau kau paksa diri, kau hanya akan jadikannya lebih teruk. Yang lain akan keluar cari Seokjin bila matahari terbit. " ujar Hae. Aku mengangguk faham. "Geurae.. "
"Matahari akan terbit lagi beberapa jam. Siap sedia semua. Hae, kau jagakan tempat ni dan Yoongi. " arah Hyuk. Mereka semua berpecah dari kerumunan tadi.
◈
Hyuk
Aku mengintai ke luar tirai. Aku lihat matahari sudah mula terbit. Kaki aku terus melangkah ke arah mereka. Segala senjata sudah dilengkapkan. Yoongi sedah selesa berehat. Huh, aku pasti sangat yang dia nak turut serta tapi keadaannya tak mengizinkan. Lagipun, Yoongi yang paling suka bila masuk bab senjata ni.
"Matahari dah terbit. Kita kembali sebelum ia terbenam. Jangan balik sampai kita jumpa Seokjin. " kataku. Mereka mengangguk faham. Aku menarik nafas dalam-dalam, kosongkan minda dan sedia untuk pergi.
Kami berenam keluar dari bangunan lalu berlari dengan cepat ke bangunan seberang supaya tidak dikelihatan oleh mutant yang berkeliaran. Aku mengetuai kumpulan ke kawasan yang kami belum pergi, iaitu bahagian utara akademi.
YOU ARE READING
Bangtan Academy » 방탄소년단 «
Mystery / Thriller"Don't believe anything that you've heard. If you do, it might be a trap. A trap to your death. They were up for something. And all of you are the subjects. " Aku patut dengar cakap kau dari awal lagi. Sekarang, ini padahnya. Mereka bukan lagi m...