▽35

1.3K 214 52
                                    

"Yah, mana Seokjin hyung? " soal Namjoon.

"Dia tak berjaya lepaskan diri, aku rasa. " Jimin dah macam nak give up. Dengar Seokjin tiada dengan mereka, semua jadi gelisah.

"Aku tak nampak dia kat situ tadi. Last aku nampak dia sebelum dikepung tadi. " Yoongi melihat lagi di sebalik tirai. Manalah tahu Seokjin ada, atau tak.

Telefon Namjoon berbunyi. Ianya bukan dari contactnya. Namjoon teragak-agak untuk mengangkat, but lastly dia angkat juga.

"Namjoon, " suara Hyuk. Namjoon terus menekan loud speaker supaya semua dapat mendengar sekali.

"Hyuk, kitorang dikejar tadi. "

"Aku tahu. Wanton dah bertekad sangat untuk serang kita secara besar-besaran. Korang semua selamat? " soal Hyuk. Dia juga sedang bersembunyi bersama Hae. Beberapa buah kereta hitam meluncur laju di atas jalan dan mereka cuba untuk mengelak daripada dilihat ejen-ejen tersebut.

"Mereka tangkap Seokjin hyung. Kitorang tak dapat nak tolong apa dah. " jawab Namjoon. Hyuk dan Hae saling berpandangan.

"Namjoon, ini semua boleh jadi satu perangkap. Wanton memang nak tangkap Seokjin sorang. Sebab diorang tahu yang korang akan cari dia. Dengan cara tu, Wanton akan dapat korang semua sekali gus. Termasuk kami berdua. Aku rasalah. " terang Hyuk.

"Kita kena masuk perangkap untuk selamatkan Seokjin hyung. Takde cara lain. Beberapa kereta hitam dah lalu tadi. Aku pasti mereka bawa Seokjin hyung menuju ke Wanton untuk dimanipulasi. " suara Hyuk semakin perlahan.

"Korang kat mana sekarang? "

"Aku tak pasti bangunan mana, tapi bangunan berdekatan kawasan asrama. Dalam bilik kawalan dewan kuliah. " jawab Namjoon.

"Aku tahu kat mana. Tak jauh dari tempat aku sekarang. Titik pertemuan kita kat lobi. Jumpa kat sana dalam 10 minit. " Hyuk terus menamatkan panggilan telefon tersebut.

"Korang dengar kan? Gerak cepat. "

Yoongi membuka pintu lalu mengintai ke luar. Senyap sunyi. Setelah memastikan tempat itu selamat, mereka menyelinap keluar lalu turun ke lobi dan bersembunyi di sebalik kaunter lobi.

Tak lama kemudian, seseorang mengetuk tingkap kaca di pintu utama. Rasanya itu mereka berdua. Taehyung melihat sedikit dari tepi. Lalu susuk tubuh mereka berdua kelihatan. Taehyung memberi isyarat untuk bergerak kemudian dia berlari dengan senyap ke luar.

"Korang tak apa-apa? " soal Hae setelah mereka semua keluar. Tak menjawab, hanya tersenyum sedikit sebagai isyarat.

"Kita tak boleh masuk ikut pintu utama. Jadi, kita masuk ikut laluan masuk lama. Tapi, laluan tu berada dalam hutan. " Hae berkata.

"Seokjin hyung takde. Dan kunci kereta ada pada dia. " Jungkook mengeluh. Mereka mula membayangkan perjalanan yang amat jauh.

Yoongi terpandang sebuah kereta yang agak jauh dari tempat mereka berdiri. Ketika mereka dengan berbincang, Yoongi mendekati kereta tersebut lalu melihat ke dalam.

"Korang! Sini! " Yoongi cuba membuka pintu kereta tersebut. Nasib baik, kereta tu tak berkunci. Ia juga kereta yang tak memerlukannya kunci untuk dihidupkan.

Yoongi terus masuk ke tempat duduk pemandu. Butang 'start' terus ditekan. Kereta tersebut hidup dengan normal dan baik. Mereka mula memenuhkan ruang di dalam kereta itu.

"Tunjukkan jalan. " arah Yoongi lalu menekan pedal minyak. Kereta tersebut laju meluncur di atas jalan.

Perjalanan selama 15 minit dengan menaiki kereta yang dipandu laju. Mereka tiba di sebuah hutan yang agak sesak. Lantai hutan itu dipenuhi dengan daun-daun yang gugur serta ranting-ranting kayu.

Mereka semua turun dari kereta dengan pantas. Mereka mengikuti langkah Hyuk ke dalam hutan memandangkan dia yang lebih arif dan dia yang membuat rancangan tersebut. Setelah meneroka jauh, Hyuk akhirnya menemui laluan yang dikatakan tadi. Ia tumbuhan menjalar dan tanah.

