▽46

1.2K 205 25
                                    

Mereka berlari ke arah Meg dengan pantas. Meg menoleh ke arah mereka lalu mengaum kuat dengan nada yang seram. Ia menunjukkan tangannya yang besar dan jarinya yang ada enam, lengkap dengan kuku yang lebih tajam dari dagger-dagger mereka. Matanya merah menyala dan mulutnya terbuka luas, menayangkan gigi yang berlapis tiga lagikan tajam. Kulitnya sama dengan manusia, tapi terdapat akar-akar hitam menjalar dalam kulitnya. Betul kata Hyuk, Meg adalah mustahil untuk dikalahkan.

Raksasa tujuh belas kaki tinggi itu membongkok ke bawah, tangannya menjejak lantai. Ia terus menambah kelajuan untuk menerpa mereka.

Mereka hanya bersenjatakan dagger sahaja. Mereka terpaksa mengelak terpaan Meg, sehinggakan salah seorang daripada mereka terseret ke lantai akibat mengelak.

"Bangun cepat, weyh! "

Namjoon tergesa-gesa bangun. Tindak balas Meg sangat laju, gerak gerinya juga tepat dan pergerakannya sukar diramalkan. Namjoon memegang bahunya yang terseret tadi. Bukan terseret je, dagger yang dipegang tadi tersiat kulit Namjoon pada bahu.

Lengan Namjoon dibasahi darah. Namun, darah itu dibiarkan mengalir dan dia meneruskan penyerangan mereka.

Meg tadi berpaling ke arah salah seorang daripada mereka. Mencari target untuk ditewaskan. Seokjin ternampak pergerakan mata Meg pada Jimin. Seokjin segera mengambil beberapa langkah yang pantas yang disertakan dengan lompatan pada akhirnya. Dagger di tangannya dihalakan pada leher Meg, di mana kelemahan ia berada. Apabila dagger itu tertusuk pada lehernya, darah memancut keluar dengan banyak sehinggakan ia mencorakkan lantai.

Malangnya, tusukan itu tak terkena kawasan kelemahannya. Hanya darah terpancut keluar dengan banyak.

Namun Seokjin tak sedar yang jaraknya dengan Meg hanyalah beberapa jengkal. Jika Meg perasan kehadirannya di situ, Seokjin takkan ada harapan lagi.

"HYUNG! " suara itu bergema di seluruh tingkat. Seokjin melutut di atas lantai selepas menusuk leher Meg. Kepalanya menoleh ke atas, dan dia melihat tusukan itu elok semula dalam beberapa saat sahaja.

Dia lantas lari dari situ. Disebabkan tusukan tadi, fokus penyeranganya terganggu. Kini, bukan lagi pada Jimin. Tapi Seokjin.

Meg tajam memandang Seokjin dengan matanya merah menyalanya. Seokjin juga bertukar pandangan dengannya. Meg tak berlengah dan terus menerkam Seokjin.

Seokjin terjatuh ke belakang dan dia tak mampu bangun. Lari pun tak boleh. Meg menghalang Seokjin dari semua arah. Dia hanya akan bergantung pada sebilah dagger pada tangan kanannya. Nafasnya turun naik tak terkawal.

Meg mendekatkan wajahnya dengan Seokjin. Separuh tubuh Seokjin hampir sama besar dengan kepalanya sahaja. Dia tak sanggup nak tengok wajah Meg yang bagaikan mimpi ngeri itu menghampiri tubuhnya dengan pantas.

"Grraagghh!! "

Meg itu mengerang. Mengerang kesakitan. Pada masa ini, Seokjin mengambil kesempatan untuk lari daripada Meg. Dia bingkas bangun dari jatuhnya lalu berlari ke arah belakang Meg.

Dia mendapati semua orang menoreh, menusuk, menetak belakang Meg dengan banyak. Juga, darah yang banyak terpancut lagi, terkena pada pakaian dan wajah mereka.

Namun kali ini, sesuatu yang pelik berlaku. Dagger yang ditusuk dan ditetak ke dalam badan Meg tak boleh ditarik balik. Ia seperti tersekat di situ. Meg menegakkan badanya. Ternyata ia lebih tinggi dari yang mereka sangkakan.

Kini, mereka kehilangan senjata. Apa yang tinggal hanyalah tangan yang kosong. Selangkah Meg ambil, berpuluh langkah mereka mengundur. Langkah Meg memang terlebih besar kalau nak dibandingkan dengan mereka.

Bangtan Academy » 방탄소년단 «Where stories live. Discover now