▽15

2.1K 289 68
                                    

Yoongi's POV

Ramai nak tahu, apa yang menyebabkan aku dan Seunggi jadi dingin dan tak suka bersosial sebegini. Disebalik perangai kami, terdapat sebuah cerita pahit yang kami berdua ingin lupakan buat selamanya. Tapi, itu semua memori bodoh. Memori yang tak patut diingati. Biarlah ia pergi tanpa kami tahu.

Sejak aku lahir, aku tak pernah tahu apa pekerjaan ayah. Ayah pergi kerja pada awal pagi dan pulang pada waktu malam. Ayah sangat sayang akan kami berdua. Kasih sayang yang dicurahnya sama rata.

Ibu pula.. Seorang peniaga atas talian dan seorang suri rumah sepenuh masa. Pagi-pagi, ibu akan kejutkan kami berdua dan petang pula menjemput kami pulang dari sekolah. Tak pernah pula ada pergaduhan dalam keluarga ini.

Ibu menutup lampu serta pintu bilik. Sebaik sahaja ibu pergi, kami berdua bangun dari katil. Pada masa itu, aku berumur 8 tahun manakala Seunggi pula 2 tahun lebih tua daripada aku.

"Yoongi, jomlah tengok bintang. " Seunggi mengambil teleskop yang dibeli ayah sempena hari lahirnya. Aku beria-ia menunggu di hadapan tingkap.

Apabila Seunggi meletakkan teleskop tersebut pada kedudukannya, dia terus mencari bintang yang paling cerah pada malam itu.

"Nah, hyung dah jumpa.. " dia menghalakan teleskop ke arah aku. Aku melihat menerusinya lalu melihat bintang.

"Eh, bukan semalam yang lain ke? " aku merungut perlahan. Kalau diketahui ibu, mati kitorang nanti.

"Tu lah.. Hyung dah tengok carta. Sepatutnya yang semalam masih yang paling cerah. " Seunggi melihat semula carta dalam telefonnya.

"Sekarang ni, orang yang paling kita percaya, jangan percaya sangat. Kadang-kadang dia tipu kita jugak.. " ujar Seunggi sambil melihat semula bintang tadi. Aku mengangguk. Entah apa yang aku faham.

"Yang tu pun cerah jugak.. Tengok ni. " teleskop itu beralih ke arah aku. Mataku bersinar apabila memerhati bintang tersebut.

Min Seunggi terlalu minat dengan bintang. Dia pernah berkata, suatu hari nanti, dia akan menjadi ahli astronomi. Aku tak tertawa akan impiannya, aku tahu ia akan menjadi kenyataan.

Sampailah satu hari, ibu perlu ke Jepun untuk menghadiri suatu kursus. Ayahlah yang akan menjaga kami berdua. Disebabkan pada masa itu cuti sekolah, ayah membawa kami berdua ke tempat kerjanya. Tempat di mana dia mencari nafkah keluarga.

Ayah sebenarnya seorang pemiutang. Kami duduk di bilik yang terdapat di belakang pejabat ayah. Menunggu di situ sehingga lewat malam. Ayah hanya menjenguk kami sekali sekala.

Setiap hari pada sepanjang bulan ayah berbuat demikian. Kami mula berasa bosan. Ayah agak sibuk dengan kerjanya.

Suatu hari, Seunggi sedang bersandar pada pintu. Aku pula melihat bandar melalui tingkap. Seunggi terdengar ayah sedang mendengar suatu perbualan dengan seseorang.

"Yoongi, sini cepat! " bisik Seunggi dengan jelas. Aku menoleh ke arahnya sambil dahiku berkerut seribu.

Aku menurut kata-kata Seunggi. Dia macam baru mengetahui sesuatu yang menarik.

Telinga kami dilekatkan pada pintu. Segala perbualan didengari dengan jelas dan terang.

Ayah memeras ugut pada seseorang. Apa yang lebih mengejutkan, ayah mengugut untuk membunuh orang tersebut. Kami menarik nafas cetek serentak. Mata kami saling berpandangan.

Bangtan Academy » 방탄소년단 «Where stories live. Discover now