"Tolong aku bersihkan. "

Laluan itu bersih dalam masa beberapa saat sahaja. Laluan yang dimaksudkan itu adalah sebuah pintu seperti pintu masuk ke dalam kapal selam. Para lelaki bersama menarik pemegang, mengerah tenaga untuk membuka laluan tersebut.

Bbung!

Bunyi yang kuat didengari. Bunyi setelah pintu itu dibuka. Hae menyuluh ke dalam dengan menggunakan flashlight dari telefonnya. Walaupun disuluh, dasarnya langsung tak kelihatan. Nak kata betapa dalamnya laluan itu.

"Tempat apa ni? " soal Hoseok sambil melihat ke dalam. Seram sejuk dibuatnya.

"Dulunya ialah kawasan sangkar mutant. Sekarang, takde dah. Semua mutant dah dipindahkan ke tempat lain. " kata Hyuk.

Jika disuluh betul-betul, terdapat besi yang disimen pada laluan itu sebagai tangga untuk turun ke dalam. Hyuk memijak besi yang paling atas untuk memastikan yang besi itu masih kuat.

"Aku turun dulu. Hae, kau last sekali. " arah Hyuk. Tanpa rasa ragu sikit pun, dia turun ke dalam laluan. Hae masih lagi menyuluh ke dalam.
Seorang demi seorang turun ke bawah. Sehinggalah giliran Hae untuk turun.

Semua orang selamat turun ke bawah. Suasana gelap dan sejuk di bawah itu menambahkan lagi rasa seram. Mereka memutuskan untuk masing-masing membuka flashlight. Menyuluh ke seluruh kawasan tersebut.

Tempat itu tunggang langgang.

Sangkar dilengkapi dengan kaca berlapis yang amat tebal. Memang sukar untuk dipecahkan dan ditembusi. Lebih menyeramkan, percikan darah dan cakaran yang ganas di merata-rata tempat. Tambahan lagi dengan cecair hijau kehitaman tumpah di dalam sangkar.

"Tiada mutant di sini, jangan risau. " kata Hae.

Tempat itu adalah tempat di mana subjek yang tidak dimanipulasi dengan baik ditempatkan. Subjek yang tak dimanipulasi dengan baik akan mengganas dengan amat liar dan mencederakan semua makhluk berdekatannya. Dan jangan lupa, virus bahaya yang dibawa olehnya boleh dijangkiti. Mujur tempat itu sudah dikosongkan.

Pintu keluar hanya beberapa meter lagi. Mereka mempercepatkan langkah lalu berhenti betul-betul di hadapan pintu tersebut.

Untuk membuka pintu tersebut memerlukan pengesahan cap jari. Pada tahap ini, Hyuk dan Hae mula teragak-agak.

"Kita masih lagi Wanton workforce? " tanya Hae dengan suara yang bimbang. Jika ya, mereka selamat. Dan jika tak, mereka akan tertangkap.

"Hanya satu cara je untuk tahu perkara tu. " Hyuk meletakkan jarinya pada scanner.

| Allowed |

"Lucky us, " Hae tersenyum lega. Pintu tersebut terbuka dengan perlahan lalu dibuka sepenuhnya.

Hae menjenguk ke dalam, jika ada orang melihat kehadiran mereka.

"Clear, " Hae bergerak keluar dan diikuti oleh semua orang di belakangnya. Koridor yang panjang itu lagikan putih bak awan itu membawa mereka entah ke mana. Hyuk cuba mengingati pelan bangunan lalu membawa mereka jauh ke dalam Wanton.

Hae yang berada di hadapan berhenti lalu bersandar pada dinding. Wajahnya berpaling ke arah mereka lalu jari telunjuknya menyentuh bibir.

"Bionic. " bisik Hae.

Dua buah manusia bionic berjalan melepasi koridor itu terus ke koridor yang lain. Hae seakan-akan menahan nafas dek bionic dapat mengesan haba.

Setelah mereka beredar, mereka meneruskan penyelinapan mereka ke makmal utama, di mana mereka rasa Seokjin berada.

Hae berhenti lagi. Kali ini, bukan bionic. Tapi ketua sendiri.

Ketua berjalan bertentangan dengan arah yang mereka ingin lalui. Mereka mempercepatkan langkah ke pintu makmal utama selepas ketua menghilang dari situ.

Hyuk menekan punat 'open' lalu pintu itu terbuka. Ratusan kapsul kelihatan. Dan setiapnya terdapat tubuh di dalamnya. Mereka hampir ternganga luas melihat bilangan kapsul dan subjek di dalamnya.

"Macam mana kita nak cari Seokjin hyung? "

Bangtan Academy » 방탄소년단 «Where stories live. Discover now